virus zika

Sunday, 9 April 2017

Awaz Ucuk Bile nak tinggalkan Nen?

Nak dijadikan cerita , daripada awal Cik Da mengandungkan anak kedua , Fawwaz
( nampak sangat nak anak lagi kan..wink wink )Dah niat nak menyusukan dia sampaiiii 2 tahun , so 29/4 ni genaplah usia de 2 tahun...Encik abang da senyum manja tu..hahahaha..




      awaz, ateh and dania                                                  Awaz merenung masa depan

Kalau ikutkan tempoh menyusu 2 tahun ni, da nak abis kontrak menyusu kan..so cik Da nak wean off susu dengan awaz ni..

Petua ni Cik Da dapat daripada babycentre so, saya kongsi di sini..

Bilakah masa yang sesuai bagi bayi saya bercerai susu?

Pakar-pakar penyusuan badan mengesyorkan membiarkan anak anda menentukan bilakah dia mahu berhenti menyusu badan (baby-led weaning). Namun terpulanglah kepada anda untuk menentukan apa yang terbaik bagi anda dan anak anda. 

Bagi anak anda, penyusuan badan bukan bermakna mendapatkan makanan semata-mata. Ia adalah cara untuk merapatkan hubungannya dengan anda, dan menerima keselesaan dan rasa selamat. Jika anda biarkan dia berhenti mengikut perkiraannya sendiri, kemungkinan yang anda akan menghadapi masalah berkurangan.    

Bagaimanakah saya mula menceraikan susu?

Sebaik saja bayi anda memakan berbagai jenis makanan, anda akan mendapati dengan sendirinya dia kurang meminta susu badan. Jika anda mahu membantu menggerakkan proses ini, ikutilah langkah-langkah ini: 

  • Langkah satu: biarkan bayi menghabiskan penyusuan sepenuhnya, kemudian berikan dia hidangan kecil makanan. Galakkan dia mencuba pelbagai rasa dan tekstur yang berbeza. Dia masih mendapat kebanyakan zat yang diperlukan daripada susu ibu.

  • Langkah dua: sebaik saja bayi anda mula makan dengan baik (tandanya kelihatan daripada najisnya), barulah anda membuat beberapa pertukaran. Pada beberapa waktu makan, cuba berikan dia makanan dahulu sebelum menyusukannya. Kemudian anda boleh menawarkan dia makanan pada setiap waktu penyusuan. 

  • Langkah tiga: berikan bayi anda air dalam bikar bermuncung lembut untuk menggantikan penyusuan badan. 

Berapa lamakah masa untuk bercerai susu?

Ini mungkin mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk menghentikan penyusuan badan, terutama sekali jika bayi anda pun sudah mula bosan dengannya. Atau ia mungkin mengambil masa di antara sebulan dan enam bulan. 

Memang setiap kes itu berbeza, dan semuanya bergantung kepada berapa cepat dan berapa senang bayi anda membuat penyesuaian. Bercerai susu akan mengambil masa lebih lama jika anda mencubanya sebelum bayi anda bersedia. Anda boleh cuba untuk tidak memberinya susu badan untuk melihat apa yang berlaku tetapi tidak menolak permintaannya untuk menyusu, dengan ini anda melakukannya mengikut rentak anak anda sendiri. 

Adalah baik jika anda tidak menghentikan penyusuan badan dengan serta merta, sebab ianya akan mengganggu bayi dan membuatkan anda tidak selesa. Anda akan mengalami payudara bengkak dan kemungkinan keradangan payudara yang menyakitkan (mastitis).

Pendekatan yang tidak tergesa-gesa adalah yang paling baik. Namun begitu, berapa cepat pun anda cuba bercerai susu, anda masih perlu mematuhi tiga langkah yang digariskan di atas. Ini bagi memastikan bekalan susu anda beransur-ansur kurang apabila permintaan baginya turun. 

Macam mana jika bayi saya tak mahu behenti menyusu?

Jika bayi anda tidak menunjukkan tanda dia mahu berhenti menyusu, bersabarlah. Dia suka menyusu kerana itu menenangkan dia di samping membekalkan zat makanan. Dengan pertimbangan ini, anda boleh membantu dia menyesuaikan diri dengan melakukan perkara-perkara berikut: 
  • Beri keselesaan dengan cara lain
    Dengan perlahan, gantikan penyusuan badan dengan cara-cara lain untuk memupuk anak anda. Jika anda lazim menyusukan bayi anda untuk menenangkannya, cuba pula cara lain untuk membuat dia tenteram. Anda boleh membaca buku bersama-sama, nyanyikan dia, atau main mainan sebagai alternatif. 
  • Cuba lewatkan penyusuan 
    Melewatkan penyusuan adalah efektif jika anak anda itu lebih tua dan boleh memahami penerangan anda. Apabila anak kecil anda minta disusukan, katakan yang anda akan menyusukannya dalam sedikit masa dan alihkan tumpuannya kepada aktiviti lain. Jangan menyusukannya di awal petang, dan beritahu dia yang dia mesti tunggu sampai masa tidur. 
  • Pilih masa anda 
    Peristiwa besar dalam hidup membuatkan bercerai susu lebih susah. Adakah anak anda sakit baru-baru ini? Selalunya bayi yang tidak sihat mahu menyusu lebih kerap. Sebenarnya, penyusuan badan mungkin mendatangkan kebaikan untuk bayi yang sakit. 

Begitu juga jika anda baru kembali bekerja, atau pindah rumah, anak anda mungkin masih menyesuaikan diri kepada pertukaran itu. Jika demikian, mungkin sekarang bukanlah masanya untuk membuat perubahan besar dalam kehidupan anak anda. Cuba lagi dalam masa sebulan. Lambat laun, ianya akan berlaku. 


Moga tips ini bermanfaat untuk semuaaa

No comments: