Foto: Stephanie Sinclair |
As-Salam.
Di Malaysia, mungkin ianya tidak berlaku, tetapi di beberapa negara terutama di benua Afrika, perkahwinan bawah umur atau budak ini adalah sesuatu perkara yang bukan asing. Ia merupakan satu budaya dan adat resam buat sesetengah kaum di sana.
HH nak kongsikan beberapa fakta mengenai perkahwinan bawah umur atau perkahwinan budak ini kepada anda.
14 Fakta Perkahwinan Budak Di Seluruh Dunia
- Setiap tiga saat, seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun dilaporkan dipaksa berkahwin, kebanyakannya di Afrika, Asia Barat dan Asia Selatan.
- Menurut UNICEF, amalan perkahwinan awal ini menjejaskan satu pertiga kanak-kanak perempuan dan sekelompok kanak-kanak lelaki terutama di negara membangun. Ia menggambarkan perkahwinan kanak-kanak sebagai `satu bentuk paling lazim dalam penderaan seksual dan eksploitasi kanak-kanak perempuan’.
- Konvensyen PBB mengenai Hak Kanak-Kanak menyatakan 18 tahun umur minimum untuk berkahwin.
- Aktivis merumuskan perkahwinan usia muda melanggar hak asasi kanak-kanak kerana mereka terlalu muda untuk memberi persetujuan secara bebas dan penuh. Ia termaktub dalam Perkara 16 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.
- Di kebanyakan negara membangun, amalan ini salah di sisi undang-undang tetapi undang-undang itu sering tidak dikuatkuasakan kerana tuntutan adat dan agama masih kuat diamalkan.
- Pengantin perempuan berusia bawah 15 tahun berisiko lima kali ganda mati ketika mengandung atau melahirkan anak berbanding wanita yang berkahwin pada usia 20-an.
- Gadis bawah 18 tahun lebih cenderung mengalami masalah fistula obstetrik yang menyebabkan lemah kawalan kencing yang teruk, berlaku semasa bersalin apabila terbentuk satu lubang di antara faraj dan pundi kencing atau rektum.
- Pengantin muda lebih cenderung dijangkiti HIV melalui suami lebih tua. Kajian di Kenya dan Zambia oleh penyelidik Universiti Chicago mendapati 75 peratus gadis 15 hingga 19 tahun dijangkiti HIV kerana berkahwin muda.
- Pengantin perempuan lebih cenderung dipukul atau dirogol suami sendiri.
- Bayi dilahirkan pengantin kanak-kanak, 60 peratus berisiko mati ketika dilahirkan kerana tidak cukup bulan.
- Pengantin kanak-kanak jarang dibenarkan ke sekolah, terpaksa membesarkan anak dan menjalankan kerja domestik untuk keluarga.
- Gadis dari keluarga miskin dua kali ganda mungkin dikahwinkan keluarga sebelum berusia 18 tahun berbanding kanak-kanak perempuan dari keluarga kaya.
- Bilangan perkahwinan kanak-kanak meningkat semasa konflik atau bencana alam.
- Sesetengah keluarga menggunakan perkahwinan untuk membina dan mengukuhkan pakatan, mengelak tawaran harta, menyelesaikan pertikaian atau membayar hutang.
(Sumber: Pusat Penyelidikan Wanita Antarabangsa, Persekutuan Perancang Keluarga Antarabangsa Rancangan UK, UNICEF)
Sumber Asal: Fakta Menarik | 14 Perkara Mengenai Perkahwinan Bawah Umur Di Seluruh Dunia | HASRULHASSAN.COM™
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial
No comments:
Post a Comment