virus zika

Thursday 14 January 2016

Rumah Hobbit di pasir puteh Kelate wehhh....

Rumah hobbit diliputi pokok teh di Kelantan

jawatan kosong

Jawatan kosong terkini di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Januari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sebagai :

1. PENERBIT RANCANGAN RADIO GRED 41 
2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED 41

Tarikh tutup permohonan pada 22 Januari 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan




Cara Permohonan 

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:


Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Khidmat Pengurusan) 
Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189

sebelum atau selewat-lewatnya pada 22 Januari 2016

Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan.

Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon-calon adalah dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas dari IKIM 3 bulan dari tarikh iklan ditutup.

Khidmat Masyarakat


Jika tidak mampu untuk memberi sumbangan , sila sedekahkan al fatihah dan doa untuk kesembuhan untuk baby kecil ni..

Doa untuk anak








 

Seruan untuk semua

Mari sama- sama bersedekah demi saudara kita di sana..ingat ..rezeki mesti dikongsi ..Allah pun dah berjanji bahawa orang yang bersedekah tu takkan jatuh miskin, malah Allah tambah rezeki yang tidak diduga.. maaf jika tersilap hadis ye..saya bukan pakar hadis..saya insan berjiwa besar dan prihatin. Itu sahaja.



1. Madaya adalah sebuah bandar kecil terdiri dari 42,000 orang
yang terletak 20 km dari Damsyik , dan 11km dari sempadan Lubnan.
2. Kerajaan Syria telah bersetuju untuk membenarkan bantuan dari UN, melaporkan kebuluran dikawasan sekitar bandar.
3. Ia telah dikepung sejak Julai 2015 oleh tentera kerajaan.
4. Keluarga telah kelaparan hingga mati . Orang ramai terpaksa makan rumput , daun, kucing dan anjing.
5. Sekurang-kurangnya 23 orang dilaporkan mati kebuluran sejak 1 Disember 2015
6. 50 orang setiap hari dimasukkan ke hospital akibat kekurangan zat makanan dan kelaparan.
7. Kos asas telah meningkat,1 kg beras berharga harga antara 100 USD dan 200 USD
8. Keadaan musim sejuk yang teruk memburukkan lagi situasi sedia ada.
Bantuan anda diperlukan bagi membantu mereka. Salurkan sumbangan anda melalui mySEDEKAH
http://www.islamic-relief.org.my/donate-now/index.php
Fikir Kemanusiaan, Fikir ISLAMIC RELIEF!
‪#‎Madaya‬
‪#‎SaveSyria‬

 

Monday 11 January 2016

khidmat masyarakat


 KISAH BABY AMANDA..

Sedih hati ini takkala melihat wajah kecil ini yang tidak tertanggung azab sakitnya. Bayi yang diberi nama Cahaya Amanda binti Abdul Ghoni menghidapi penyakit Epidermolysis Bullosa (EB) iaitu genetik gangguan tisu perantara yang ja
rang berlaku.

Anak kecil ini dikatakan memerlukan rawatan tetap setiap bulan untuk memulihkan atau mengurangkan masalah penyakitnya ini.

Dikatakan kos yang diperlukan agak tinggi iaitu Sekurang-kurangnya RM1790 sebulan sedangkan bapanya hanya bekerja sebagai seorang despatch dan ibunya hanya seorang suri rumah kerana terpaksa menumpukan perhatian penuh kepada anak kecil ini.

Ternyata dengan gaji En. Abdul Ghoni sebagai seorang decpatch memang tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan anaknyadan rawatan bulanan pasti akan terganggu kerana komitmen lain.

Selain manjaga Cahaya Amanda pasangan ini terpaksa menanggung tiga lagi anak mereka di mana dua daripadanya bersekolah iaitu Muhammad danish haikal 9tahun, Muhammad raiyan mikail 6 tahun dan Muhammad aqil amani 4 tahun.

Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan untuk meringankan beban rawatan anak kecil ini bolehlah memberi sumbangan barangan seperti berikut:

-antibacterial hand gel
-spartula
-septi silk wash
-sodium chloride 0.9%
-latex disposable gloves
-gauze
-cotton ball
-dresing set
-nipro neddle
-mepitel 2 layer
-tube fast tangan
-tube fast badan

KOS ANGGARAN RM2000 SEBULAN.

Anda boleh memberi sumbangan tersebut ke alamat 9-3-36 Apartmen Cendana no 11, jln metafasa u16/3, Tmn Bukit Subang, Shah Alam. No telefon 013 3949930

Atau bagi mereka yang ingin menyumbang dengan wang boleh berbuat demikian ke akaun

7614356444 CIMB
(Suziyana binti Jamaludin)ibu

atau

7614356670 CIMB
(Abdul Ghoni bin Mohd Faudzi)bapa

Apapun marilah sama-sama kita mendoakan semoga baby Cahaya Amanda diberi kekuatan dan cepat sembuh seperti anak-anak kecil yang lain. AAAAMIIN.
-sumber dari #siakapkeli

MAKANAN PENGGALAK KESUBURAN

1. SUSU

    Secara umumnya ramai yang tahu susu ni sumber kalsium.Susu juga sangat terkenal dengan kaum ibu yang hamil kerana sumber kalsiumnya yang penting bagi mengurangkan gejala kebas-kebas,sakit pingggang dan kekejangan sepanjang tempoh kehamilan,
    Namun, tak ramai yang tahu, kalsium juga dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita.Ada kajian di United Kingdom menunjukkan wanita yang mengambil sekurang-kurangnya satu sajian penuh dari produk tenusu setiap hari kurang berdepan masalah kesuburan.Tambahan, pengambilan kalsium juga dapat menyihatkan reproduksi wanita
   Terbaru, kajian menunjukkan pengambilan susu yang tinggi lemak membantu meningkatkan kesuburan wanita manakala susu yang rendah lemak menurunkan tahap kesuburan seseorang wanita.
   Bagi mereka bukan penggemar susu,boleh juga mengambil keju dan yogurt sebagai ganti. 

 
2. AVOKADO

   Buah berwarna hijau ini berfungsi membekalkan vitamin E terbaik kepada badan dan juga kaya dengan antioksidan.Dua komponen utama ini sangat penting dalam kesuburan wanita bagi menyempurnakan fungsi ovulasi.Ia juga kaya dengan lemak sihat yang baik untuk merangsang fungsi hormon dalam tubuh secara keseluruhan.Tambahan lagi, avokado jugak kaya dengan asid folik :)






 
3. IKAN SALMON

   Minyak ikan yang terkandung didalam ikan salmon adalah sumber asid lemak Omega-3 dan Omega-6 yang terbaik .Nutrisi ini memainkan peranan dalam melancarkan proses reproduksi pada badan wanita dan meningkatkan aliran darah.Minyak ikan juga terdapat di dalam ikan makerel dan ikan sardin.Minyak ikan bukan sahaja baik untuk wanita malah lelaki juga bagi meningkatkan kualiti sperma.Ikan salmon juga kaya dengan selenium taw, memang bagus untuk kesuburan.

 
 
4. BERAS PERANG

   NASI adalah sumber karbohidrat yang baik untuk setiap orang.Walaubagaimanapun,pengambilannya secara berlebihan boleh menyebabkan diabetes.Maka penyelesaiannya beralih ke beras perang atau beras merah yang mengandungi karbohidrat kompleks yang dapat membantu meningkatkan kesuburan.Karbohidrat kompleks mengandungi Glysemic Index yang RENDAH(LOW GI) berbanding karbohidrat ringkas.Fungi GI adalah merembeskan gula secara teratur didalam darah.
    Pengambilan karbohidrat ringkas boleh menganggu hormon yang bertanggungjawab dalam reproduksi iaitu dengan cara menunda atau mencegah proses pengovulan.Hal ini kerana,Karbohidrat ringkas meningkatkan gula dalam darah.
    Selain itu, beras perang juga mengandungi vitamin B dan E yang sangat baik dalam membantu keseimbangan hormon dan penghasilan sperma dan telur yang sihat.Makanan selain beras perang seperti ubi kentang,kacang peas,bijirin pula seperti barli oat dan jagung juga mengandungi karbohidrat kompleks.

 
5. STRAWBERRY

     Buah-buahan berwarna cerah juga membantu dalam menggalakkan kesuburan seseorang.Strawberry merupakan buah yang mempunyai pelbagai gizi yang membantu melindungi sel-sel anda daripada rosak dan juga mencegah penuaan sel.Khasiatnya buat wanita yang merancang hamil ialah ianya dapat mempengaruhi penghasilan telur dalam sistem reproduksi anda.
    Pengambilanbuah ini juga boleh menghilangkan racun yang akan menganggu proses pengovualn berlaku.Selain strawberry, anda juga boleh memilih bluberry atau ceri.Sealin kaya dengan vitamin dan mineral,buah ini juga kaya dengan antioksidan.

