virus zika

Thursday 15 March 2012

Recording time

Recording Iklan bersama DJ Syafik..Photographer , Fara Rauf. 

Chucky ni de keje kat radio..saja drop by kat bilik production.



Wednesday 14 March 2012

Sakit pewutt

Huuhhuhuuh...sakit perut..cirit birit....


Entah makan pe ntah..Balik malam makan, cam biasa..pagi tadi start terc&&%&*....


Opss, hihhiih


Sekarang da ok sikit tapi cam pening kepala pulak..Satu , satu...Hurmmm ~ ~ ~




KE - BZ an melanda~~

Mula dah start bz, bile bos xde..huhuhu...dengan 


Studio ngah renovate ..abis smue keje pending...


Hurmm...Agak berdesing telingahttp://www.emocutez.com gak bile kontraktor 


ni ckp "u kata mau book 2 jam saja, tengok2 


u masuk awal ma..." ...Aq pulak cakap.."Aik ...


u datang lambat kan...I guna la dulu"....http://www.emocutez.com


Tu pun nak cari gaduh ke..same2 keje ma...adesss...


Xpe2 abaikan...hurm, kena la tunggu pukul 6 


kalo nak edit dengan sempurna...Next~~ Drama..






Tuesday 13 March 2012

OT lagikkkkkk

Hurm, kali ni kena gantikan tech yang ade kecemasan...Rela terpaksa nih..


Sejuk bangat dalam opis nih..rasa macam dah beku pankreas ku..pergh, 


pankreas beku..BAHAYA nih... Doktor tolong rawat saya ye sebelum parah..rawat hati saya 


juga..Cewah...tampallah mana - mana yang bocor or terluka tuh


Kalau boleh, nak doktor yang ala2 cam AARON AZIZ boleh tak..


bukan mintak AARON AZIZ pon...hahaha 




Otak da mula merapu..Ko boleh bertahan ida..bertahan sampai kol 12 ye...boleh2..Chaiyok..xpe lah~~.


Pagi sok keje lagi...huk3..boleh tak sok nak cuti..waaaaaaaaaa...


Kalau tak ada keje ok gak kalau pat g bercuti kan...


Ni ....Hurm....payah nak diluahkan...wuuuuuuuuuuuuu~~~~


Tibe2 rasa ALONE!!

Saya Budak Baru Belajar

Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan....

Tak semua orang dilahirkan dengan akal yang cepat pick up, ade orang yang suka tengok,

 praktis, baru leh ingat kan, 

ade yang suka bawak buku nota kecik mana pergi , tapi tak tau la kalo lam jamban

bawak ke x? haha

Hurm, susah kan...Apa- apapun dalam kehidupan ni, kita perlu sabo je kan
..

Cewah...Kalau rasa rasa nak keje tu cepat buat sendiri la kan...wakakakaka..

Jahat x?

Peminat usah terlalu bimbang'


CHONG WEI menerima rawatan bagi kecederaan bahu kanannya ketika menentang Lin Dan pada aksi final kejohanan badminton Seluruh England di Birmingham semalam.


KECEDERAAN bahu kanan yang dialami jaguh perseorangan badminton negara,
Datuk Lee Chong Wei bukan sesuatu yang membimbangkan.
Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berkata, tidak ada apa yang perlu 
dibimbangkan mengenai situasi yang dialami pemain No. 1 dunia itu.
Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa Chong Wei masih berada di landasan yang 
tepat dalam misi memburu pingat emas pertama kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London, Julai depan.
"Kecederaan Chong Wei tidaklah teruk seperti mana yang disangka. Namun, apa jua 
keputusan, kita perlu tunggu rawatan susulan yang akan dilakukan Chong Wei sebaik 
pulang ke Malaysia nanti.
"Apa yang pasti, kecederaan itu tidak akan sesekali menjejaskan persiapan Chong Wei 
bagi menghadapi Sukan Olimpik nanti," kata Seu Bock ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Terdahulu, Chong Wei gagal dalam misinya memburu kejuaraan hatrik pada 
kejoha- nan badminton Seluruh England 2012 selepas terpaksa menarik diri pada aksi
 final menentang bintang sensasi China, Lin Dan yang berlangsung di Arena Tertutup 
Nasional Birmingham, England awal pagi semalam.
Ia gara-gara kecederaan bahu kanan yang dialami juara Seluruh England pada edisi 
2010 dan 2011 itu ketika aksi suku akhir menentang perse- orangan Indonesia, 
Diony- sius Hayom Rumbaka.
Chong Wei yang tewas 19-21 pada set pertama terpaksa menarik diri ketika 
ketinggalan 2-6 pada set kedua kerana sudah tidak mampu menahan kesakitan yang dialaminya.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Chong Wei turut gagal menyamai rekod
 lagenda badminton negara, Wong Peng Soon yang bergelar juara sebanyak 
tiga kali berturut-turut iaitu pada edisi 1950, 1951 dan 1952.
Peng Soon turut merangkul gelaran juara Seluruh England pada 1955.
Bagaimanapun, Seu Bock menganggap keputusan pemain berusia 30 tahun 
itu me- narik diri adalah tepat.
"Memang Chong Wei kecewa kerana dia sememangnya mahu melakar 
kejuaraan hatrik pada Seluruh England. Namun, dia dapat menerimanya kerana 
ia disebabkan kecederaan yang dialaminya.
"Keputusannya (Chong Wei) menarik diri daripada meneruskan perlawanan juga
 adalah tepat kerana bimbang ia akan mendatangkan risiko yang lebih besar
 kepada diri- nya," jelas Seu Bock.
Dalam pada itu, Seu Bock mengesahkan bahawa Chong Wei tidak akan beraksi 
pada Terbuka Switzerland yang membuka tirainya di Basel hari ini.

Meng - Update Blog

Minggu ni cukup bz. Hal kerja + Hal lain yang perlu diuruskan.

Harap semua berjalan lancar..Aminnnn

Monday 12 March 2012

Tahniah , Datuk Malek Noor kini berteman


gambar nikah malek noor


KOTA BHARU: “This is my first and last marriage (ini perkahwinan pertama dan terakhir buat saya),
” kata bekas jaguh bina badan negara, Datuk Abdul Malek Noor, 56, yang selamat diijabkabulkan
denganPakar Runding Kanak-kanak, Dr Wan Asma Wan Ismail, 52, dalam majlis akad nikah di
Kelantan TradeCentre (KTC), di sini, semalam.

Dengan sekali lafaz, Malek sah bergelar suami selepas dinikahkan bapa Dr Wan Asma,
 Wan Ismail Wan Ahmad, 86, jam 11 pagi.

Kedua-dua mempelai tampil dengan persalinan serba putih diraikan 100 ahli keluarga terdekat
serta rakan.

Dr Wan Asma yang juga ibu kepada tujuh anak berusia antara 11 hingga 30 tahun dan
nenek kepada empat cucu, menerima mas kahwin dan hantaran senaskhah al-Quran selain
lima dulang daripada pihak lelaki termasuk beg tangan, minyak wangi, persalinan solat, kasut,
kek dan dibalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.


Majlis persandingan kedua-dua mempelai diadakan di Hotel Renaissance, di sini, malam tadi.


Rentetan dari Ibu yang Ditinggalkan Di Hotel


BINCANG...(dari kiri) Noormah bersama Faridah dan Amir, semalam.
BINCANG...(dari kiri) Noormah bersama Faridah dan Amir, semalam.















KUALA LUMPUR: “Saya tahu dia tak berniat nak tinggalkan saya. Selepas ini, saya nak tinggal dengan dia kerana hanya
dia yang saya ada di dunia ini. Terima kasih kepada semua, dapat jumpa dia (anak),” kata Faridah Maulud ketika dipertemukan dengan anaknya buat pertama kali semalam sejak ditinggalkan 10 hari lalu.
Dalam pertemuan penuh sayu itu, kedua-dua mereka dilihat tidak berenggang dengan sesekali anaknya, Amir Mohd Omar, 27, menyeka air mata di pipi ibu berusia 66 tahun itu sambil menerangkan dia tidak meninggalkan ibunya sendirian, tetapi terpaksa berbuat demikian atas faktor kesihatan.

Menafikan anaknya sengaja berbuat demikian, Faridah berkali-kali menyatakan yang dia tahu anaknya mengalami masalah kesihatan dan dia sendiri bersetuju untuk dibawa ke sebuah hotel berhampiran Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi memudahkan mereka berdua menerima rawatan.
“Dia ada beritahu saya yang dia nak ke hospital, jadi lebih elok saya ikut dia ke sana kerana takut tinggal berseorangan di rumah di Wangsa Maju kerana baru-baru ini ada kes pergaduhan di situ.

“Cumanya, saya tidak tahu ke mana dia pergi selepas tiga hari tak muncul, tapi dia ada tinggalkan sedikit wang untuk membeli makanan. Hari ini baru dapat jumpa,” katanya ketika ditemui semalam.

Pertemuan itu diadakan hasil inisiatif Harian Metro dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) diketuai pengarahnya, Noormah Abd Rauf.
Sebelum itu, Amir hadir ke pejabat JKM WPKL di sini untuk memberi 
penjelasan kepada Noormah berhubung tindakannya meninggalkan ibu itu bersendirian sehingga membawa kepada laporan polis yang dibuat penyelia hotel itu pada 8 Februari lalu. Selepas itu, dia di bawa ke Pusat Sehenti Bina Diri di Sungai Buloh untuk bertemu ibunya dan berbincang mengenai kewajaran untuk mengambil semula wanita berkenaan tinggal bersamanya dalam waktu terdekat.

Sebaik melihat kelibat anak tunggalnya itu, Faridah tidak henti-henti menangis dan terpaksa ditenangkan Noormah seketika sebelum perbincangan lanjut mengenai status terkini dirinya.
“Saya hendak tinggal dengan dia kerana dia anak saya. Kalau dapat nanti, saya ingin mengajar al-Quran seperti di kampung sebelum ini. “Saya baca artikel mengenai diri saya, tapi saya tahu anak saya buat yang terbaik untuk saya. Mungkin lebih baik di hotel berbanding di rumah kerana saya tinggal seorang, di hotel orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Amir berkata, dia bersyukur kerana akhirnya dapat bertemu ibunya dan berterima kasih kepada semua pihak termasuk JKM yang membantu menjaganya sepanjang tempoh itu.

Katanya, ketika ini, fokusnya hanyalah untuk mencari pekerjaan baru selepas berhenti sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta di ibu negara petang kelmarin.

Dirang dibunuh


PILU...Roselyn (tengah) ditenangkan ahli keluarga yang sedih selepas menerima berita penemuan mayat Dirang, semalam.
PILU...Roselyn (tengah) ditenangkan ahli keluarga yang sedih selepas menerima berita penemuan mayat Dirang, semalam.
JOHOR BAHRU: Misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah,
dari kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu terjawab apabila polis
mengesahkan dia mati dibunuh.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mayat rentung yang
ditemui berhampiran kediaman berkenaan pada 8 Mac lalu dikenal pasti sebagai mayat Nadirah
atau lebih mesra dipanggil Dirang.

“Kami menemui satu mayat rentung di Nusa Damai di sini, pada 8 Mac lalu dan siasatan
di lokasi kejadian berjaya menemui serpihan tulang.

“Kami juga berjaya mendapatkan sampel deoxyribonucleic asid (DNA) daripadanya.
Ia dihantar ke makmal dan hasilnya mendapati ia sepadan dengan DNA ibu mangsa,”
katanya, di sini, semalam.

Menurut Roslan, siasatan awal mendapati rangka berkenaan adalah milik manusia
dewasa, tetapi selepas siasatan lanjut dijalankan, ia sebenarnya milik kanak-kanak malang itu.

“Berikutan pengesahan DNA itu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen
302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan
orang hilang.

“Semua empat individu termasuk bapa kandung mangsa yang ditahan sebelum ini akan
dilanjutkan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut Roslan, pihaknya juga belum dapat memastikan motif sebenar kejadian.
Roslan berkata, berdasarkan pemeriksaan di lokasi kejadian, mayat yang ditemui
pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan pihaknya membuat pengecaman.

Sebelum ini, penemuan serpihan rangka manusia di dalam kawasan ladang kelapa
sawit Nusa Damai pada 8 Mac lalu menggemparkan penduduk sekitar kerana menyangka ia
milik Dirang.

Rangka manusia yang awalnya disangka dewasa dibakar hingga rentung itu ditemui di
dalam sebuah lubang oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.

Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia berkenaan sudah dibakar lebih
dari lima hari hingga menyukarkan proses untuk mengenal pasti identiti dan jantinanya.

Dirang Ditemui Terbakar


NANTIKAN BERITA SELANJUTNYA

SBPA BATAL..SSM DITAMBAHBAIK!!



Antara isi penting ucapan & pengumuman Datuk Najib mengenai SBPA :
  • Datuk menceritakan semula perjalanan dan struktur SBPA semasa mula-mula diperkenalkan
  • Datuk Najib sempat menceritakan & menyentuh pula isu-isu yang berkaitan dengan muflis termasuklah perkembangan situasi di Greece.

SBPA Batal. SSM Ditambahbaik!!

  • Dan…….Datuk Najib mengumumkan Struktur SBPA BATAL. Akhirnya……
  • Tetapi SSM akan ditambahbaik
  • Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji & mempertimbangkan sebarang bentuk cadangan pada masa akan datang untuk penambaikan perkhidmatan awam
  • Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
  • Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 iaitu melibatkan pelaksana & P&P (kenaikan 13%), gred khas Utama A/B/C (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), Turus 1 & juga Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
  • SSM diubah daripada struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= RM80 – RM320. Kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah mengikut gred masing-masing sama seperti yang terkandung dalam SBPA dahulu…
  • Jusa naik ikut tangga gaji setelah dibuat pelarasan kenaikan. Mereka tidak ada sistem minimum – maksimum seperti gred 1-54
  • Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan
  • COLA kawasan B dan C naik RM50 (150/250)
  • Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
  • Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun seperti yang diumumkan daalm pembentangan Bajet 2012

Kanak - kanak Hilang


Misteri Kehilangan Wan Hazim


Misteri Wan Hazim berada di lebuh raya jadi tanda tanya






KUALA LUMPUR 11 Mac – Kehilangan Wan Hazim Mohd. Khadhir, kanak-kanak berusia tujuh tahun yang disedari pukul 6.30 petang kelmarin sebelum dipertemukan semula dengan keluarganya petang ini, mencetuskan tanda tanya.
Ini kerana, kanak-kanak itu jarang keluar rumah seorang diri, malah tidak pernah dibiarkan keseorangan di luar, ditemui oleh seorang lelaki di tengah-tengah Lebuh Raya Kesas menghala ke Shah Alam, Selangor ketika cuba melintas jalan kira-kira pukul 2 pagi.
Persoalannya, bagaimana kanak-kanak itu boleh berjalan kaki sehingga sampai ke lebuh raya yang sibuk sedangkan dia tidak pernah, malah tidak berani keluar serta melintas jalan seorang diri?
Bapa kanak-kanak itu, Mohd. Khadhir Hassan, 41, menganggap kehilangan anak keduanya itu sebagai misteri setelah buntu mencari jawapan bagaimana Wan Hazim boleh ditemui di lebuh raya kira-kira lima kilometer dari rumahnya.
...

Sunday 11 March 2012

Letak Jawatan?


Shahrizat berundur



SHAHRIZAT Abdul Jalil sambil meriba seorang kanak-kanak ketika menjawab soalan wartawan pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Jalinan Kasih di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/HAFIZ JOHARI



SELEPAS sekian lama dihujani persoalan mengenai kedudukannya dalam kerajaan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akhirnya memutuskan akan mengundur diri daripada memegang jawatan itu sebaik sahaja penggal keanggotaannya selaku Ahli Dewan Negara tamat pada 8 April ini.
Dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Jalinan Kasih Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di ibu negara, Shahrizat dengan tenang menegaskan keputusan meletak jawatan itu adalah keputusannya sendiri.
Surat mengenai perkara tersebut dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Menghitung Hari

DETIK DEMI DETIK..




Tinggal 3 bulan lagi...Pejam celik pejam celik memang tak sedar pun..

Persiapan masih banyak lagi tak buat . Ni pun settle sikit- sikit . Yang bahagian

masak memasak and urusan kat kampung bagi mak n cek uruskan. Rupanya

stress jugak kalau nak kawen ni kan..Macam macam nak kena tahu and ambil 

tahu..Agaknya dalam masa lagi sebulan muka penulis pun jadi gini 

kot...ahhaha...




Moga Allah permudah segala urusan kami..Ngee~~