virus zika

Sunday, 9 April 2017

Karipap untuk tercinta



Resepinya copy daripada  https://cikmatahariku.blogspot.my/2014/05/petua-mudah-buat-karipap-rangup.html

  • 5-7 biji kentang sederhana besar ( dipotong dadu )
  • 1 biji bawang besar ( potong dadu )
  • 3 ulas bawang merah ( dikisar )
  • 2 ulas bawang putih  ( dikisar )
  • segengam ikan bilis atau udang kering ( dikisar ) Boleh ganti daging kisar atau ayam
  • 3 sudu besar cili kering kisar ( kurangkan kalau tak suka pedas)
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak )
  • Minyak masak untuk menumis
Cara Masak Inti Karipap Kentang
1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah 
    dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau,     
    masukkan pula serbuk kari.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih 
   dahulu.Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.
4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat 
    lembutkan kentang dengan cepat.
5. Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering dan masukkan separuh lagi 
    bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.
6. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan   
    boleh di buat inti karipap.

Bahan-bahan untuk buat kulit karipap
Boleh juga rujuk sini untuk lihat cara bergambar buat kulit karipap rangup-
  • 500 gram tepung gandum ( untuk 30-40 biji karipap )
  • dua senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( boleh cairkan planta atau marjerin )
  • satu mug sederhana besar berisi air yang sudah dilarutkan dengan garam 
Ada juga resepi yang saya baca di Blog Jintan Manis, menambah tepung ubi dan tepung beras sebagai rahsia kenapa karipap akan jadi lebih rangup.Saya belum mencubanya, tetapi jika anda berminat, saya kongsikan sukatan tepung beras dan tepung ubi mengikut resepi mereka.
  • 50g Tepung Beras (anggaran setengah senduk nasi )
  • 50g Tepung Ubi(anggaran setengah senduk nasi )
Cara buat kulit karipap
  • Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.
  • Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap.
  • Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.
  • Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.
  • sukatan air dalam resepi ini bergantung kepada doh yang kita uli.Pastikan masukkan air sedikit demi sedikit semasa menguli.
Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng 
Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng ialah sapu bahagian tempat kelim dengan air masak.InsyaAllah, kelim karipap tidak akan terbuka semasa digoreng.Kelim karipap yang kerap terbuka bila mana kita menggunakan acuan karipap.Kelim karipap jarang terbuka sekiranya kita kelim sendiri dengan tangan.

Cara Menggoreng Karipap Supaya Rangup
Antara petua yang saya sudah cuba bagi memastikan karipap yang digoreng rangup ialah pastikan kita gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng.Selain itu, kena rajin balik-balikkan karipap dalam kuali dan gunakan api yang sederhana.Jika api terlalu besar dan panas, kulit karipap hanya masak diluar tetapi akan menjadi liat di sebelah dalam.Kena biarkan karipap digoreng lama sedikit dengan api sederhana supaya kulit sebelah dalam juga masak dan hasilnya kita akan mendapat kulit karipap yang rangup.

Awaz Ucuk Bile nak tinggalkan Nen?

Nak dijadikan cerita , daripada awal Cik Da mengandungkan anak kedua , Fawwaz
( nampak sangat nak anak lagi kan..wink wink )Dah niat nak menyusukan dia sampaiiii 2 tahun , so 29/4 ni genaplah usia de 2 tahun...Encik abang da senyum manja tu..hahahaha..




      awaz, ateh and dania                                                  Awaz merenung masa depan

Kalau ikutkan tempoh menyusu 2 tahun ni, da nak abis kontrak menyusu kan..so cik Da nak wean off susu dengan awaz ni..

Petua ni Cik Da dapat daripada babycentre so, saya kongsi di sini..

Bilakah masa yang sesuai bagi bayi saya bercerai susu?

Pakar-pakar penyusuan badan mengesyorkan membiarkan anak anda menentukan bilakah dia mahu berhenti menyusu badan (baby-led weaning). Namun terpulanglah kepada anda untuk menentukan apa yang terbaik bagi anda dan anak anda. 

