CHONG WEI menerima rawatan bagi kecederaan bahu kanannya ketika menentang Lin Dan pada aksi final kejohanan badminton Seluruh England di Birmingham semalam. |
KECEDERAAN bahu kanan yang dialami jaguh perseorangan badminton negara,
Datuk Lee Chong Wei bukan sesuatu yang membimbangkan.
Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berkata, tidak ada apa yang perlu
dibimbangkan mengenai situasi yang dialami pemain No. 1 dunia itu.
Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa Chong Wei masih berada di landasan yang
tepat dalam misi memburu pingat emas pertama kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London, Julai depan.
"Kecederaan Chong Wei tidaklah teruk seperti mana yang disangka. Namun, apa jua
keputusan, kita perlu tunggu rawatan susulan yang akan dilakukan Chong Wei sebaik
pulang ke Malaysia nanti.
"Apa yang pasti, kecederaan itu tidak akan sesekali menjejaskan persiapan Chong Wei
bagi menghadapi Sukan Olimpik nanti," kata Seu Bock ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Terdahulu, Chong Wei gagal dalam misinya memburu kejuaraan hatrik pada
kejoha- nan badminton Seluruh England 2012 selepas terpaksa menarik diri pada aksi
final menentang bintang sensasi China, Lin Dan yang berlangsung di Arena Tertutup
Nasional Birmingham, England awal pagi semalam.
Ia gara-gara kecederaan bahu kanan yang dialami juara Seluruh England pada edisi
2010 dan 2011 itu ketika aksi suku akhir menentang perse- orangan Indonesia,
Diony- sius Hayom Rumbaka.
Chong Wei yang tewas 19-21 pada set pertama terpaksa menarik diri ketika
ketinggalan 2-6 pada set kedua kerana sudah tidak mampu menahan kesakitan yang dialaminya.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Chong Wei turut gagal menyamai rekod
lagenda badminton negara, Wong Peng Soon yang bergelar juara sebanyak
tiga kali berturut-turut iaitu pada edisi 1950, 1951 dan 1952.
Peng Soon turut merangkul gelaran juara Seluruh England pada 1955.
Bagaimanapun, Seu Bock menganggap keputusan pemain berusia 30 tahun
itu me- narik diri adalah tepat.
"Memang Chong Wei kecewa kerana dia sememangnya mahu melakar
kejuaraan hatrik pada Seluruh England. Namun, dia dapat menerimanya kerana
ia disebabkan kecederaan yang dialaminya.
"Keputusannya (Chong Wei) menarik diri daripada meneruskan perlawanan juga
adalah tepat kerana bimbang ia akan mendatangkan risiko yang lebih besar
kepada diri- nya," jelas Seu Bock.
Dalam pada itu, Seu Bock mengesahkan bahawa Chong Wei tidak akan beraksi
pada Terbuka Switzerland yang membuka tirainya di Basel hari ini.
No comments:
Post a Comment