virus zika

Friday 22 January 2016

Bajrangi Bhaijaan

Harini Kak Da layan movie ni kat youtube time rehat tapi sayangbya xde sari kata bahasa melayu..sedehh..

Ni sinopsis nye

A man with a magnanimous spirit tries to take a young mute Pakistani girl back to her homeland to reunite her with her family.

Director:


Writers:

(original story), (screenplay), 5 more credits »

 Bajrangi Bhaijaan (2015) Poster

Storyline


A little mute girl from a Pakistan village gets lost on her return back from a trip to India. In Kurukshetra, she meets Pawan - a devout Hanuman Bakth - who is in the midst of a challenge posed by his lover's father. In trying to discover her parents, he develops an unshakable bond with the kid. He tries to get into Pakistan through a path righteous to his conscience and later, with a smart Pakistani news reporter for company and makes the search, a story that captures the imagination of the public in both countries. 

Daripada cerita ni, Kak Da dapat nilai, bahawa tidak seharusnya perbezaan politik dan perselisihan negara dijadikan alasan untuk tidak menolong sesama insan..Betul tak?? Nah , Kak Da bagi link youtube sekali https://www.youtube.com/watch?v=Mvv1RzyFHwE

Wednesday 20 January 2016

Dania & Fawwaz

Dania , masa ambil gambar ni , umur die dalam 1 tahun


















 Fawwaz masa 3 bulan



Dan ini ialah Fawwaz, my new boy in the family..hahaha..nak cerita sikit pasal dua - dua ni.. Dania lahir di Hospital Selayang , berat 3.34kg , lahir secara normal tapi vakum, sebab apa ye? sebab aku tak larat nak teran , lagipun tak belajar teknik meneran dengan betul..jahitan tak payah cakap lah. Banyak ..huhuhuhu..memang seram time nak uk uk masa berpantang . Tapi yang bestnye dapat anak perempuan ni , kite boleh dandan dia .Sampai kan sekarang ni kalau omak eh pakai bedak dan gincu mesti die nak jugak...Dialog Dania :Ibu, nak sikit gincu, sambil tunjuk bibir dia..comel tak??


Fawwaz sekarang dah mengijak ke usia 8 bulan lebih. Fawwaz lahir di Dewan Bersalin Muslimah, Batu Caves , berat 3.95 kg , normal . Jahitan kurang sebab dah tau cara teran. Alhamdulilah , semua urusan lancar dan mudah.

Sekarang ni mereka berdua ni harta kami dunia akhirat. Moga membesar menjadi insan berguna dan soleh ye. Ibu sayang kamu berdua.

Budak comel kesayangan ibu & ayah

Ni lah budak comel , Dania..kehadiranmu membawa sinar dalam kehidupan kami . Ni lah yang selalu buat kami gelak dan geram ..hahahaha

Tuesday 19 January 2016

Petua nak tambah selera makan anak

Kak da risau betul dengan Dania yang payah nak makan, memilih makanan . Sampai hilang sabar jugak lah kengkadang, sebab kalau die tak suka die suka luah balik makanan tu. Dania..oh Dania..

Berbeza pulak dengan adik die, Fawwaz yang bila orang makan die nak makan jugak. ( selera makan macam mak dia..hahaha) . Baru masuk 8 bulan kot.

Bincang dengan kawan- kawan , dapat idea untuk beli Kordel Multivitamin with Lysine untuk Dania. Harapnya boleh menambah selera makan dan tenaga. 

Lagi  satu petua yang Kak Da dapat , KUCAI ..

Caranya mcm ni:
- Ambil segenggam daun kucai dan cuci hingga bersih.
- Patah2kan smpi panjang agak2 jari kita
- Rendam d air suam2, separuh baldi yg kecil jak.
- Bila ank mandi ptg, lbh kurg senja2 la gitu mcm jam 6-7pm gitu kan, lps sabun n mandi bersih, mandikan ank dengan air yg drendam dgn daun kucai td.
- Tuangkan sehingga 3-4 sedok air bersama-sama daun tersebut.
- Urut-urutkan dada n blkg dada ank.
- Bersihkan la daun2 d bdn ank.
- Tidak perlu lg dibilas dengan air biasa.
- Ambil segenggam daun kucai dan cuci hingga bersih. - Patah2kan smpi panjang agak2 jari kita - Rendam d air suam2, separuh baldi yg kecil jak. - Bila ank mandi ptg, lbh kurg senja2 la gitu mcm jam 6-7pm gitu kan, lps sabun n mandi bersih, mandikan ank dengan air yg drendam dgn daun kucai td. - Tuangkan sehingga 3-4 sedok air bersama-sama daun tersebut. - Urut-urutkan dada n blkg dada ank. - Bersihkan la daun2 d bdn ank. - Tidak perlu lg dibilas dengan air biasa.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
ok ni cara2 nya - Ambil segenggam daun kucai dan cuci hingga bersih. - Patah2kan smpi panjang agak2 jari kita - Rendam d air suam2, separuh baldi yg kecil jak. - Bila ank mandi ptg, lbh kurg senja2 la gitu mcm jam 6-7pm gitu kan, lps sabun n mandi bersih, mandikan ank dengan air yg drendam dgn daun kucai td. - Tuangkan sehingga 3-4 sedok air bersama-sama daun tersebut. - Urut-urutkan dada n blkg dada ank. - Bersihkan la daun2 d bdn ank. - Tidak perlu lg dibilas dengan air biasa.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
 
Haa..balik ni nak mandikan dania dengan air kucai..Harapnya berkesan..Insyaallah , doakan ya..


