10 Sikap Wanita yang Disukai Lelaki
Sikap Keanak Anakkan
Sikap keanak anakkan dan manja menjadi satu tarikan , asalkan ia tidak sampai menjengkelkan. Wanita yang ceria yang membuatkan lelaki ashik memerhatikan lakunya, sudah pasti membuat lelaki ghairah untuk lebih mengenalinya.
Sikap Memahami
Sikap wanita yang memahami membuatkan lelaki berasa dihargai. Sikap ini terpancar apabila wanita itu sering memaafkan dan sentiasa menunjukkan perasaan yang prihatin.
Pandai Menghargai
Antara sikap yang penting yang perlu ada, ialah pandai menghargai. Wanita yang menghargai apa jua dilakukan atau diberikan oleh lelaki. Wanita sebegini juga pandai mengambil hati lelaki, kerana dia sentiasa bersyukur apa yang ada padanya.
Menjaga Penampilan
Sudah pasti lelaki tertarik kepada wanita yang menjaga kebersihan dan pandai menjaga penampilannya. Sikap ini menunjukkan bahawa wanita itu ialah seorang yang rajin. Bonus, jika wanita itu cantik dan sejuk apabila mata memandangnya.
Pandai Berkomunikasi
Lelaki amat suka jika wanita itu pandai berkomuikasi. Kelebihan sebegini menunjukkan wanita itu seorang yang lincah dan cergas. Ia mampu berkomunikasi dengan sesiapa sahaja serta dapat memberi respon yang membuatkan rakan bualnya teruja untuk berkomunikasi.
Pandai Bergaul
Pandai bergaul adalah kata yang lebih tepat untuknya. Wanita sebegini pandai menyesuaikan diri tidak kira dalam apa jua situasi. Apabila berada dalam situasi yang baru, dia tidak gentar untuk tampil bergaul bersama.
Simpati dan Prihatin
Manusia tidak kira lelaki atau wanita, mempunyai masa susah senangnya. Wanita yang mempunyai hati yang bersih akan sentiasa bersimpati dan prihatin terhadap situasi yang berlaku. Ini juga mencerminkan kecantikan dalaman seseorang wanita itu.
Sikap Menghormati
Aspek menghormati adalah luas. Hormat kepada diri sendiri adalah sikap yang disanjungi lelaki kerana, hormati diri sendiri membuatkan wanita itu secara tidak langsung pandaimenjaga kehormatan dirinya. Tidak ketinggalan juga sikap menghormati orang yang dia kenali tidak kira tua atau muda membuatkan lelaki kagum terhadapnya.
Sikap Keibuan
Sikap keibuan membuatkan lelaki terbayang bahawa wanita inilah yang dicari selama ini. Sikap ini membuat lelaki menjadi yakin dan pasti bahawa wanita itu akan menjadi tulang belakang yang kuat kepada bakal keluarganya suatu hari nanti.
Sikap Penyayang
Sikap penyayang adalah tonggak kepada keluarga untuk pergi lebih jauh. Seseorang wanita yang penyayang, ialah wanita yang penyabar. Sikap penyabar seorang wanitamencerminkan
Sumber: Informasi Dot My
No comments:
Post a Comment