5 Sifat Mengenali Si Dia Suami Orang
1. Penuh Kasih SayangLelaki yang sudah berkahwin penuh dengan sifat kasih sayang. Mereka tahu untuk menunjukkan rasa kasih mereka dengan perbuatan mereka. Lelaki berstatus suami orang tidak lokek untuk mempamerkan sifat kasih sayang ini kerana mereka tahu si anak dara begitu mendambakan akan karektor ini. Boleh dikatakan saban hari anda akan dimanjai dengan kata-kata manisnya yang mampu membuatkan anda terbuai syahdu. Panggilan manja dan belaian kata adalah senjata mereka.2. PrihatinJika anda tiba-tiba jatuh sakit, siapakah orang pertama yang akan menerkam ke arah anda terlebih dahulu? Sudah tentu kekasih hati anda bukan? Sekiranya anda meneliti dari sudut yang lain, anda sudah boleh mengagaknya. Cara mereka mengambil berat seperti anda itu budak kecil yang tidak tahu apa-apa. Layanan si dia terhadap anda itu sungguh luar biasa, tidak seperti sang teruna yang agak kekok. Sebenarnya si dia mahu anda tahu bahawa dialah orang yang paling takut dan risau jika anda jatuh sakit. Cara ini akan membuatkan anda rasa dihargai.3. Bermulut ManisLelaki yang dah kahwin memang bijak bermain kata. Mereka tahu untuk melembutkan hati si gadis dengan ayat-ayat romantis dan penuh gula. Sekeras mana hati si dara, pasti lelaki yang dah berstatus suami ini boleh lembutkan, bak kata pepatah, “kerak nasi kalau direndam dengan air lama-lama akan menjadi lembut juga” maka samalah perumpamaan itu dengan si gadis cantik. Lelaki ini akan menyuntik kata-kata cinta setiap hari, dan anda akan terbuai dengan kata-kata cinta lelaki ini kerana mereka sangat arif akan apa yang dimahukan oleh seorang gadis. Mereka tahu menunjukkan penghargaan dengan kata-kata mereka.4. Suka BerjenakaHa! Ini satu lagi sifat yang ada pada suami orang. Anda harus tahu tentang ini! Suami orang paling suka bila mana orang di sekelilingnya ketawa. Bagi mereka, dengan ketawa akan membuatkan orang yang berada di samping mereka berasa senang. Mereka mengetahui bahawa antara sifat yang digemari oleh gadis ialah lelaki yang pandai berjenaka. Anda akan terpesona dengan jenaka bersahajanya yang membuatkan hati anda sentiasa gembira dan terlepas dari sengsara masalah.5. Bertemu Kerap Di Hari BekerjaHujung minggu selalunya masa untuk si suami orang ini bersama keluarga, jadi masa yang diluangkan untuk anda adalah di hari biasa. Anda dan dia kerap bertemu selepas kerja atau kalau ada pun bertemu di hari cuti, ia tidaklah begitu kerap. Anda akan dapati, di hari cuti, si lelaki yang berstatus suami ini akan sering outstation atau ada urusan lain yang tidak memungkinkan anda bertemu. Malah, kadangkala mereka sukar untuk dihubungi.
Jadi awaslah wanita supaya tidak tertipu dengan suami orang.
Sumber Asal: Adam Dan Hawa | 5 Sifat Mengenali Si Dia Suami Orang | HASRULHASSAN.COM™
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial
No comments:
Post a Comment