virus zika

Sunday 27 December 2015

GST ..

http://www.sinarharian.com.my/nasional/alangkah-elok-keperluan-sekolah-dikecualikan-gst-1.466318

MEMETIK LAPORAN WARTAWAN SINAR HARIAN


TERKESAN dengan kenaikan harga barang selepas pelaksanaan GST, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan mempertimbangkan untuk mengecualikan keperluan sekolah daripada dikenakan GST.
Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman berkata, kenaikan kos sara hidup sudah cukup membebankan, kini ditambah pula dengan kenaikan harga keperluan sekolah yang pastinya membebankan lagi kewangan ibu bapa.
Katanya, saban tahun berlaku kenaikan harga barang dan perkhidmatan dan ia memberi kesan terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan mempunyai ramai anak bersekolah.
“Suasana sekarang ini dirasakan lebih sukar bagi ibu bapa memenuhi keperluan sekolah anak-anak, dengan kenaikan harga barang sedangkan pendapatan tidak meningkat.
“GST diketahui membebankan, ditambah pula dengan kos menyediakan keperluan sekolah,” katanya kepada Sinar Harian.
[ARTIKEL BERKAITAN: Persiapan masuk sekolah makin mahal lepas GST]
Beliau berkata, pelbagai cara dan alternatif diguna pakai oleh kebanyakan ibu bapa dalam menjimatkan perbelanjaan persekolahan anak, namun dengan kenaikan harga, perkara itu tidak dapat dielakkan.
“Pakai semula pakaian yang masih elok. Tiada pilihan terpaksa gunakan yang lama. Selama setahun, itulah dua pasang baju yang terpaksa digunakan. “Belanja seorang anak pun sekurang-kurangnya memerlukan anggaran RM350 untuk membeli kelengkapan pakaian dan buku. Belum dikira kos tambang bas atau van sekolah lagi,” katanya.

Justeru, beliau merasakan perlu ada satu mekanisme daripada kerajaan sebagai usaha membantu golongan ibu bapa menghadapi dilema ini.

Dalam pada itu, Dr Maamor berkata, sebagai salah satu jalan penyelesaian, koperasi sekolah perlu memainkan peranan.

“Inilah masanya semua sekolah menyatakan sokongan dengan menawarkan harga yang lebih murah dari pasaran sebagai pilihan yang lebih jimat kepada ibu bapa,” katanya.
Katanya, dengan pembelian pukal daripada koperasi, harga pastinya lebih murah dan memberikan lebih banyak penjimatan kepada ibu bapa serta pelajar.
“Saya harapkan supaya semua sekolah menyokong pembelian melalui sekolah. Lebih baik juga bantuan RM100 daripada kerajaan itu diberikan dalam bentuk baucar dan ditebus di koperasi sekolah,” katanya.
Alangkah elok keperluan sekolah dikecualikan GST!

Apresiasi IKIMfm @ Masjid Wilayah 2015

Anda semua dijemput hadir memeriahkan Program Apresiasi IKIMfm @ Masjid Wilayah 2015 yang bakal berlangsung pada 31 Disember 2015 dan 1 Januari 2016 bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Antara program menarik yang bakal disajikan adalah Majlis Pelancaran CD Anugerah Nasyid IKIMfm, Malam Apresiasi IKIMfm, Qiyamullail, Bedah Buku Rawatan Perubatan Islam, Siaran langsung Usrah Nurani dan pelbagai lagi.

Masuk adalah percuma!


buah buah dari kampung

mangga telurrambutan gading

Ceritanya balik dari kampung , mak bekalkan rambutan dan mangga ..Terima kasih mak..Along syg mak..rasa tak puas duduk kat kampung kan..hurm..tapi nak buat macam mana..kerja kan...kalau tak, dah lamo den cuti yooo....