Simptom-simpton Jangkitan Kuman Di Dalam Air Kencing Ibu Hamil
1) Ibu akan berasa sakit ketika membuang air kecil2) Tidak dapat menahan diri daripada nak membuang air kecil
3) Sakit di bahagian ari-ari
4) Tidak berasa puas semasa membunag air kecil
5) Air kencing yang berwarna sedikit keruh (ada yang bercampur darah dan berbau busuk)
6) Discharge (lendir mazi) yang keluar berketul-ketul, berwarna kuning, kehijauan dan berbau busuk
7) Terasa sangat gatal pada miss V
Nota: Sekiranya para ibu hanya mempunyai petanda no 6 & 7 sekalipun, jangan sesekali membiarkan masalah tersebut tanpa rawatan. Jika tidak, ia boleh memberi kesan yang lebih buruk di samping rasa yang tidak selesa sepanjang hari .
Agak- agak nak risau ke tak kalau ada kencing kotor. Jangan pandang ringan.
Kesan Akibat Kencing Kotor
Sekiranya masalah kencing kotor ini tidak ditangani dengan segera, kuman boleh merebak naik daripada pundi kencing ke atas ginjal dan menjadikan penyakit yang dihidapi semakin serius.Masalah ini dikenali sebagai pyeloneohritis. Masalah ini dikaitakan pula dengan kelahiran bayi tidak cukup bulan (pramatang) serta bayi yang tidak cukup berat badan ketika dilahirkan.
Tanda-tanda Ibu Hamil Mengalami Pyeloneohritis
1) Sakit di bahagian belakang sehingga melarat ke bahagian ari-ari2) Demam, menggigil dan berpeluh-peluh
3) Berasa loya dan muntah.
Oleh yang demikian, andai kata para ibu hamil yang ada mempunyai tanda-tanda di atas, perlulah segera berjumpa dengan doktor. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan yang sewajarnya agar masalah ini tidak melarat dan membahayakan kesihatan ibu dan bayi.
Sebagai langkah awal, para ibu turut boleh mencuba rawatan semulajadi bagi mengekang serangan kuman di dalam air kencing serta menghapuskannya terus.
No comments:
Post a Comment