virus zika

Monday, 21 December 2015

Petua rawat kencing kotor!!

 copy info drp :http://ceriamengandung.com

Cara Menghilangkan Sakit Kencing Kotor

  1. Minum Banyak Air KosongAir kosong adalah penawar yang paling mujarab buat saya setakat ini yang dah 2 atau 3 kali terkena. Minum lah banyak-banyak air masak.Air masak ini bantu kita keluarkan bakteria dengan cepat. Bakteria akan keluar bila kita buang air.
    Tapi kerapkan minum air, insya-Allah makin lama sakit tu akan hilang, dan gesaan nak buang air pun akan makin berkurang
  2. Minum Cranberry JuiceCranberry Juice dikatakan sebagai salah satu ejen semulajadi yang boleh melawan bakteria kencing kotor.Boleh di dapati di mana-mana farmasi, harga dalam lingkungan RM 50.
    Pengalaman saya, masa pertama kali kena, cranberry juice ni berkesan. Kali kedua kena, dah kurang kesannya.
    Air kosong jugak yang berkesan, walaupun kena ulang alik ke bilik air setiap minit. Kadang tu bertapa je dalam bilik air sebab nak cepat baik dalam masa sehari.
  3. Minum Air BarliFungsi air barli sama macam cranberry juice. Kalau nak buat sendiri, bagus beli barli cap ayam brand. Ia lebih bersih.
Bila dah berkali-kali kena, kadang Cranberry Juice berkesan, kadang air barli berkesan, tapi Cranberry Juice tak berkesan.
Remedi ni tak sama setiap kali kita kena. Air masak juga yang kita kena pastikan konsisten dan jangan tinggal.
 
 

Pantang – Larang Kencing Kotor

  1. Elakkan minum kafein seperti teh atau kopiIa bersifat diuretik. Ada sekali saya minum hanya secawan air teh, terus terkena semula. Aduh!
  2. Lap vagina dari depan ke belakang, untuk menjamin kebersihan vagina
  3. Elakkan bersama dengan suami di waktu sedang kencing kotor, sebab dikhuatiri bendasing dari suami akan menambah terukkan keadaan kencing kotor.
  4. Kurangkan minum air manis dan banyakkan minum air masak atau air kosong, walaupun dah sembuh sepenuhnya dari sakit sebab ia berpotensi datang semula.Ya, kencing kotor ni boleh datang semula walaupun dah makan antibiotik
  5. Elakkan tahan kencing terlalu lama, walaupun dah sembuh sepenuhnya.
 

No comments: