virus zika
Sunday, 7 May 2017
DURIAN
Seksi kan durian tu....NAK BELI tapi cik husben xsuka bau durian..kalau beli pun kena sorok - sorok ..uhuhuhuuh..Cik Da penggemar Durian tauuu...Nah Cik Da bagi info jenis durianuntuk penggemar durian:
Hah, ada lagi ni...Mai cek list sini::
Wednesday, 3 May 2017
KAD CERIA
https://kadceria.kwp.gov.my/index.php
Kad ceria merupakan kad DISKAUN atau kad pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi terpilih. Program ini adalah salah satu inisiatif dalam usaha menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya bagi warga WILAYAH PERSEKUTUAN.
Hah, cepat daftar ye..bagi warga KL, PUTRAJAYA DAN LABUAN SHJ..kiranya cam kad diskaun shopping di premis dan tempat terpilih menjadi rakan dagang KAD CERIA..CTHNYE KK SUPERMART di kawasan anda semua..
Jika dilihat di luar negara , mereka lagi suka mengumpul voucher daripada keratan akhbar untuk digunakan semasa mebeli belah.. Bagus juga kerajaan membantu warga bandar yang semestinya terbeban dengan kos sara hidup, makanan dan perbelanjaan harian..Moga bermanfaat untuk semua ya..Jika tak silap , 1 JUTA kad sahaja akan dikeluarkan secara PERCUMA..So rebut peluang sebelum melopong..
Tuesday, 2 May 2017
Bercuti di Marina Cove tapi dapat Marina Height Resort
Nak memanfaatkan cuti panjang sempena labour day yang lepas..Cik Da dan famili kecik kami bercuti di Marina Cove tapi dapat Marina Heights Resort sebab kan hotelnya penuh dengan pengunjung pada saat itu..Mak bapak bawak famili dan anak- anak g bercuti kan..Jalan jem..Hotel pon jem jugak..Belum kira " drama" di meja kaunter pendaftaran Marina Cove lagi...macam - macam hal..Bilik penuh lah , padahal tetamu dah booking awal ..bertekak nk refund semula..Eh kalau Cik Da pun marah sebab da penat ngadap jem 5 JAM ke SINI....huh...penattttt..Tapi bagus juga kami dapat hotel baru walaupun xde theme park..ado kolam pon da ok dahhh....So tak payah nk membebel lagi...Kita jenjalan ..
Hari pertama - 29/04/2017 Di Jeti Lumut , beli barangan seafood kering macam sotong sepeket, ikan bilis, dan lain- lain
HAA..korang nampak tak ape benda belakang Cik Da tu..hahahha


HARI KEDUA 30/04/2017 - TELUK BATIK
KERLASS ko Dania...

Bagi chance lah , ayahnye selfie ...hensem kan.hahhahaha
Selamat Hari lahir Fawwaz
Tengok tu ...Kakak Dania yang excited kan..Kek Didi tu..Tq Kak Selamah atas tempahan kek pada rakannya
Merenung ape tu bujang ibu ni..Dah 2 tahun dah ko dik.. Ibu ingat lagi 13 jam di wad untuk tunggu bukaan untuk bersalin kan Awaz tapi ibu lega anak ibu lahir dengan sihat dan kuat.
IBU, AYAH, KAK NIA SAYANG AWAZZZZ..MUAHHH
Wednesday, 26 April 2017
Cik Ha..lia oH Ha..lia
Cik Da baru saja dengar radio IKIMfm tadi, Segmen Rahsia Alam , daripada Dr Suri Roowi ..Minggu ni Dr membongkar khasiat halia, cekur, kunyit dan bunga kantan.
Antara khasiat halia :
Antara khasiat halia :
Antara input yang Cik Da dapat :
- Halia rebus bagus untuk kawal berat badan dan anti obesiti
- Halia serbuk bagus untuk rawat batuk.
- Halia jika diracik dan dimasukkan ke dalam air suam bagus juga untuk batuk dengan mencairkan lendir kahak.
- Bunga kantan boleh turunkan asid urik dan gout
- Kunyit boleh mencairkan darah tapi tidak boleh diambil bersama ubatan moden
- Masa rebusan halia yang paling baik ialah 6 minit selepas mendidih.
Tuesday, 25 April 2017
MEMBACA BAHASA BADAN ATAU BODY LANGUAGE
Penting ke tidak memahami bahasa badan seseorang?
Ni contoh lain:

3. Pengawal
Yang ni sememangnya ada di dalam gen masing - masing. Tidak kira jantina. Cumanya arahan itu dalam nada meminta ataupun mengarah atapun mengawal..Sebagai contoh ;"Nanti dulu " . " TOLONG TURUNKAN TANDATANGAN ANDA DI SINI " atau " Cepatlah". Kita cenderung mengangukkan kepala dan menggerakkan badan kita ke depan jika berminat akan sesuatu perkara.
Bagi Cik Da memang penting kerana ia membantu dalam perjalanan kerja seharian dan juga dapat membantu memahami emosi suami dan anak- anak..
Daripada buku yang Cik Da baca ni dapat lah Cik Da rumuskan( cewahhhh macam Profesor kan) , ada 5 gerak geri , di mana istilah lainnya "kinesik":
1. Penggambar
Sebagai contoh gerak geri ni , menunjukkan perbuatan berserta gerak badan :
contohnya : "Dalam". Tangannya juga bergerak gerak menggambarkan jarak dalam itu.
contoh lain : Bulat". Badan serta tangannya bergerak , Eh, Joyah , nak tau tak betapa bulatnya buah tembikai si Bedah tanam di belakang rumah nya tu....
2.Emblem
Emblem tu ape ek? Bahasa jawa ke? Cik Da google daripada google :
Maksud perkataan emblem - Mykamus
mykamus.com/free/2010/09/emblem/
Translate this page
Apakah maksud emblem ? Maksud perkataan emblem adalah / The meaning of emblem is. lambang, simbol. Perkataan berkaitan: / Related Words. emblematic ...
Gerak geri kita yang menggantikan perkataan yang kita ucapkan. Contohnya :
Bagus = menunjukkan isyarat ibu jari .
Dua /Peace = menunjukkan dua jari sebagai ganti ucapan.
Bagi bahasa badan haiwan pula :
Bagi bayi pula:

3. Pengawal
Yang ni sememangnya ada di dalam gen masing - masing. Tidak kira jantina. Cumanya arahan itu dalam nada meminta ataupun mengarah atapun mengawal..Sebagai contoh ;"Nanti dulu " . " TOLONG TURUNKAN TANDATANGAN ANDA DI SINI " atau " Cepatlah". Kita cenderung mengangukkan kepala dan menggerakkan badan kita ke depan jika berminat akan sesuatu perkara.
4. Pelukis Rona Rasa
Mimik muka memainkan peranan dalam menyampaikan emosi kita ..Haa contoh nya...Geram, marah , suka , sedih , benci mahupun kecil hati.
5. Penyesuai
Gerak Geri ini dilakukan atas keperluan. Contohnya jika gatal, kita menggaru. Mengorek telinga atau hidung , tapi tak sopan lah kan....
Kredit kepada buku Seni bercakap cakap & Berbual Bual Tulisan Abdullah Hassan & Ainon Mohd
Subscribe to:
Posts (Atom)


















