virus zika

Wednesday 19 April 2017

Gaya Berkonflik

Pagi ni Cik Da nak kongsi kajian yang telah dibuat daripada sebuah buku yang bagus dimana membincangkan perbezaan gaya bercakap lelaki dan wanita apabila mereka berkonflik.



1. wanita lebih emosional daripada lelaki ( Ianya kerana wanita ada 9 nafsu 1 akal , lelaki 9 akal 1 nafsu)

2. Wanita lebih terbuka akan perasaan nya ketika marah atau benci sesuatu perkara. ( Sesetengah wanita boleh mengawal perasaan marahnya tapi akan terhambur jua jika melampau batas)

3. Lelaki cenderung menyembunyikan perasaan mereka. Perempuan lebih emosional ( Ini kerana lelaki dilihat lebih menggunakan otak kiri berbanding wanita tetapi kebaikannya disini, lelaki tidak boleh melakukan 3 perkara/kerja dalam satu masa . Sebagai contoh, memetik daripada ceramah Samsul Debat, PA beliau yang boleh mengangkat telefon dalam pada masa yang sama menaip surat dan menjawab pertanyaan rakannya. Sebaliknya berlaku pada lelaki .contoh lain pula dalam urusan rumahtangga, wanita lebih pantas dalam melakukan kerja rumah yang pelbagai sudut berbanding suami.)

4.Lelaki lebih suka mendiamkan diri, keluar rumah dan menjauhkan diri sebagai tanda protes .( Sikap ini harus dijauhi kerana ia bukan sahaja menyelesaikan masalah bahkan menambahburuk situasi)

5. Ramai yang lebih setuju wanita lebih banyak mengalah apabila konflik berlaku. Tetapi naluri asertif itu masih ada dalam diri kerana mereka berusaha untuk mendapatkannya dalam pelbagai cara .

6. Wanita dilihat lebih emo dalam konflik dimana mereka merajuk, memujuk, mengugut dll. Lelaki lebih suka berdiam diri dan menghentikan pergaduhan( Pada pendapat Cik Da lah, tidak semua lelaki begitu, kalau macam tu, aman lah doniaaa...Sebaiknya kita berbincang di dalam tempat sulit seperti bilik tidur ataupun di luar waktu kerja supaya anak- anak tidak tertekan dengan situasi ini. Anak - anak merasakan diri mereka beban jika melihat ibubapa bergaduh. Sebaiknya kita selesaikan perkara ini , dluar rumah atau di dalam wasap atau apa sahaja medium)
7.Wanita dan air mata , sinonim kan..sebab wanita lebih suka meluahkan rasa geram, sakit hati dan marah mereka melalui air mata. Itu kelebihan wanita. Mereka mampu menanggung beban yang dirasakan berat bagi orang lain demi keluarga dan anak - anak walaupun mereka menangis sehingga basah bantal di waktu malam.Tapi mana kita nak tahu kan..jika suami pun menangis juga tapi kita jarang - jarang melihat airmata mereka menitis.
Kesimpulannya, Cik Da rasa buku ini bagus tetapi tidak mengikuti peredaran zaman masa kini ynag serba mencabar daripada segi teknologi dan luaran.
Sebagai ibubapa dan juga suami serta isteri haruslah sama- sama berdiskusi dan saling tolak ansur dalam pelbagai aspek demi kesejahteraan keluarga. Keluarga Bahagia, Anak Ceria..



Kredit buku Seni Bercakap -cakap dan Berbual Bual tulisan Abdullah Hassan & Ainon Mohd

Monday 17 April 2017

Tq MSAMSUL RIZAL


TQ RIZAL ..ATAS FEEDBACK DAN TERIMA KASIH SEBAB SINGGAH DI BLOG CIK DA

Sunday 16 April 2017

Demam Camera B612

Gara - gara Camera B612 , anak- anak Cik Da suka sangat bergambar . Nak tengok hasilnya...

Miss Dania 


 Bro Awaz...Beware Bro



Ibu haus la..



Cam xcukup tido je kan

Bubur Puteri Mandi vs Senaman


Hai  bloggers semua, 

Maaf harini Cik Da lambat update sebab baru masuk kerja kan..Hari isnin be like--😔 . Kannnn...

Jadinya hari ini Cik Da nak kongsikan tips senaman untuk kuruskan peha..sebab peha Cik Da ni cam ayam..( gelak guling- guling)


Cik Da masih dalam proses mengekalkan masa untuk senaman ni..Selalunya lepas maghrib sebab itu je masa yang ada..Dalam 15 Minit gitu sebelum anak- anak gegar pintu bilik ..

Tak mengapalah kan, janji kita usaha sedikit demi sedikit. Macam hari ni tak ambil lagi air bergula tapi dah ambil bubur puteri mandi tau.Dalamnya ada isi nangka dan sagu mata ikan.Sedap..Kalau nak mai singgah kafe IKIM