Khasiat KUCAI 

 
  Penerangan Tentang Kucai dalam Wiki:

 Kucai adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas, ia sesuai untuk dijadi hiasan di tepi pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

Monday 18 January 2016

Ulu Bendul ada rahsia sebaliknya

PADA zaman dahulu, Ulu Bendul lebih terkenal lokasi mempelajari ilmu agama iaitu bersuluk.
Dikatakan, kegiatan bersuluk itu bertujuan menuntut dan pelajari amalan baik (ilmu batin) untuk memperkuatkan diri bagi orang-orang Islam ketika itu.

Justeru, nama Ulu Bendul ini dikiaskan dengan rumah yang dibina di sini dengan terciptanya bendul yang terletak di bahagian hujung, yang mana bendulnya cantik dan biasanya berukir.
Pengarah Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak, Profesor Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin berkata, lokasi bersuluk dilakukan di bahagian hulu atau hujung (lokasi yang sunyi).

“Jeram Kak Lang dikaitkan tempat orang bersuluk. Jadi kerap kali menyebut ulu dan bendul yang cantik, maka terciptalah nama Ulu Bendul,” katanya.

Menurutnya, Ulu Bendul sama seperti Pulau Upih berdekatan dengan Port Dickson iaitu tempat orang mempelajari ilmu tasawuf.

“Tempat itu dipilih sejak datangnya Bathin Terjali yang popular di Luak Jelebu. Maka ia sama seperti Ulu Bendul, tempat mempelajari ilmu tasawuf dan bersuluk.

“Di Ulu Bendul sememangnya terkenal dengan Penghulu Naam, Tok Paroi, Tok Angsi dan juga Tok Angsa yang hebat dari segi ilmu tasawuf dan juga bersuluk.

“Selepas era pentadbiran Penghulu Naam, wujud pula Tuan Tulis yang menjadi penasihat kepada Almarhun Tuanku Muhammad,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Mohd Rosli berkata, Ulu Bendul juga dikaitkan dengan Gunung Angsi di mana tempat pertemuan antara Luak Rembau, Inas, Johol, Jelebu dan juga Ulu Muar.

“Hulu Sungai Muar terletak di hujung Ulu Bendul. Orang dahulu menggunakan sungai jika mahu ke mana-mana. Di bahagian hulu Ulu Bendul berkait dengan Gunung Angsi, dan di sinilah golongan agama dan pahlawan dahulu memperkuatkan diri.

“Mat Kilau juga pernah datang ke sini. Ulu Bendul dikaitkan dengan Gunung Angsi sama seperti Gunung Datuk di Rembau, Gunung Jono di Ulu Pilah, dan Gunung Ledang di Johor iaitu tempat berkembangnya agama Islam dan  guru-guru agama ternama.

“Di sini jugalah tempat berkembangnya aliran tasawuf. Mereka juga bersuluk dengan pelbagai cara dan pendekatan untuk mendekatkan diri dengan ALLAH SWT,” jelasnya.


kenangan di ulu bendul dolu dolu









Kos sara hidup: Tolak tepi soal raih undi, utamakan rakyat





SHAH ALAM - Kerajaan perlu meletak tepi dahulu soal meraih undi untuk pilihan raya umum akan datang sebaliknya perlu fokus membantu rakyat berdepan kenaikan kos sara hidup yang menjerut rakyat, mutakhir ini.
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berkata, setelah membantu rakyat, keputusan akhir terletak di tangan rakyat untuk memilih.

“Soal undi itu soal lain. Hari ini, bagaimana kita sebagai kerajaan di peringkat Pusat ataupun negeri berusaha untuk membantu rakyat. Banyak cadangan yang diberikan. Tolak ke tepi dahulu soal nak meraih undi pada pilihan raya akan datang.

“Inilah masanya. Rakyat akan menilai. Jika rakyat merasakan keikhlasan kerajaan pusat, mungkin akhirnya mereka akan memilih kerajaan pusat dalam pilihan raya umum nanti. Kalau mereka merasakan tidak layak, ya, terserah,” katanya kepada Sinar Online selepas Wacana Sinar Derita Orang Bandar: Punca & Penyelesaian, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan risiko kerajaan kehilangan sokongan sekiranya gagal menangani isu kos sara hidup rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.
Dalam pada itu, beliau melihat Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri perlu bekerjasama bagi membantu rakyat yang saban hari terus tersepit dek peningkatan kos sara hidup.

“Mana-mana kerajaan pun, kalau kita melihat dalam konteks politik negara kita, kerajaan negeri atau Kerajaan Pusat, masing-masing ada tanggungjawab. Sebagai contoh, kerajaan negeri, jika nak membantu (kerajaan pusat), boleh mengurangkan cukai-cukai kerajaan tempatan dan memperkenalkan insentif-insentif kepada peniaga.

“Kenapa tidak buat begitu? Kenapa semua nak serahkan kepada Persekutuan? Kenapa tidak hari ini kerajaan negeri dan kerajaan pusat bekerjasama untuk rakyat?,” tanyanya.

View image on Twitter