virus zika

Wednesday, 8 February 2012

Petua bagi yang nak kawin or dah kawin...


Enam Langkah Mudah Menguruskan Kewangan Keluarga dengan Bijak



Enam Langkah Mudah Menguruskan Kewangan Keluarga dengan Bijak
Menguruskan kewangan selepas berkeluarga adalah berbeza ketika hidup bujang. Jumlah tanggungan juga semakin meningkat seperti membeli rumah dan perbelanjaan anak-anak.
Sepertimana yang sering kita dengar sebelum ini, masalah kewangan antara penyebab utama berlakunya keretakan dalam rumah tangga.
Jika pengurusan kewanganan keluarga anda berada dalam keadaan baik, satu punca perpecahan dapat di elakkan dan peluang untuk meneruskan hidup bahagia juga sentiasa tinggi.
Bagi mereka yang tidak pernah menguruskan wang dengan cara yang betul, anda boleh ikut enam langkah di bawah.
  1. Berbincang dengan pasangan mengenai hajat anda untuk menguruskan wang dengan cara yang lebih teratur dan bijak. Minta bantuan darinya untuk senaraikan perbelanjaan yang keluarga anda perlu ada. Anda perlu bantuan dari dia kerana dia nampak dari sudut yang berbeza dari anda.
  2. Minta pasangan anda jujur dan anda juga bersikap terbuka mengenai urusan wang ini. Jangan sembunyikan apa – apa hutang dan perbelanjaaan. Semuanya anda perlu tahu supaya mudah untuk menyediakan rancangan kewangan nanti.
  3. Sekarang, selapas anda dapat senarai perbelanjaan dan hutang yang perlu di bayar , anda berikan komitmen untuk menguruskan wang dengan betul di masa hadapan kelak.
  4. Bahagikan peruntukkan untuk setiap ahli keluarga mengikut budi bicara anda dan pasangan anda. Dengan adanya peruntukkan, setiap urusan ahli keluarga akan terjaga.
  5. Rancang rancangan kewangan anda. Anda duduk bersama dengan pasangan anda dan mulakan rancangan kewangan dengan segera.
  6. Sentiasa periksa prestasi rancangan anda dari semasa ke semasa. Jika situasi berubah, anda perlu ubah sedikit bajet.
Bagaimanapun, sebaik mana pengurusan kewangan yang mampu dirancang jika jumlah pendapatan isi keluarga masih rendah masalah yang sama akan timbul. Disini kita perlulah mencari alternatif lain untuk menambahkan pendapatan seperti berniaga untuk menambahkan pendapatan keluarga.
Cara paling mudah untuk individu yang belum berkahwin mengatasi masalah ini adalah, Lelaki mencari wanita kaya manakala wanita menjadi suami yang kaya. Tak gitu ?
pesanan khidmat masyarakat: jauhi MLM bukan malam ye ..or skim cepat kayo nnt pakcik merano..hahhahaha

No comments: