virus zika

Tuesday 16 May 2017

Burger and Habit


Burger daripada stall burger 


Burger Restoren



Burger OMK ( OH MAK KAU)




Macam - macam saiz burger kan...daripada pelbagai tempat.. Haaa, kalau ikut pilihan Cik Da , lebih suka Burger dari Stall Burger je..senang dimakan dan murah..Jimat kan..
Tapi terpulang kepada poket dan selera masing- masing kan...Tak larang punn..

Bawah ni imej habit atau cara orang makan burger..
Ada yang suka potong burger kecik -kecik supaya senang dimakan..Biasa macam ni bila mak potongkan untuk kami adik beradik supaya tak bergaduh..Adil kan..




CARA ni pulak bagi mereka yang berahang besar ..ahhaha..gurau je..Cara ni bagi penggemar burger yang ingin merasai nikmat dalam sekali gigitan...aummm








Ade pulak cara pegang burger yang betul ..macam - macam. Dan cara di sebelah kanan ni, cara Cik Da yang suka asingkan daging burger dan roti burger..Mula - mula makan roti dulu, last sekali baru daging burger..Power..Awesome..Daebakk..( note: sumber gambar daripada Mr Google, Cik Da bertudung okay)

Selamat membaca..Nak komen pun boleh

Monday 15 May 2017

Majlis Tilawah Al Quran Antarabangsa 2017

Selesai setup equipment dan tarik kabel untuk siaran langsung Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Antarabangsa 2017 jam 2.15 petang tadi...Fuhhhhh...berpeluh -peluh Cik Da ..turun naik tangga tarik kabel dengan senior COO Samsul Rizal untuk IKIMfm. Setup equipment bersama - sama COO Amir Sabri or ASAM. 

Sama - sama menimba ilmu bersama otai Technical..Tapi pengalaman yang cukup berharga..

Nampak tak yang tugasan kami ni bukannya setakat di bahagian produksi iklan radio bahkan untuk lintas langsung siaran luar..Gituuuuuuu...







Sunday 7 May 2017

Live IKIMFM


DURIAN

Seksi kan durian tu....NAK  BELI tapi cik husben xsuka bau durian..kalau beli pun kena sorok - sorok ..uhuhuhuuh..Cik Da penggemar Durian tauuu...Nah Cik Da bagi info jenis durianuntuk penggemar durian:



Hah, ada lagi ni...Mai cek list sini::




Wednesday 3 May 2017

KAD CERIA

https://kadceria.kwp.gov.my/index.php

Kad ceria merupakan kad DISKAUN atau kad pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi terpilih. Program ini adalah salah satu inisiatif dalam usaha menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya bagi warga WILAYAH PERSEKUTUAN.

Hah, cepat daftar ye..bagi warga KL, PUTRAJAYA DAN LABUAN SHJ..kiranya cam kad diskaun shopping di premis dan tempat terpilih menjadi rakan dagang KAD CERIA..CTHNYE KK SUPERMART di kawasan anda semua..

Jika dilihat di luar negara , mereka lagi suka mengumpul voucher daripada keratan akhbar untuk digunakan semasa mebeli belah.. Bagus juga kerajaan membantu warga bandar yang semestinya terbeban dengan kos sara hidup, makanan dan perbelanjaan harian..Moga bermanfaat untuk semua ya..Jika tak silap , 1 JUTA kad sahaja akan dikeluarkan secara PERCUMA..So rebut peluang sebelum melopong..

Tuesday 2 May 2017

Bercuti di Marina Cove tapi dapat Marina Height Resort


Nak memanfaatkan cuti panjang sempena labour day yang lepas..Cik Da dan famili kecik kami bercuti di Marina Cove tapi dapat Marina Heights Resort sebab kan hotelnya penuh dengan pengunjung pada saat itu..Mak bapak bawak famili dan anak- anak g bercuti kan..Jalan jem..Hotel pon jem jugak..Belum kira " drama" di meja kaunter pendaftaran Marina Cove lagi...macam - macam hal..Bilik penuh lah , padahal tetamu dah booking awal ..bertekak nk refund semula..Eh kalau Cik Da pun marah sebab da penat ngadap jem 5 JAM ke SINI....huh...penattttt..Tapi bagus juga kami dapat hotel baru walaupun xde theme park..ado kolam pon da ok dahhh....So tak payah nk membebel lagi...Kita jenjalan ..




Hari pertama - 29/04/2017 Di Jeti Lumut , beli barangan seafood kering macam sotong sepeket, ikan bilis, dan lain- lain

HAA..korang nampak tak ape benda belakang Cik Da tu..hahahha

















 HARI KEDUA 30/04/2017 - TELUK BATIK


                            KERLASS ko Dania...








Bagi chance lah , ayahnye selfie ...hensem kan.hahhahaha

Selamat Hari lahir Fawwaz


Tengok tu ...Kakak Dania yang excited kan..Kek Didi tu..Tq Kak Selamah atas tempahan kek pada rakannya


Merenung ape tu bujang ibu ni..Dah 2 tahun dah ko dik.. Ibu ingat lagi 13 jam di wad untuk tunggu bukaan untuk bersalin kan Awaz tapi ibu lega anak ibu lahir dengan sihat dan kuat.

IBU, AYAH, KAK NIA SAYANG AWAZZZZ..MUAHHH

Wednesday 26 April 2017

Cik Ha..lia oH Ha..lia

Cik Da baru saja dengar radio IKIMfm tadi, Segmen Rahsia Alam , daripada Dr Suri Roowi ..Minggu ni Dr membongkar khasiat halia, cekur, kunyit dan bunga kantan.

Antara khasiat halia :





Antara input yang Cik Da dapat :
  • Halia rebus bagus untuk kawal berat badan dan anti obesiti
  • Halia serbuk bagus untuk rawat batuk.
  • Halia jika diracik dan dimasukkan ke dalam air suam bagus juga untuk batuk dengan mencairkan lendir kahak.
  • Bunga kantan boleh turunkan asid urik dan gout
  • Kunyit boleh mencairkan darah tapi tidak boleh diambil bersama ubatan moden
  • Masa rebusan halia yang paling baik ialah 6 minit selepas mendidih.




Tuesday 25 April 2017

MEMBACA BAHASA BADAN ATAU BODY LANGUAGE

Penting ke tidak memahami bahasa badan seseorang?

Bagi Cik Da memang penting kerana ia membantu dalam perjalanan kerja seharian dan juga dapat membantu memahami emosi suami dan anak- anak..

Daripada buku yang Cik Da baca ni dapat lah Cik  Da rumuskan( cewahhhh macam Profesor kan) , ada 5 gerak geri , di mana istilah lainnya "kinesik":

1. Penggambar

Sebagai contoh gerak geri ni , menunjukkan perbuatan berserta gerak badan :

contohnya : "Dalam". Tangannya juga bergerak gerak menggambarkan jarak dalam itu.

contoh lain : Bulat". Badan serta tangannya bergerak , Eh, Joyah , nak tau tak betapa bulatnya buah tembikai si Bedah tanam di belakang rumah nya tu....


2.Emblem

Emblem tu ape ek? Bahasa jawa ke? Cik Da google daripada google :

Maksud perkataan emblem - Mykamus

mykamus.com/free/2010/09/emblem/
Translate this page
Apakah maksud emblem ? Maksud perkataan emblem adalah / The meaning of emblem is. lambang, simbol. Perkataan berkaitan: / Related Words. emblematic ...

Gerak geri kita yang menggantikan perkataan yang kita ucapkan. Contohnya :

Bagus = menunjukkan isyarat ibu jari .

Dua /Peace = menunjukkan dua jari sebagai ganti ucapan.


Ni contoh lain:


Bagi bahasa badan haiwan pula :

 

Bagi bayi pula:






3. Pengawal

Yang ni sememangnya ada di dalam gen masing - masing. Tidak kira jantina. Cumanya arahan itu dalam nada meminta ataupun mengarah atapun mengawal..Sebagai contoh ;"Nanti dulu " . " TOLONG TURUNKAN TANDATANGAN ANDA DI SINI " atau " Cepatlah". Kita cenderung mengangukkan kepala dan menggerakkan badan kita ke depan jika berminat akan sesuatu perkara.


4. Pelukis Rona Rasa

Mimik muka memainkan peranan dalam menyampaikan emosi kita ..Haa contoh nya...Geram, marah , suka , sedih , benci mahupun kecil hati.





5. Penyesuai 
Gerak Geri ini dilakukan atas keperluan. Contohnya jika gatal, kita menggaru. Mengorek telinga atau hidung , tapi tak sopan lah kan....






Kredit kepada buku Seni bercakap cakap & Berbual Bual Tulisan Abdullah Hassan & Ainon Mohd

Betul kan Diriku Andai ku Keliru

Kadang ku rasa diri ini satu bebanan buatmu, 
Melankolik hati ini rapuh, 
Serapuh ranting pohon yang kering, 
MENANTI untuk menemui sang rumput dan tanah


Andai diri ini terlihat keliru, 
Pandu diri ini agar terus lurus, 
Jangan kau biar diri ini tersesar jauh,
Tanpa destinasi tuju


Bahagia tidak terpapar pada wajah dunia, 
HATI REMUK TAK SIAPA MENGERTI, 
OHH, 
HATI..


TAK MAMPU KU MENAHAN GODAAAN MU....SLURPPPPP...SEDAPNYA.....
( KLISE TAK PEPAGI NI) Selamat membaca Bloggers

Monday 24 April 2017

Berita Dalam Negeri

CHUKAI: Seorang ibu bersama anak lelakinya berusia tiga tahun maut dalam kemalangan di Kilometer 264.1, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Perasing, di sini, tengah hari tadi.

 Mangsa, Fatimah Al Zahrah Zainol Abidin, 32, dan anaknya, Al Fateh Mohd Shahrulnizam, maut di tempat kejadian dalam kemalangan itu jam 1.15 tengah hari. 

 Suami mangsa, Mohd Shahrulnizam Alias, 32, yang memandu kereta Proton Saga cedera ringan manakala seorang lagi anak mereka, Al Faris Mohd Shahrulnizam, enam tahun patah peha dan kaki kiri.

 Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Mohd Shahrulnizam dari arah Kuala Terengganu terbabas sebelum merempuh penghadang jalan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Katanya, kedua-dua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk rawatan. 

"Mayat kedua-dua beranak itu dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut," katanya. 

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/275325#cxrecs_s

Bila ko Pegi ATM time gaji tapiiiii

CARUT SANGAT KAN.....TARIK NAFAS... ISTIGHFAR DAN CARI MANA - MAN BUKIT JERIT KUAT - KUAT ATAU GELAK KUAT...

Wednesday 19 April 2017

Gaya Berkonflik

Pagi ni Cik Da nak kongsi kajian yang telah dibuat daripada sebuah buku yang bagus dimana membincangkan perbezaan gaya bercakap lelaki dan wanita apabila mereka berkonflik.



1. wanita lebih emosional daripada lelaki ( Ianya kerana wanita ada 9 nafsu 1 akal , lelaki 9 akal 1 nafsu)

2. Wanita lebih terbuka akan perasaan nya ketika marah atau benci sesuatu perkara. ( Sesetengah wanita boleh mengawal perasaan marahnya tapi akan terhambur jua jika melampau batas)

3. Lelaki cenderung menyembunyikan perasaan mereka. Perempuan lebih emosional ( Ini kerana lelaki dilihat lebih menggunakan otak kiri berbanding wanita tetapi kebaikannya disini, lelaki tidak boleh melakukan 3 perkara/kerja dalam satu masa . Sebagai contoh, memetik daripada ceramah Samsul Debat, PA beliau yang boleh mengangkat telefon dalam pada masa yang sama menaip surat dan menjawab pertanyaan rakannya. Sebaliknya berlaku pada lelaki .contoh lain pula dalam urusan rumahtangga, wanita lebih pantas dalam melakukan kerja rumah yang pelbagai sudut berbanding suami.)

4.Lelaki lebih suka mendiamkan diri, keluar rumah dan menjauhkan diri sebagai tanda protes .( Sikap ini harus dijauhi kerana ia bukan sahaja menyelesaikan masalah bahkan menambahburuk situasi)

5. Ramai yang lebih setuju wanita lebih banyak mengalah apabila konflik berlaku. Tetapi naluri asertif itu masih ada dalam diri kerana mereka berusaha untuk mendapatkannya dalam pelbagai cara .

