virus zika

Monday, 4 January 2016

Mari menyumbang..Misi Musim Sejuk Syria





Buat masa sekarang, ini lah makanan penduduk Syria setelah bekalan makanan mereka disekat


                                                                                         










 
Bantuan Musim Sejuk untuk Syria 3.0 (2015).
Musim sejuk sudahpun menjengukkan diri di Syria.
Suhu sudah semakin rendah. Kesejukan semakin terasa.
Tanpa alat pemanas dan makanan yang mencukupi adalah sangat-sangat sukar bagi mereka melalui musim ini.
Yang lebih dikhuatiri ialah kematian yang bisa menjemput mereka akibat kebuluran mahupun kesejukan yang melampau.
Kami yakin anda prihatin terhadap nasib rakyat Syria!
Ayuh, bersama-sama Syria Care, kita mampu memberi harapan bagi mereka untuk melalui hari-hari getir ini!

Hulurkan sumbangan anda melalui kami bagi penyediaan dan agihan pek-pek makanan dan tong-tong gas atau kayu api yang boleh digunakan untuk memasak dan juga memanaskan badan bagi mereka dalam musim sejuk kali ini.

Sumbangan anda mampu mengukirkan senyuman di wajah lesu mereka! Sumbangan anda dapat membangkitkan semangat juang untuk terus hidup.

Nabi S.A.W. bersabda,maksudnya:
"Sedekah tidak akan mengurangi harta seseorang. Seseorang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya. Dan seorang yang tawaduk(merendahkan diri) kepada Allah, maka Allah menaikkan darjatnya." (Sahih Muslim)

Untuk memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan berbentuk wang ringgit,
bolehlah ke pautan berikut:
https://www.billplz.com/form/ok0k40gi6

ATAU

Anda boleh juga salurkan sumbangan melalui salah satu dari akaun Syria Care Malaysia yang berikut:

CIMB BANK
Nama akaun: Syria Care
No. Akaun : 8601 89 4560
Swift Code : CIBBMYKL

Maybank
Nama akaun: Syria Care
No. Akaun : 5621 0665 3575

RHB Bank
Nama akaun: Syria Care
No. Akaun : 2622 5000 0217 75

Alamat Pejabat NGO Syria Care:
No. 43A, Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Sila hantarkan resit kepada 01128809820 Finance Exec (Whatsapp) untuk kami catatkan jumlah.

Tangan memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.
Sumbangan anda amat bermakna buat mereka.
Semoga usaha anda diganjari Allah dengan Syurga.


#Care4Syria
#SyriaCare
#WinterProject
#Food4Syria
#Warmtheirwinter

Sunday, 3 January 2016

Jadual persekolahan
















 




















Amboih, hari pertama, dah ngantuk ye dik..bangun awal ye..hhahha

Syukur..

duit

Alhamdulilah, dapat lah bonus rm500 . Syukur..dengan kos hidup yang makin tinggi , moga dengan bonus ini dapat meringankan sedikit bebanan rakyat. Macam saya sekarang ni yang tengah bayar duit rumah kami yang bakal kami duduki pada 2018 .. Inayaallah..demi anak- anak, ibu dan ayah akan berusaha sedaya upaya..

Sunday, 27 December 2015

GST ..

http://www.sinarharian.com.my/nasional/alangkah-elok-keperluan-sekolah-dikecualikan-gst-1.466318

MEMETIK LAPORAN WARTAWAN SINAR HARIAN


TERKESAN dengan kenaikan harga barang selepas pelaksanaan GST, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan mempertimbangkan untuk mengecualikan keperluan sekolah daripada dikenakan GST.
Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman berkata, kenaikan kos sara hidup sudah cukup membebankan, kini ditambah pula dengan kenaikan harga keperluan sekolah yang pastinya membebankan lagi kewangan ibu bapa.
Katanya, saban tahun berlaku kenaikan harga barang dan perkhidmatan dan ia memberi kesan terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan mempunyai ramai anak bersekolah.
“Suasana sekarang ini dirasakan lebih sukar bagi ibu bapa memenuhi keperluan sekolah anak-anak, dengan kenaikan harga barang sedangkan pendapatan tidak meningkat.
“GST diketahui membebankan, ditambah pula dengan kos menyediakan keperluan sekolah,” katanya kepada Sinar Harian.
[ARTIKEL BERKAITAN: Persiapan masuk sekolah makin mahal lepas GST]
Beliau berkata, pelbagai cara dan alternatif diguna pakai oleh kebanyakan ibu bapa dalam menjimatkan perbelanjaan persekolahan anak, namun dengan kenaikan harga, perkara itu tidak dapat dielakkan.
“Pakai semula pakaian yang masih elok. Tiada pilihan terpaksa gunakan yang lama. Selama setahun, itulah dua pasang baju yang terpaksa digunakan. “Belanja seorang anak pun sekurang-kurangnya memerlukan anggaran RM350 untuk membeli kelengkapan pakaian dan buku. Belum dikira kos tambang bas atau van sekolah lagi,” katanya.

Justeru, beliau merasakan perlu ada satu mekanisme daripada kerajaan sebagai usaha membantu golongan ibu bapa menghadapi dilema ini.

Dalam pada itu, Dr Maamor berkata, sebagai salah satu jalan penyelesaian, koperasi sekolah perlu memainkan peranan.

“Inilah masanya semua sekolah menyatakan sokongan dengan menawarkan harga yang lebih murah dari pasaran sebagai pilihan yang lebih jimat kepada ibu bapa,” katanya.
Katanya, dengan pembelian pukal daripada koperasi, harga pastinya lebih murah dan memberikan lebih banyak penjimatan kepada ibu bapa serta pelajar.
“Saya harapkan supaya semua sekolah menyokong pembelian melalui sekolah. Lebih baik juga bantuan RM100 daripada kerajaan itu diberikan dalam bentuk baucar dan ditebus di koperasi sekolah,” katanya.
Alangkah elok keperluan sekolah dikecualikan GST!