virus zika

Thursday, 13 April 2017

Samosa buat bekalan Dania dan Fawwaz

Tak sempat Cik Da nak snap gambar samosa pagi tadi sebab Fawwaz da menangis tepi pagar dapur. Dia tak tidor lena malam tadi sebab batuk. Kesian anak ibu. Ibu pun sama tak tidur juga sebab menjaga awak..πŸ˜ͺ😫tapi demi tanggungjawab ibu gagahkan jua..



credit: google image

moga anak ibu dapat tidur di rumah pengasuh ya. Petang ni ibu bawa g klinik
( maafkan ibu xdpt nak cuti lagi). Serba salah dibuatnya pagi tadi. Merengek dan tak nak mandi..Tapi ibu kena mandikan awak juga sebab nk bagi badan awaz segar..Dah hantar rumah pengasuh, Awaz muncung je, xnak pandang ibu pun..Ibu pujuk2 pun still masam je muka Awaz. Marahkan ibu ye, adik...Maafkan ibu ya...Ibu sayang Awaz....

Wednesday, 12 April 2017

Cik Da dah kurus ke? baju da loose

Cik Da dah kurus?😝😝. Berkat puasa 2 hari kan..Hari ini khamis, nak puasa tapi nak dijadikan cerito kan....Terminum ubat batuk sebab batuk , takkan sakit perut pulak kan...

Sebabnya Cik Da berpuasa kan...sebab nak sihat..

Oh, tidak..Ini fakta bukan auta!!!





Mari bersenam semua sambil dengar lagu Didi n Friends .Hora Hoorayyyy( hahha)

Haaa..tengok kesannya pada badan dan fungi organ kita. Sama- sama jaga kesihatan ya. Wang tidak boleh beli kesihatan..

Sekarang ni, senaman begini yang Cik Da amalkan..

'REUNION | kawan lama berjumpa, cinta lama berbunga?

Assalamualaikum semua,Salam 1Malaysia, harini tajuk "panas" Cik Da nak bawakan kepada semua bloggers . Topik Warna Pagi IKIMfm 

  'REUNION | kawan lama berjumpa, cinta lama berbunga?

Panduan Mengelakkan Reunion sebagai pencetus cinta daripada Tuan Kaunselor Berdaftar

  • Elak berdua duaan semasa reunion
  • Menjaga penampilan dengan pakaian tidak mencolok mata
  • Elak bahasa lunak
  • Jaga pandangan

Pada pendapat Cik Da, jika objektif reunion itu sendiri baik dan betul untuk merapatkan ukhuwah dan silaturrahim , tiada isu cinta lama berputik . Jika reunion tu, tidak perlu lah ada syarat xboleh bawa famili ke kan, Apa salahnya bawa famili untuk perkenalkan anak dan isteri serta networking kannnn...
Pengisian reunion tu sekiranya lama contoh 3 hari 2 malam ke kan, janganlah ada "sesi yang bakal mendedahkan aurat" .Bahaya...



KEBURUKAN Pokok pangkalnya, diri sendiri dan iman..
             
                     

            KEBAIKAN
Jika nak hubungi Ikimfm untuk pandangan , di aplikasi whatsapp kami di 01129004004 atau hubungi kami melalui 03-62051500

RAHSIA ALAM - Pewarna Penawar Penyakit

RAHSIA ALAM - Pewarna Penawar PenyakitRAHSIA ALAM | Bersama Dr.Suri Roowi, Pakar Antioksidan MARDI. Tajuknya "Pewarna Penawar Penyakit". Diterbitkan oleh DJ Siti Rohani Surani IKIMfm - Rasmi. Dikendalikan bersama oleh DJ Syafiq Salleh IKIMfm
   

BOLEH TONTON SECARA LIVE DI FB GO LIVE :https://www.facebook.com/ikimfm/videos/vb.133986386611435/1498642150145845/?type=2&theater&notif_t=live_video_explicit&notif_id=1491829586631725

MENARIK PERKONGSIAN . CONTOHNYA MULBRI SENANG DITANAM , CUCUK SAHAJA ( KERATAN BATANG) . DAN PENAWAR KENCING MANIS , BUAH MULBERI..WOW.....BAGUS DAN SUPERB...


KEBAIKAN :

  • PENGAMBILAN PEWARNA SEMULAJADI INI BAIK UNTUK BADAN DAN BOLEH MENURUNKAN RISIKO PENYAKIT BERBAHAYA.
  • ROSELLE

Antara Wang dan Keluarga


Wang/ Duit / Fulus dan apa sahaja nama yang sinonim dengannya. Korang pernah dengar tagline Hidup untuk kerja  atau kerja untuk hidup?