6. Wanita dilihat lebih emo dalam konflik dimana mereka merajuk, memujuk, mengugut dll. Lelaki lebih suka berdiam diri dan menghentikan pergaduhan( Pada pendapat Cik Da lah, tidak semua lelaki begitu, kalau macam tu, aman lah doniaaa...Sebaiknya kita berbincang di dalam tempat sulit seperti bilik tidur ataupun di luar waktu kerja supaya anak- anak tidak tertekan dengan situasi ini. Anak - anak merasakan diri mereka beban jika melihat ibubapa bergaduh. Sebaiknya kita selesaikan perkara ini , dluar rumah atau di dalam wasap atau apa sahaja medium)
7.Wanita dan air mata , sinonim kan..sebab wanita lebih suka meluahkan rasa geram, sakit hati dan marah mereka melalui air mata. Itu kelebihan wanita. Mereka mampu menanggung beban yang dirasakan berat bagi orang lain demi keluarga dan anak - anak walaupun mereka menangis sehingga basah bantal di waktu malam.Tapi mana kita nak tahu kan..jika suami pun menangis juga tapi kita jarang - jarang melihat airmata mereka menitis.
Kesimpulannya, Cik Da rasa buku ini bagus tetapi tidak mengikuti peredaran zaman masa kini ynag serba mencabar daripada segi teknologi dan luaran.
Sebagai ibubapa dan juga suami serta isteri haruslah sama- sama berdiskusi dan saling tolak ansur dalam pelbagai aspek demi kesejahteraan keluarga. Keluarga Bahagia, Anak Ceria..



Kredit buku Seni Bercakap -cakap dan Berbual Bual tulisan Abdullah Hassan & Ainon Mohd

Monday 17 April 2017

Tq MSAMSUL RIZAL


TQ RIZAL ..ATAS FEEDBACK DAN TERIMA KASIH SEBAB SINGGAH DI BLOG CIK DA

Sunday 16 April 2017

Demam Camera B612

Gara - gara Camera B612 , anak- anak Cik Da suka sangat bergambar . Nak tengok hasilnya...

Miss Dania 


 Bro Awaz...Beware Bro



Ibu haus la..



Cam xcukup tido je kan

Bubur Puteri Mandi vs Senaman


Hai  bloggers semua, 

Maaf harini Cik Da lambat update sebab baru masuk kerja kan..Hari isnin be like--😔 . Kannnn...

Jadinya hari ini Cik Da nak kongsikan tips senaman untuk kuruskan peha..sebab peha Cik Da ni cam ayam..( gelak guling- guling)


Cik Da masih dalam proses mengekalkan masa untuk senaman ni..Selalunya lepas maghrib sebab itu je masa yang ada..Dalam 15 Minit gitu sebelum anak- anak gegar pintu bilik ..

Tak mengapalah kan, janji kita usaha sedikit demi sedikit. Macam hari ni tak ambil lagi air bergula tapi dah ambil bubur puteri mandi tau.Dalamnya ada isi nangka dan sagu mata ikan.Sedap..Kalau nak mai singgah kafe IKIM




Thursday 13 April 2017

Samosa buat bekalan Dania dan Fawwaz

Tak sempat Cik Da nak snap gambar samosa pagi tadi sebab Fawwaz da menangis tepi pagar dapur. Dia tak tidor lena malam tadi sebab batuk. Kesian anak ibu. Ibu pun sama tak tidur juga sebab menjaga awak..😪😫tapi demi tanggungjawab ibu gagahkan jua..



credit: google image

moga anak ibu dapat tidur di rumah pengasuh ya. Petang ni ibu bawa g klinik
( maafkan ibu xdpt nak cuti lagi). Serba salah dibuatnya pagi tadi. Merengek dan tak nak mandi..Tapi ibu kena mandikan awak juga sebab nk bagi badan awaz segar..Dah hantar rumah pengasuh, Awaz muncung je, xnak pandang ibu pun..Ibu pujuk2 pun still masam je muka Awaz. Marahkan ibu ye, adik...Maafkan ibu ya...Ibu sayang Awaz....

Wednesday 12 April 2017

Cik Da dah kurus ke? baju da loose

Cik Da dah kurus?😝😝. Berkat puasa 2 hari kan..Hari ini khamis, nak puasa tapi nak dijadikan cerito kan....Terminum ubat batuk sebab batuk , takkan sakit perut pulak kan...

Sebabnya Cik Da berpuasa kan...sebab nak sihat..

Oh, tidak..Ini fakta bukan auta!!!





Mari bersenam semua sambil dengar lagu Didi n Friends .Hora Hoorayyyy( hahha)

Haaa..tengok kesannya pada badan dan fungi organ kita. Sama- sama jaga kesihatan ya. Wang tidak boleh beli kesihatan..

Sekarang ni, senaman begini yang Cik Da amalkan..