Setiap pasangan memiliki karakter yg berbeza. Mungkin ada yang penyabar dan pemarah. Apabila seseorang memiliki pasangan yang penyabar dia dikatakan beruntung tetapi bagaimana jika sebaliknya? Jika kamu kebetulan memiliki pasangan yang pemarah, mungkin tips ini boleh membantu.
Kenali sifat pasangan.
Jika pasangan kamu seorang yang pemarah, ada baiknya kamu berusaha mengenali dengan baik sifat pasangan kamu ini. Jika kamu saling memahami antara satu sama lain, kamu akan lebih mudah menghadapainya. Dengan demikian, kemungkinan pasangan kamu akan jarang menunjukkan sifat marahnya
Hindari melakukan sesuatu yang dia tidak suka.
Setelah kamu benar-benar memahami sifat dan watak pasangan kamu, cubalah hindari melakukan sesuatu yang dia tidak suka. Tetapi apabila hal tersebut terpaksa juga dilaksanakan, lakukan tanpa pengetahuan pasangan kamu. Namun perkara itu mestilah perkara yang baik sahaja.
Jangan campuri urusannya.
Jika kamu tidak diminta, jangan sekali mencampuri urusannya. Belum tentu pasangan kamu suka pada bantuan kamu. Sekiranyakamu masih ingin berbuat demikian walaupun dilarang, maka hal ini boleh menimbulkan kemarahannnya.
Jangan suka menasihati.
Mungkin banyak maksud baik terselit di dalamnya. Akan tetapi jika hal tersebut tidak penting untuk dinasihati, lebih baik elakkan. Hal ini perlu dilakukan untuk menghindari terjadinya salah faham sekaligus membuat pasangan kamu marah.
Bersifat terbuka.
Apabila si dia member pandangan yang agak keras, kamu perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk kamu. Ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemahan diri kamu. Jangan beremosi dengan kata-kata si dia. Jadi terima sahaja dengan hati terbuka.
Berterus – terang.
Si dia yang pemarah lebih suka berteru – terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada si dia yang panas baran ataupun pemarah ialah sikap berterus – terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Cuma mereka mengungkapkan dengan kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti merahsikan sesuatu daripadanya.
No comments:
Post a Comment