Bagi anak anda, penyusuan badan bukan bermakna mendapatkan makanan semata-mata. Ia adalah cara untuk merapatkan hubungannya dengan anda, dan menerima keselesaan dan rasa selamat. Jika anda biarkan dia berhenti mengikut perkiraannya sendiri, kemungkinan yang anda akan menghadapi masalah berkurangan.    

Bagaimanakah saya mula menceraikan susu?

Sebaik saja bayi anda memakan berbagai jenis makanan, anda akan mendapati dengan sendirinya dia kurang meminta susu badan. Jika anda mahu membantu menggerakkan proses ini, ikutilah langkah-langkah ini: 

  • Langkah satu: biarkan bayi menghabiskan penyusuan sepenuhnya, kemudian berikan dia hidangan kecil makanan. Galakkan dia mencuba pelbagai rasa dan tekstur yang berbeza. Dia masih mendapat kebanyakan zat yang diperlukan daripada susu ibu.

  • Langkah dua: sebaik saja bayi anda mula makan dengan baik (tandanya kelihatan daripada najisnya), barulah anda membuat beberapa pertukaran. Pada beberapa waktu makan, cuba berikan dia makanan dahulu sebelum menyusukannya. Kemudian anda boleh menawarkan dia makanan pada setiap waktu penyusuan. 

  • Langkah tiga: berikan bayi anda air dalam bikar bermuncung lembut untuk menggantikan penyusuan badan. 

Berapa lamakah masa untuk bercerai susu?

Ini mungkin mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk menghentikan penyusuan badan, terutama sekali jika bayi anda pun sudah mula bosan dengannya. Atau ia mungkin mengambil masa di antara sebulan dan enam bulan. 

Memang setiap kes itu berbeza, dan semuanya bergantung kepada berapa cepat dan berapa senang bayi anda membuat penyesuaian. Bercerai susu akan mengambil masa lebih lama jika anda mencubanya sebelum bayi anda bersedia. Anda boleh cuba untuk tidak memberinya susu badan untuk melihat apa yang berlaku tetapi tidak menolak permintaannya untuk menyusu, dengan ini anda melakukannya mengikut rentak anak anda sendiri. 

Adalah baik jika anda tidak menghentikan penyusuan badan dengan serta merta, sebab ianya akan mengganggu bayi dan membuatkan anda tidak selesa. Anda akan mengalami payudara bengkak dan kemungkinan keradangan payudara yang menyakitkan (mastitis).

Pendekatan yang tidak tergesa-gesa adalah yang paling baik. Namun begitu, berapa cepat pun anda cuba bercerai susu, anda masih perlu mematuhi tiga langkah yang digariskan di atas. Ini bagi memastikan bekalan susu anda beransur-ansur kurang apabila permintaan baginya turun. 

Macam mana jika bayi saya tak mahu behenti menyusu?

Jika bayi anda tidak menunjukkan tanda dia mahu berhenti menyusu, bersabarlah. Dia suka menyusu kerana itu menenangkan dia di samping membekalkan zat makanan. Dengan pertimbangan ini, anda boleh membantu dia menyesuaikan diri dengan melakukan perkara-perkara berikut: 
  • Beri keselesaan dengan cara lain
    Dengan perlahan, gantikan penyusuan badan dengan cara-cara lain untuk memupuk anak anda. Jika anda lazim menyusukan bayi anda untuk menenangkannya, cuba pula cara lain untuk membuat dia tenteram. Anda boleh membaca buku bersama-sama, nyanyikan dia, atau main mainan sebagai alternatif. 
  • Cuba lewatkan penyusuan 
    Melewatkan penyusuan adalah efektif jika anak anda itu lebih tua dan boleh memahami penerangan anda. Apabila anak kecil anda minta disusukan, katakan yang anda akan menyusukannya dalam sedikit masa dan alihkan tumpuannya kepada aktiviti lain. Jangan menyusukannya di awal petang, dan beritahu dia yang dia mesti tunggu sampai masa tidur. 
  • Pilih masa anda 
    Peristiwa besar dalam hidup membuatkan bercerai susu lebih susah. Adakah anak anda sakit baru-baru ini? Selalunya bayi yang tidak sihat mahu menyusu lebih kerap. Sebenarnya, penyusuan badan mungkin mendatangkan kebaikan untuk bayi yang sakit. 

