virus zika

Tuesday, 2 May 2017

Bercuti di Marina Cove tapi dapat Marina Height Resort


Nak memanfaatkan cuti panjang sempena labour day yang lepas..Cik Da dan famili kecik kami bercuti di Marina Cove tapi dapat Marina Heights Resort sebab kan hotelnya penuh dengan pengunjung pada saat itu..Mak bapak bawak famili dan anak- anak g bercuti kan..Jalan jem..Hotel pon jem jugak..Belum kira " drama" di meja kaunter pendaftaran Marina Cove lagi...macam - macam hal..Bilik penuh lah , padahal tetamu dah booking awal ..bertekak nk refund semula..Eh kalau Cik Da pun marah sebab da penat ngadap jem 5 JAM ke SINI....huh...penattttt..Tapi bagus juga kami dapat hotel baru walaupun xde theme park..ado kolam pon da ok dahhh....So tak payah nk membebel lagi...Kita jenjalan ..




Hari pertama - 29/04/2017 Di Jeti Lumut , beli barangan seafood kering macam sotong sepeket, ikan bilis, dan lain- lain

HAA..korang nampak tak ape benda belakang Cik Da tu..hahahha

















 HARI KEDUA 30/04/2017 - TELUK BATIK


                            KERLASS ko Dania...








Bagi chance lah , ayahnye selfie ...hensem kan.hahhahaha

Selamat Hari lahir Fawwaz


Tengok tu ...Kakak Dania yang excited kan..Kek Didi tu..Tq Kak Selamah atas tempahan kek pada rakannya


Merenung ape tu bujang ibu ni..Dah 2 tahun dah ko dik.. Ibu ingat lagi 13 jam di wad untuk tunggu bukaan untuk bersalin kan Awaz tapi ibu lega anak ibu lahir dengan sihat dan kuat.

IBU, AYAH, KAK NIA SAYANG AWAZZZZ..MUAHHH

Wednesday, 26 April 2017

Cik Ha..lia oH Ha..lia

Cik Da baru saja dengar radio IKIMfm tadi, Segmen Rahsia Alam , daripada Dr Suri Roowi ..Minggu ni Dr membongkar khasiat halia, cekur, kunyit dan bunga kantan.

Antara khasiat halia :





Antara input yang Cik Da dapat :
  • Halia rebus bagus untuk kawal berat badan dan anti obesiti
  • Halia serbuk bagus untuk rawat batuk.
  • Halia jika diracik dan dimasukkan ke dalam air suam bagus juga untuk batuk dengan mencairkan lendir kahak.
  • Bunga kantan boleh turunkan asid urik dan gout
  • Kunyit boleh mencairkan darah tapi tidak boleh diambil bersama ubatan moden
  • Masa rebusan halia yang paling baik ialah 6 minit selepas mendidih.




Tuesday, 25 April 2017

MEMBACA BAHASA BADAN ATAU BODY LANGUAGE

Penting ke tidak memahami bahasa badan seseorang?

Bagi Cik Da memang penting kerana ia membantu dalam perjalanan kerja seharian dan juga dapat membantu memahami emosi suami dan anak- anak..

Daripada buku yang Cik Da baca ni dapat lah Cik  Da rumuskan( cewahhhh macam Profesor kan) , ada 5 gerak geri , di mana istilah lainnya "kinesik":

1. Penggambar

Sebagai contoh gerak geri ni , menunjukkan perbuatan berserta gerak badan :

contohnya : "Dalam". Tangannya juga bergerak gerak menggambarkan jarak dalam itu.

contoh lain : Bulat". Badan serta tangannya bergerak , Eh, Joyah , nak tau tak betapa bulatnya buah tembikai si Bedah tanam di belakang rumah nya tu....


2.Emblem

Emblem tu ape ek? Bahasa jawa ke? Cik Da google daripada google :

Maksud perkataan emblem - Mykamus

mykamus.com/free/2010/09/emblem/
Translate this page
Apakah maksud emblem ? Maksud perkataan emblem adalah / The meaning of emblem is. lambang, simbol. Perkataan berkaitan: / Related Words. emblematic ...

Gerak geri kita yang menggantikan perkataan yang kita ucapkan. Contohnya :

Bagus = menunjukkan isyarat ibu jari .

Dua /Peace = menunjukkan dua jari sebagai ganti ucapan.


Ni contoh lain:


Bagi bahasa badan haiwan pula :

 

Bagi bayi pula:






3. Pengawal

Yang ni sememangnya ada di dalam gen masing - masing. Tidak kira jantina. Cumanya arahan itu dalam nada meminta ataupun mengarah atapun mengawal..Sebagai contoh ;"Nanti dulu " . " TOLONG TURUNKAN TANDATANGAN ANDA DI SINI " atau " Cepatlah". Kita cenderung mengangukkan kepala dan menggerakkan badan kita ke depan jika berminat akan sesuatu perkara.


4. Pelukis Rona Rasa

Mimik muka memainkan peranan dalam menyampaikan emosi kita ..Haa contoh nya...Geram, marah , suka , sedih , benci mahupun kecil hati.





5. Penyesuai 
Gerak Geri ini dilakukan atas keperluan. Contohnya jika gatal, kita menggaru. Mengorek telinga atau hidung , tapi tak sopan lah kan....






Kredit kepada buku Seni bercakap cakap & Berbual Bual Tulisan Abdullah Hassan & Ainon Mohd

Betul kan Diriku Andai ku Keliru

Kadang ku rasa diri ini satu bebanan buatmu, 
Melankolik hati ini rapuh, 
Serapuh ranting pohon yang kering, 
MENANTI untuk menemui sang rumput dan tanah


Andai diri ini terlihat keliru, 
Pandu diri ini agar terus lurus, 
Jangan kau biar diri ini tersesar jauh,
Tanpa destinasi tuju


Bahagia tidak terpapar pada wajah dunia, 
HATI REMUK TAK SIAPA MENGERTI, 
OHH, 
HATI..


TAK MAMPU KU MENAHAN GODAAAN MU....SLURPPPPP...SEDAPNYA.....
( KLISE TAK PEPAGI NI) Selamat membaca Bloggers

Monday, 24 April 2017

Berita Dalam Negeri

CHUKAI: Seorang ibu bersama anak lelakinya berusia tiga tahun maut dalam kemalangan di Kilometer 264.1, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Perasing, di sini, tengah hari tadi.

 Mangsa, Fatimah Al Zahrah Zainol Abidin, 32, dan anaknya, Al Fateh Mohd Shahrulnizam, maut di tempat kejadian dalam kemalangan itu jam 1.15 tengah hari. 

 Suami mangsa, Mohd Shahrulnizam Alias, 32, yang memandu kereta Proton Saga cedera ringan manakala seorang lagi anak mereka, Al Faris Mohd Shahrulnizam, enam tahun patah peha dan kaki kiri.

 Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Mohd Shahrulnizam dari arah Kuala Terengganu terbabas sebelum merempuh penghadang jalan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Katanya, kedua-dua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk rawatan. 

"Mayat kedua-dua beranak itu dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut," katanya. 

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/275325#cxrecs_s

Bila ko Pegi ATM time gaji tapiiiii

CARUT SANGAT KAN.....TARIK NAFAS... ISTIGHFAR DAN CARI MANA - MAN BUKIT JERIT KUAT - KUAT ATAU GELAK KUAT...