virus zika

Sunday, 19 February 2012

Anak tiri jadi ‘isteri kedua’



KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular
 tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya
 di Gombak Jaya, dekat sini, semalam.
Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak 
tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.
Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak

 berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu.


“Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit

 di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.




Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat 

laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh 
tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain.

2 comments:

Maya Zhang Ai Ly said...

sapa la lelaki kejam tu???

Unknown said...

identiti masih belum diketahui..tp mmg kejam..bek hukum gantung je