Begitu juga jika anda baru kembali bekerja, atau pindah rumah, anak anda mungkin masih menyesuaikan diri kepada pertukaran itu. Jika demikian, mungkin sekarang bukanlah masanya untuk membuat perubahan besar dalam kehidupan anak anda. Cuba lagi dalam masa sebulan. Lambat laun, ianya akan berlaku. 


Moga tips ini bermanfaat untuk semuaaa

Selamat Pagi Bloggers


SARAPAN YANG SIHAT UNTUK PERMULAAN HARI YANG BAIK!!! BISMILLAH...

Sunday, 12 March 2017

Halamak...perfume da abis!!!! Jangan risauuu...LurveMe kan adaaa

Koleksi perfume LurveMe 














Haaa, perfume anda da habis? Jangan risau>> LurveMe by Izreen Azminda perfume bersaiz travel 15ml EDP sesuai untuk TRAVEL.. APA LAGI CALL ATAU WHATSAPP 0129792045

Isu Korea Utara boleh selesai

Berikutan kes pembunuhan mamat Nam ni , harapnya IMEJ MALAYSIA tidak tercalar dimata didunia selepas kes MH370 . Semua perkara yang berlaku ni ketentuanNYA . Kita sebagai manusia harus buang jauh- jauh spekulasi dan idea "sabotaj" yang ingin dikenakan pada Malaysia walaupun kita sebagai rakyat Malaysia terkesan daripadanya. Sekaranglah masanya untuk bersatu demi Malaysia tanpa diksriminasi.

TAWAU – Negara ketiga tidak diperlukan dalam proses Malaysia menyelesaikan isu pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong-nam, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, sekiranya wujud kesepakatan antara Malaysia dan Korea Utara, isu ini boleh diatasi tanpa perlu dipanjangkan.
“Saya yakin apa yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentukan dasar untuk memudahkan kedua-dua negara dan untuk terus menjaga hubungan baik serta diplomatik terus terjalin antara Korea Utara dan Malaysia,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bercakap kepada pemberita selepas me­rasmikan Program Karnival Ja­linan Kasih anjuran Biro Latihan dan Penyelidikan UMNO Bahagian Kalabakan di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz4bAWOj4tM 
Hakcipta terpelihara 

MAT DAN DA KAWIN ( BACA NADA DORAEMON)



KUALA TERENGGANU – Pengacara rancangan travelog, Kareef Daniel Abdullah, 28, atau lebih dikenali sebagai Mat Dan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis Melayu yang dikatakan bekerja sebagai pramugari di Bukit Chendering di sini semalam.
Majlis pernikahan yang berlangsung pada pukul 5.30 petang diadakan mengikut adat istiadat Melayu dan secara tertutup dengan hanya dihadiri waris terdekat dan sahabat rapat.
Turut hadir ibu bapa Mat Dan iaitu Kevin Tyler dan Nicol Tyler yang berasal dari Bristol, England.
Terdahulu, pasangan itu ditunangkan dalam majlis ringkas di rumah pengantin perempuan pada pukul 10 pagi.
Sewaktu ditemui wartawan Kosmo! kelmarin, Mat Dan yang fasih bertutur loghat Terengganu enggan mengesahkan khabar angin berhubung majlis perkahwinannya dengan gadis Melayu bertudung tersebut.
Begitupun, gambar majlis pertunangan dan pernikahan pasangan itu tersebar dalam media sosial.
Antara yang tersebar ialah gambar ibu Mat Dan, Nicol menyarung cincin ke jari manis menantu perempuannya yang mengenakan busana berwarna ungu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz4bAG7THlu 
Hakcipta terpelihara