Bagi Cik Da memang penting kerana ia membantu dalam perjalanan kerja seharian dan juga dapat membantu memahami emosi suami dan anak- anak..
Daripada buku yang Cik Da baca ni dapat lah Cik Da rumuskan( cewahhhh macam Profesor kan) , ada 5 gerak geri , di mana istilah lainnya "kinesik":
1. Penggambar
Sebagai contoh gerak geri ni , menunjukkan perbuatan berserta gerak badan :
contohnya : "Dalam". Tangannya juga bergerak gerak menggambarkan jarak dalam itu.
contoh lain : Bulat". Badan serta tangannya bergerak , Eh, Joyah , nak tau tak betapa bulatnya buah tembikai si Bedah tanam di belakang rumah nya tu....
2.Emblem
Emblem tu ape ek? Bahasa jawa ke? Cik Da google daripada google :
Maksud perkataan emblem - Mykamus
mykamus.com/free/2010/09/emblem/Translate this page
Apakah maksud emblem ? Maksud perkataan emblem adalah / The meaning of emblem is. lambang, simbol. Perkataan berkaitan: / Related Words. emblematic ...
Gerak geri kita yang menggantikan perkataan yang kita ucapkan. Contohnya :
Bagus = menunjukkan isyarat ibu jari .
Dua /Peace = menunjukkan dua jari sebagai ganti ucapan.
Bagi bahasa badan haiwan pula :
Bagi bayi pula:
3. Pengawal
Yang ni sememangnya ada di dalam gen masing - masing. Tidak kira jantina. Cumanya arahan itu dalam nada meminta ataupun mengarah atapun mengawal..Sebagai contoh ;"Nanti dulu " . " TOLONG TURUNKAN TANDATANGAN ANDA DI SINI " atau " Cepatlah". Kita cenderung mengangukkan kepala dan menggerakkan badan kita ke depan jika berminat akan sesuatu perkara.
4. Pelukis Rona Rasa
Mimik muka memainkan peranan dalam menyampaikan emosi kita ..Haa contoh nya...Geram, marah , suka , sedih , benci mahupun kecil hati.
5. Penyesuai
Gerak Geri ini dilakukan atas keperluan. Contohnya jika gatal, kita menggaru. Mengorek telinga atau hidung , tapi tak sopan lah kan....
Kredit kepada buku Seni bercakap cakap & Berbual Bual Tulisan Abdullah Hassan & Ainon Mohd
No comments:
Post a Comment