Dewasa ini serba serbi perlu duit untuk beli barang, pergi kerja, makan dan belanja sekolah anak. Bak kata mak n cek( ayah) Cik Da masa kecik- kecik dulu , celik mata duit..Nampak tak kepentingan duit dimata ibubapa sekarang . Tapi jangan dilupakan kepentingan keluarga daripada aspek perkembangan , kebajikan dan rohani isteri serta anak -anak.

Tapi jika dilihat zaman sekarang, isteri sudah biasa berdikari , hantar anak, ambil anak, pergi shopping barang dapur sendiri dan uruskan hal rumah sendiri . Dan jangan salahkan isteri dan anak- anak sekiranya mereka menjauhkan diri dan kurang berkomunikasi dengan anda.

Tidak salah mencari rezeki lebih tapi jangan pula sabtu ahad pun cari duit lebih sehingga biarkan anak isteri membawa haluan sendiri.CARI MASA BERKUALITI BERSAMA KELUARGA SEMENTARA MASIH ADA.








KESIMPULANNYA, DUIT SAMA PENTING TAPI KELUARGA SENTIASA ADA DI SAAT KITA SUSAH SENANG. MEMANG ORANG KATA TAK DE DUIT SUSAH TAPI KALAU TAK DE KELUARGA SUSAH KE SENANG..MUNGKIN BAGI YANG CETEK PEMIKIRAN AKAN MENGAMBIL KIRA ADA KELUARGA INI MENYUSAHKAN TAPI FIKIRLAH..TANPA IBUBAPA DAN KELUARGA ANDA , BOLEHKAH ANDA HIDUP HINGGA KE HARI INI?( TIDAK AMBIL KIRA ANAK YATIM PIATU KERANA MUNGKIN DIJAGA SAUDARA DAN RUMAH ANAK YATIM)




RUMAH BAHAGIA, ANAK- ANAK CERIA.

( P/S : Tulisan dan karya hanya untuk pandangan peribadi. tiada kaitan antara yang hidup dan mati)

Tuesday, 11 April 2017

TERKILAN

Dah kenapa ek Cik Da up cerita ni kan.Setiap pekerjaan ada fungsinya dan tanggungjawab. Kita sebagai pekerja kena lah jaga kerja untuk keberkatan rezeki itu sendiri. Rasa berkat ke kalau hilang daripada ofis berjam jam dalam waktu kerja.Cik Da tak tahu la kan kalau tak terasa kan..



Susah nak cakap bile kite ni "junior". 


Merenung masa depan yang kadang kala rasa kelam di celahan cahaya gemerlapan.Andainya ku mampu untuk mengukir masalah di pantai dan pabila ombak membadai ia bisa memadam masalahku sekaligus.

Jepun bakal kekurangan penduduk

Reuters





Tokyo: Jumlah penduduk Jepun dijangka merosot hampir satu pertiga dalam tempoh 50 tahun sebelum merosot kepada separuh pada 2115.
Perangkaan terbaru Kementerian Kesihatan itu menunjukkan, pada 2065, sebanyak 38 peratus jumlah penduduk Jepun ialah mereka berusia 60 tahun ke atas, berbanding 10 peratus berusia 14 tahun ke bawah jika keadaan sekarang berterusan.
Pada tahun yang sama, jumlah penduduk Jepun yang sekarang ini 127 juta, dijangka merosot 40 juta.
Tahun lalu, tidak sampai sejuta bayi dilahirkan, jumlah terendah direkodkan Jepun sejak 1899.
Kerajaan Jepun yang bimbang memperkenalkan banyak dasar bagi menggalakkan kelahiran, termasuk cuti bersalin yang panjang, bantuan kepada mereka yang menjalani rawatan kesuburan dan pendidikan prasekolah percuma.

Kemerosotan penduduk, terutama membabitkan golongan muda akan memberi kesan besar kepada ekonomi Jepun kerana menyebabkan kekurangan pembayar cukai namun kos bayaran pencen meningkat.


Menurut laporan kementerian itu, antara punca merosotnya kadar kelahiran ialah perubahan gaya hidup wanita yang kini semakin ramai berkahwin lambat dan enggan memiliki anak kerana bimbang mengganggu kerjaya.
Selain itu, kadar pendapatan yang tidak meningkat menyebabkan ramai lelaki tidak mahu mengambil risiko berkahwin kerana bimbang tidak mampu menyara keluarga.
Semakin ramai penduduk golongan tua bermakna golongan muda terpaksa bekerja lebih masa menyebabkan mereka kekurangan masa dengan keluarga.
Laporan pada tahun lalu menyatakan 11 peratus syarikat besar Jepun merekodkan kakitangannya bekerja lebih masa sehingga 80 jam sebulan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 April 2017 @ 8:07 AM