Dalam diam-diam, tiba-tiba saja muncul berita bahawa Ana Raffali akan bernikah bulan Februari ini.
Menurut mStar Online, Ana Raffali dijadualkan bernikah pada 25 Februari ini bersama bakal pengantin lelaki bernama Naim yang juga merangkap kepada pengurus Ana Raffali.
Tidak dapat dipastikan samada khabar ini betul atau hanya sekadar bertiup kencang oleh angin, majlis pernikahan mereka juga dikatakan akan berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati kira-kira jam 10 pagi.
Namun begitu, disebabkan Ana Raffali yang dilihat seperti menyembunyikan berita baik ini dari rakan media, dia turut mengaku kecewa apabila ada segelintir pihak yang menyebar khabar angin bahawa dia ingin merahsiakan perkara ini. Selepas tersebar berita ini di forum-forum tempatan, Ana akhirnya akur dan menyuarakan perasaannya yang kecil hati apabila disalah anggap.
No comments:
Post a Comment