I nak jugak.....
virus zika
Monday, 13 February 2012
Kahwin Lambat Punca Kesuburan Turun
Sekarang ni semua nya meningkat. Lelaki sekarang kena kumpul duit sekurang kurangnya RM 100K kalau hendak melangsungkan perkahwinan yang grand. Tapi sebagai Islam, wanita yang dengan mas kahwin atau mahar rendah paling baik.
Namun, menurut kajian terkini, kahwin lambat menjadi salah satu faktor atau punca tahap kesuburan menurun. Kalau pada zaman dulu, orang berkahwin awal seawal umur 20 tahun atau kekadang lagi awal dari tu, sekarang ni ramai yang kawin lewat iaitu dekat 30 tahun. Ada juga yang lagi lewat dari umur 30 tahun.
Apabila tahap kesuburan menurun, tahap kelahiran penduduk juga menurun. So, marilah kita kahwin awal itulah nasihat yang sesuai untuk anak2 muda zaman sekarang. Yang penting kena pandai mengurus kewangan diri dan keluarga. Jangan membazir dan juga terlibat dengan kegiatan2 yang tidak berfaedah.
Lebih baik kahwin awal dan dapatkan anak yang soleh dan solehah. =) ...weeeee~ ~ ~
Kasut Yang Tak Sanggup Dilihat Malahan Dipakai....Semputttt
Ni fesyen Mak cik Temah x sempat sarung selipar..
Agak agak kalau pas tanggal kasut , kaki leh jadi panjang camni tak..
Ada bran?
Sesuai untuk mendaki, panjat bukit belakang rumah, mahupun ice skating gituw>.
Coklat yang Sayang untuk Dimakan…
Paku Coklat
Ni sape yang tak de paku kat umah pon berbelah bahagi nak guna.....kalau makan nanti orang kata gila pulak...hihiih
Laptop Coklat
Kalau Laptop kurang selalu hang jer..Jangan risau..beli je laptop coklat untuk balas dendam.
Keyboard Coklat
Ni kalau aku bawak pergi opis, kompom kena songlap gan mak cik2 sebelum sampai department...kah3...
Pil Coklat
Ni kalau agak - agak jenis penakut makan ubat..boleh la amik ni sebagai latihan..cewahh
Alatan Coklat
Agak agak bila tahun boleh siap kerja kalo guna ni ek? Hammm...Haha
Coklat Kasut
Untuk gadis di luar sana, so korang jangan la rasa menyesal beli and rasa cool bila makan coklat kasut ke kasut coklat..Den pon da konpius...Layan~ ~ ~
Sunday, 12 February 2012
Makanan Pengubat Tekanan
Makanan mempunyai banyak khasiat ke atas badan manusia, ini kerana makanan terutamanya yang bersifat organik mempunyai banyak vitamin, protein dan zat yang diperlukan oleh badan kita. Jadi tidak hairanlah sekiranya makanan juga mempunyai khasiat yang dapat menghilangkan stress dan memberi kebahagiaan kepada tubuh badan kita.
Gandum
Gandum memainkan peranan yang amat penting dalam kadar gula dalam darah, meningkatkan tenaga, serta membantu meningkatkan kadar serotonin yang mampu menenteramkan perasaan seseorang sekaligus mencetuskan rasa bahagia selepas mengambil bijirin gandum ini. Walaupun ramai yang takut untuk mengambil gandum kerana kandungan karbohidratnya yang tinggi, namun dengan pengambilan dalam kuantiti yang mencukupi, pasti tidak akan berlaku kegemukan pada tubuh badan seseorang.
Coklat
Ramai wanita menggemari coklat kerana rasanya yang lemak dan manis, namun tidak kurang juga yang mengambil coklat untuk menghilangkan tekanan @ stress. Coklat dapat meningkatkan kadar endorfin di dalam tubuh sekaligus menghilangkan rasa resah dan gelisah pada emosi kita. Dalam kata lain, coklat memberi ketenangan sementara bagi yang amat memerlukannya.
Bayam
Bagi yang meminati karakter kartun Popeye, pasti korang tahu yang Popeye selalu mengalahkan Brutus selepas memakan bayam kan? Ini bukan sekadar dongenga, tetapi ia adalah satu kisah benar dimana bayam membekalkan zat besi secara semulajadi kepada tubuh manusia sekaligus memberi tenaga dan mengurangkan kelesuan pada tubuh badan. Itulah sebabnya Popeye selalu menang dalam pertarungannya dengan Brutus..
Susu
Susu kaya akan tryphotan yang mengubah asid amino otak menjadi serotonin. Pada dasarnya serotonin adalah zat yang banyak diaplikasikan untuk antidepresan. Selain itu, susu juga mengandungi antioksidan, vitamin D, dan vitamin B12 yang membantu melawan stres.
Minyak Ikan
Minyak ikan kaya dengan Omega 3 yang membantu memulihkan kesihatan kita secara keseluruhannya. Minyak ikan yang paling berkhasiat adalah minyak ikan salmon, mackerel dan minyak ikan kod. Minyak ikan ini boleh didapati di mana-mana farmasi yang terdapat di pasaran.
Naluri Wanita..Ye Ker?
BILA ORANG POMPUAN KATA...
Pada lelaki di luar sana..korang kan hensem , comel, kiut miut kan..Tapi lagi kiut kalao korang faham isi hati wanita...Xgitu WANITA?hihihi1)Kalau pompuan kata : oklah wak, kita sembang lain kali yek.
Maknanya : dah le tu... maleh dah nak sembang ngan ko.. boring!
2)Kalau pompuan kata : tak pe, saya tak kisah..
Maknanya : sape kata aku tak kisah?
3)Kalau pompuan kata : kita kawan aje lah ekk.. saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.Maknanya : aku memang tak nak kat ko.. cakap lebih2 kang malu plak muka tu..
4)Kalau pompuan kata : eh....u call ekk? i tak de receive call dari u pun...Maknanya : memang no ko naik tapi saja aku malas nak jawab
5)Kalau pompuan kata : lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni... nanti i free i call u, okay?
Maknanya : aku tak nak keluar ngan ko, tak reti2 bahasa lagi ke?
6)Kalau pompuan kata : i sebenarnya tak la memilih sangat.Maknanya :sape kata aku tak memilih... please. . kalo nak makan pun harap aku belanja, boleh blah la...
7)Kalau pompuan kata :i tak kisah penampilan u macamana pun
Maknanya : ya Rabbi! selekehnya pak we aku...
8)Kalau pompuan kata : lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik balik cepat la... ada hal...
Maknanya : inilah first and last aku keluar ngan ko...
9)Kalau pompuan kata :saya suka lelaki yg mcm ni... mcm tu.. bla...bla. ..bla...
Maknanya : excuse me! ciri2 tu tak de kat ko.. so.. paham2 sendiri la
10)Kalau pompuan kata : u keje kat mana? as what?
Maknanya : kalo setakat keje ntah hapa2 tak payah le ngorat aku...
Sumber :http://basuhkain.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)