virus zika

Wednesday, 1 February 2012


Kollywood minat bertapak di Malaysia


MOHAN (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Chandrasekar selepas majlis dialog bersama artis-artis India tempatan di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kollywood, industri perfileman Tamil di India menyatakan hasrat untuk mengembangkan industri perfileman mereka di sini dengan menghasilkan filem-filem Tamil dan Melayu di negara ini.
Berita itu diumumkan oleh Bendahari Persatuan Artis-Artis India Selatan, Vagai Chandrasekar pada majlis dialog bersama artis-artis India tempatan anjuran Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda MIC Kebangsaan semalam.
Chandrasekar berkata, Kollywood yakin industri perfileman di Malaysia memiliki potensi tinggi daripada segi bakat artis-artis tempatan, kemudahan teknologi dan teknikal serta mempunyai lokasi perfileman yang bertaraf antarabangsa.
“Melihat kelebihan itu, kami bercadang untuk menghasilkan filem-filem yang melibatkan gandingan dengan artis-artis tempatan dan juruteknikal di sini.
“Ia juga adalah usaha untuk membawa filem dan bakat -bakat tempatan di arena antarabangsa selain Kollywood, India,” kata Chandrasekar yang merupakan artis veteran Kollywood era 70-an itu.
Chandrasekar pernah berlakon dalam lebih 300 filem termasuk Tamil dan Telugu dan antara yang popular ialah Palaivana Cholai (1981), Sendhoorappoovey (1988), Karagattakkaran (1989) serta Pasumpon Thevar Varalaaru (2008).
Menurut Chandrasekar, Kollywood adalah antara industri perfileman terbesar di India dan pendedahan barsama pengarah, penerbit, artis dan juruteknikal tempatan dengan mereka yang terlibat dalam industri perfileman di India akan menjadi satu pengalaman yang cukup menguntungkan.

No comments: