virus zika

Tuesday, 11 April 2017

Enam universiti awam terima basikal elektrik



Ini kah basikal nye????cik Da pun nakkk
Kota Kinabalu: Sebanyak 1,200 basikal elektrik diserahkan kepada enam universiti di negara ini bagi mempromosikan teknologi hijau kepada mahsiswa.
Ia diagihkan kepada Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, inisiatif itu menerusi Program Sikal 1Malaysia (SER1IM) membabitkan peruntukan RM4 juta.
Beliau berkata, ia bagi mempromosi dan menggalakkan penggunaan mobiliti rendah karbon dalam kalangan belia.
“Pendedahan diberikan kepada golongan muda terhadap kenderaan elektrik dua roda dapat membentuk minda dan memberi kesedaran berhubung isu pemanasan global dan kepentingan amalan hidup yang mesra alam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Program SER1IM di Dewan Resital, UMS, dekat sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS Prof Madya Dr Ismail Ali.
Pada majlis itu, UMS menjadi penerima pertama SER1IM dengan 200 basikal elektrik..


Ni basikal nye






Monday, 10 April 2017

Juara Akademi Nasyid Azhan Atan meninggal dunia


Innalilahi wainnailaihirajiun...Al Fatihah

Ambil peduli kesihatan mental pekerja

petikan harian metro 11/04/2017




Kuala Lumpur: Majikan disaran supaya melihat isu kesihatan mental di tempat kerja secara serius kerana pengabaian faktor psikososial bukan saja merugikan pekerja, malah memberi kesan secara langsung kepada produktiviti, kecekapan dan pengeluaran.
Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental Tan Sri Lee Lam Thye berkata, lebih ramai rakyat Malaysia terutama pekerja dijangka mengalami masalah kesihatan mental akibat bebanan kerja dan tekanan kos sara hidup yang meningkat.
Katanya, Hari Kesihatan Sedunia yang disambut semalam turut memilih tema berkaitan kesihatan mental iaitu ‘Kemurungan: Mari Bincang’ sempena memperingati penubuhan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Pekerja di Malaysia tidak terkecuali daripada masalah ini kerana Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan seramai 4.2 juta rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas atau 29.2 peratus populasi negara menghidapi pelbagai masalah mental.
“Jumlah itu membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan 11.2 peratus berbanding 2006.
“Selain itu, kajian WHO juga menunjukkan tekanan perasaan bakal menggantikan penyakit kardiovaskular sebagai faktor penentu utama sama ada seseorang itu masih mampu untuk terus bekerja atau tidak,” katanya.



Cenderung dengan itu, IKIM AKAN MENGANJURKAN 
Bengkel Kesihatan Mental Pekerja : Memahami Syndrome Burn Out PADA 25 APRIL - 26 APRIL 2017 .UNTUK INFO LAYARI WWW.IKIM.GOV.MY 

PROMO JUGA UNTUK PROGRAM INI :
Program Bersempena Minggu Setiausaha (Siri 5)”Kembara Inspirasi: Pengurusan Emosi RM1900.00 (Single) RM2100.00 (Twin) Avillion, Port Dickson, Negeri Sembilan Pn. Zarita 14-16 April 2017 (Jumaat-Ahad) Gulam Ayob MioR



Penerimaan Autisme di kalangan ibubapa Radio IKIMfm


Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.


 Kredit :http://sekolahpulauaman.blogspot.my/2013/02/ciri-ciri-kanak-kanak-autisme.html

Ada antara mereka memiliki tanda-tanda masalah autisme kronik dan ada yang baru sahaja di peringkat awal. Antara tanda-tanda yang mungkin anak anda autisme adalah;




  • Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.
  • Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
  • Tidak mencapai tahap perkembangan tepat waktu. Setiap kanak-kanak berkembang secara berbeza. Beberapa kanak-kanak akan merangkak pada empat bulan sementara yang lain tidak boleh, sampai mereka beberapa bulan lebih tua. Ini boleh menjadi normal. Masalahnya bermula apabila setiap tonggak jauh lebih lambat dari biasanya.
  • Anak tidak berbicara. Anak-anak belajar bercakap pada usia yang berbeza. Beberapa akan mula berbicara sangat muda sementara yang lain hanya akan mulai melontarkan kalimat utuh satu hari. Ini boleh sangat normal. Namun jika anak anda tidak mempunyai jenis bicara mengoceh pada usia satu tahun yang satu ini boleh menjadi perhatian utama. Kebanyakan kanak-kanak akan mengatakan beberapa perkataan pada saat mereka enam belas bulan. Jika anak anda tidak melakukannya segeralah hubungi doktor.
  • Tidak ada hubungan mata. Kebanyakan bayi dan kanak-kanak-kanak-kanak akan melihat anda ketika anda bercakap kepada mereka. Anak-anak autis sering tidak memberikan hubungan mata. Mereka tidak akan mengarah ke objek. Mereka tidak akan melihat sesuatu yang anda cuba untuk tunjukkan kepada mereka.
  • Anak tidak menunjukkan emosi. Anak-anak autis sering tidak menunjukkan emosi apapun. Mereka tidak tersenyum kembali apabila seseorang tersenyum pada mereka. Mereka tidak menunjukkan peduli ketika seseorang di sekitar mereka mengekspresikan rasa sakit, atau menangis. Anak autis biasanya tidak suka dipegang atau dipeluk.
  • Suka bermain sendiri. Anak autis biasanya akan bermain sendiri. Mereka merasa lebih selesa sendiri, dan seakan-akan hidup dalam dunianya sendiri. Mereka kesulitan mencari teman. Mereka tidak tahu bagaimana berhubungan dengan anak-anak lain. Mereka tidak mengerti ketika kanak-kanak lain bergurau dengan mereka.
  • Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera.
  • Anak kehilangan kemahiran mengetahui. Anak mungkin telah belajar untuk bercakap dan kemudian kelihatan seolah-olah mereka lupa bagaimana. Mereka boleh belajar kemahiran baru dan kemudian seminggu kemudian tidak tahu bagaimana melakukannya. Anak-anak autis sering kehilangan kemahiran yang telah mereka pelajari.
  • Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)
  • Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang  kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.

Dia datang lagi...Promosi Beli 1 PERCUMA 1!!!!



Pawi : Dia datang lagi..
Zafri: Sapa yang datang ni, Pawi?
Pawi ; Dia datang lagi. Dulu die pernah datang.
Zafri : Ish , pening lah
Sempena Karnival Ulangtahun ke 25 tahun IKIM, IKIMFM menawarkan promosi beli 1 percuma 1 . Hubungi no ape...Haa..simpan ni dalam hp , diari ataupun tulis pada tangan sendiri , jangan pada tangan orang sebelah ye...Ni no nye 03 6204 6263. Senang kan
Apa lagi saudara saudari usahawan Bumiputera . Kembangkan lagi promosi produk dan perkhidmatan anda dengan pengiklanan di Radio
IKIMfm


INGAT NOMBOR NI 03 6204 6263 / 266 / 272!!!
PROMOSI 1 APRIL - 30 SEPTEMBER 2017

Cabaran kurus disahut!!


Product details of Warbase In Door Lightweight Exercise Fitness Bike Gym Bicycle (Blue)

Specification:

  • LightWeight Design : Easy move and carry
  • Improve cardio, burn fat and gain strength
  • Monitor with time, distance, speed, and calorie display
  • Height-adjustable seats 
  • Comfortable neoprene-covered handlebars
  • Adjustable belt tension for varying workout intensity
  • Easy to assemble


Nampak tak di usaha di situ..Cik Da ada masalah hormon tidak stabil dan senang naik berat badan. Masa anak sorang berat 60++ kg , anak dua dah berat dah bertambah2..sungguh membimbangkan lagi bila baju x muat u allssss......Stress Cik Da ^*(&((

Nak dijadikan cerita , encik husben pun da tegur sebab motor die da xboleh nak daki bukit. Takkan I nak turun tolak motor pulak kan..Dah Kenapo?? hahahah..Sedih and sentap tu ado tapi kita sertakan dengan usaha...jadinya kita order lah Fitness Bike Gym Bicycle ..
Moga kurus la Cik Da macam Janna Nick ( berangan sangatssss)

Ok DAAAAA....bye byee...tapi nak beli belum gaji la..oh gaji cepat la muncul sebab gaji yang lepas dah susut bayar macam2

Puasa Sunat Ayyamul Bidh ( Bulan Rejab)


Terlepas peluang Cik Da nak berpuasa sebab terlupa tengok kalendar Islam..huuuuhuh..sedihhhh =(. Bagi yang dah berpuasa, syukur alhamdulilah ...