virus zika

Thursday, 15 March 2012

Recording time

Recording Iklan bersama DJ Syafik..Photographer , Fara Rauf. 

Chucky ni de keje kat radio..saja drop by kat bilik production.



Wednesday, 14 March 2012

Sakit pewutt

Huuhhuhuuh...sakit perut..cirit birit....


Entah makan pe ntah..Balik malam makan, cam biasa..pagi tadi start terc&&%&*....


Opss, hihhiih


Sekarang da ok sikit tapi cam pening kepala pulak..Satu , satu...Hurmmm ~ ~ ~




KE - BZ an melanda~~

Mula dah start bz, bile bos xde..huhuhu...dengan 


Studio ngah renovate ..abis smue keje pending...


Hurmm...Agak berdesing telingahttp://www.emocutez.com gak bile kontraktor 


ni ckp "u kata mau book 2 jam saja, tengok2 


u masuk awal ma..." ...Aq pulak cakap.."Aik ...


u datang lambat kan...I guna la dulu"....http://www.emocutez.com


Tu pun nak cari gaduh ke..same2 keje ma...adesss...


Xpe2 abaikan...hurm, kena la tunggu pukul 6 


kalo nak edit dengan sempurna...Next~~ Drama..






Tuesday, 13 March 2012

OT lagikkkkkk

Hurm, kali ni kena gantikan tech yang ade kecemasan...Rela terpaksa nih..


Sejuk bangat dalam opis nih..rasa macam dah beku pankreas ku..pergh, 


pankreas beku..BAHAYA nih... Doktor tolong rawat saya ye sebelum parah..rawat hati saya 


juga..Cewah...tampallah mana - mana yang bocor or terluka tuh


Kalau boleh, nak doktor yang ala2 cam AARON AZIZ boleh tak..


bukan mintak AARON AZIZ pon...hahaha 




Otak da mula merapu..Ko boleh bertahan ida..bertahan sampai kol 12 ye...boleh2..Chaiyok..xpe lah~~.


Pagi sok keje lagi...huk3..boleh tak sok nak cuti..waaaaaaaaaa...


Kalau tak ada keje ok gak kalau pat g bercuti kan...


Ni ....Hurm....payah nak diluahkan...wuuuuuuuuuuuuu~~~~


Tibe2 rasa ALONE!!

Saya Budak Baru Belajar

Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan....

Tak semua orang dilahirkan dengan akal yang cepat pick up, ade orang yang suka tengok,

 praktis, baru leh ingat kan, 

ade yang suka bawak buku nota kecik mana pergi , tapi tak tau la kalo lam jamban

bawak ke x? haha

Hurm, susah kan...Apa- apapun dalam kehidupan ni, kita perlu sabo je kan
..

Cewah...Kalau rasa rasa nak keje tu cepat buat sendiri la kan...wakakakaka..

Jahat x?

Peminat usah terlalu bimbang'


CHONG WEI menerima rawatan bagi kecederaan bahu kanannya ketika menentang Lin Dan pada aksi final kejohanan badminton Seluruh England di Birmingham semalam.


KECEDERAAN bahu kanan yang dialami jaguh perseorangan badminton negara,
Datuk Lee Chong Wei bukan sesuatu yang membimbangkan.
Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berkata, tidak ada apa yang perlu 
dibimbangkan mengenai situasi yang dialami pemain No. 1 dunia itu.
Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa Chong Wei masih berada di landasan yang 
tepat dalam misi memburu pingat emas pertama kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London, Julai depan.
"Kecederaan Chong Wei tidaklah teruk seperti mana yang disangka. Namun, apa jua 
keputusan, kita perlu tunggu rawatan susulan yang akan dilakukan Chong Wei sebaik 
pulang ke Malaysia nanti.
"Apa yang pasti, kecederaan itu tidak akan sesekali menjejaskan persiapan Chong Wei 
bagi menghadapi Sukan Olimpik nanti," kata Seu Bock ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Terdahulu, Chong Wei gagal dalam misinya memburu kejuaraan hatrik pada 
kejoha- nan badminton Seluruh England 2012 selepas terpaksa menarik diri pada aksi
 final menentang bintang sensasi China, Lin Dan yang berlangsung di Arena Tertutup 
Nasional Birmingham, England awal pagi semalam.
Ia gara-gara kecederaan bahu kanan yang dialami juara Seluruh England pada edisi 
2010 dan 2011 itu ketika aksi suku akhir menentang perse- orangan Indonesia, 
Diony- sius Hayom Rumbaka.
Chong Wei yang tewas 19-21 pada set pertama terpaksa menarik diri ketika 
ketinggalan 2-6 pada set kedua kerana sudah tidak mampu menahan kesakitan yang dialaminya.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Chong Wei turut gagal menyamai rekod
 lagenda badminton negara, Wong Peng Soon yang bergelar juara sebanyak 
tiga kali berturut-turut iaitu pada edisi 1950, 1951 dan 1952.
Peng Soon turut merangkul gelaran juara Seluruh England pada 1955.
Bagaimanapun, Seu Bock menganggap keputusan pemain berusia 30 tahun 
itu me- narik diri adalah tepat.
"Memang Chong Wei kecewa kerana dia sememangnya mahu melakar 
kejuaraan hatrik pada Seluruh England. Namun, dia dapat menerimanya kerana 
ia disebabkan kecederaan yang dialaminya.
"Keputusannya (Chong Wei) menarik diri daripada meneruskan perlawanan juga
 adalah tepat kerana bimbang ia akan mendatangkan risiko yang lebih besar
 kepada diri- nya," jelas Seu Bock.
Dalam pada itu, Seu Bock mengesahkan bahawa Chong Wei tidak akan beraksi 
pada Terbuka Switzerland yang membuka tirainya di Basel hari ini.

Meng - Update Blog

Minggu ni cukup bz. Hal kerja + Hal lain yang perlu diuruskan.

Harap semua berjalan lancar..Aminnnn