virus zika

Monday 27 February 2017

Petikan daripada blog vanilakismis


Petikan daripada blog vanilakismis.blogspot.com


Input yang bagus yang mana membincangkan 4 kelakuan ibubapa yang buat anak menangis di malam hari

1.Bergaduh depan anak

Kadangkala tanpa kita sedari , perbalahan di depan anak- anak membuatkan mereka rasa sebagai satu beban bagi ibubapa. Seeloknya kita bincang di waktu lain ataupun dalam bilik tidur. Kalau dah tak boleh nak selesaikan kita cari waktu rehat dengan suami untuk bincang di restoran atau tempat yang privasi. ( p/s : pesanan untuk diri juga sebab kengkadang gaduh juga depan anak =( )

2. Penceraian

Mungkin ada pasangan yang fikir penceraian ialah kaedah terbaik untuk mereka tetapi sebaliknya untuk anak- anak. Secara lahiriahnya, kanak- kanak tidak pandai meluahkan perasaan dengan kata- kata , sebaliknya dengan rengekan, pujukan mahupun tangisan. Kesimpulannya, implikasi harus difikirkan dahulu sebelum ia berlaku.

3. Gelar anak dengan nama tidak baik
Sebagai ibubapa yang ingin dijadikan role model , jangan sesekali memanggil anak dengan nama bodoh, bangang, lembab dan sekutu dengannya. ( p/s : pesanan untuk diri juga sebab saya ni bukan baik sangat ..hahaha..mulut pun kengkadang carut juga)


4.Berita buruk

Berita buruk seperti kemalangan dan kematian ahli keluarga terdekat dapat meningkatkan stress bagi anak - anak tanpa disedari mereka menangis di waktu malam. Oleh itu, ibubapa kena tolerant dan juga pandai psikologi anak - anak supaya mereka tidak tertekan.

Al Fatihah





Ucapan takziah buat keluarga jiran belakang rumah di kampung. Moga tabah menerima ketentuan daripada - Nya..




Karnival Sambutan 25 TAHUN IKIM , 31 MAC -2 APRIL 2017


Dialog anak beranak
Mama: Nak pergi mana ye hujung bulan ni anak- anak?

Zakwan, Zizi : IKIM...IKIM..IKIM Mama...

Mama: IKIM? Ada apa tu? 

Zakwan: Ni mama, cuba tengok poster ni. Mcam- macam aktiviti ada..
Didi & Friends pun ada

Zizi: Yeay...DIDI& FRIENDS !!!JOMMMM PERGI MAMA(SFX BERSIAP DAN TUTUP PINTU)

Mama: Eh...Eh...cepatnya..tak sempat mama nak cakap apa-apa( ketawa kecil)



Dialog Peniaga Barangan Muslim 
Perbualan telefon

Badrul: Assalamualikum, Micheal , kau tahu apa- apa tentang tapak jualan dan event besar bulan ni ?

Micheal: Waalaikumsalam,ada..ni baru lepas dengar promo Karnival 25 Tahun IKIM ,Tempahan gerai jualan masih dibuka tau

Badrul: Alhamdulilah, terima Micheal. Hah, apa nombornya?

Micheal: Simpan baik- baik ini nombor 0362046263 /6266 atau whatsapp 0123963735. Cepat tempah 

sfx : talian diputuskan

Micheal: Wah, manyak cepat .