 
6. MADU

     Khasiat madu yang kaya dengan pelbagai sumber mineral dan asid amino yang dapat membantu mengekalkan kualiti kesihatan sistem reproduksi selain daripada berfungsi meningkatkan fungsi ovari untuk wanita

 
7. KEKACANG

    Kekacang juga membantu meningkatkan ovulasi berlaku.Malah kandungan lemak Omega-3 didalamnya secara tak langsung meningkatkan hormon dalam badan wanita.Kekacang juga bersifat antioksidan tinggi membantu mengurangkan tindakan tubuh menolak sperma suami.

 
8. AYAM

   Sumber zat besi dan protein yang terdapat pada ayam juga penting buat wanita yang ingin hamil.Walaubagaimanapun, bukan semua ayam baik untuk meningkatkan kesuburan. Anda perlu memilih daging ayam tanpa lemak dan memasaknya dengan cara memanggang bukan menggoreng.
   Kajian menunjukkan wanita yang kekurangan zat besi cenderung kearah  sukar hamil berbanding mereka yang mengambil zat besi secara mencukupi.

 
9. TAUGEH

     Taugeh dipercayai dapat berfungsi sebagai peningkat kesuburan wanita dan juga baik untuk kesuburan rahim wanita.

 
10. ASPARAGUS

      Asparagus mengandungi asid folik yang amat diperlukan oleh wanita yang ingin hamil bagi mengelakkan kecacatan bayi.Asid folik juga berfungsi meningkatkan penghasilan telur yang sihat selain daripada menstabilkan kitaran haid.Wanita yang ingin hamil perlu mengamalkan asid folik sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang kehamilan.


5 perkara yang mengancam kesuburan WANITA


http://www.keluargabaru.com/5-perkara-mengancam-kesuburan-wanita/

1. SEKS TERATUR

Apa yang dimaksudkan dengan seks yang teratur ialah hubungan intim antara suami isteri yang tidak kena pada masanya. Sepertimana yang kita tahu bahawa setiap bulan wanita akan mengalami kitaran haid waktu paling subur bagi seorang wanita ialah pada hari ke 14+/-1 hari haid dimana berlakunya proses “ovulation”.
Apa yang boleh dilakukan ialah dengan membuat carta kitaran haid masing-masing supaya peka akan waktu subur wanita atau “ovulation”. Bagi wanita yang susah untuk hamil bolehlah mengadakan hubungan intim sekurangnya setiap hari sebelum waktu subur dan juga pada waktu subur. Mengikut Dr. Goldstein, “once the woman ovulates. It’s too late,”.

2. JAUHI ROKOK

Baik isteri mahupun suami, kedua-dua pasangan suami isteri tidak seharusnya merokok. Terdapat pelbagai kajian saintifik yang menunjukkan bahawa merokok dapat mengurangkan kesuburan baik lelaki atau perempuan.
Bahan kimia yang terdapat didalam rokok dapat membunuh ovarium dan juga mempengaruhi pengeluaran hormone estrogen. Wanita yang merokok juga mengalami menopause lebih awal dari wanita lain.
Sementara itu, bagi lelaki merokok dapat mempengaruhi motiliti dan kelarutan sperma. Selain itu, merokok juga mempengaruhi dalam penghasilan sperma yang tidak normal.

3. PENGAMBILAN ALKOHOL

Pengambilan alkohol merupakan sesuatu yang haram disisi agama dan juga terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa alkohol bukan sahaja mendatangkan penyakit malahan boleh mengurangkan kesuburan.

4. BERAT BADAN

Tahap lemak badan 10% ke 15% melebihi paras normal boleh melebihi muatan badan dengan estrogen, sekaligus mengurangkan kesuburan.
Tahap lemak badan 10% ke 15% di bawah paras normal boleh mengurangkan malahan boleh menutup terus kitaran pembiakan. Apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengamalkan makan yang sihat yang setiasa menjaga berat badan yang ideal.

5. MENGAMBIL UBAT-UBATAN

Antidepressants, antibiotik, ubat penahan sakit, dan ubat-ubatan lain yang digunakan untuk merawat penyakit kronik boleh menyebabkan kemandulan sementara. Apa yang boleh dilakukan ialah selalu bertanya kepada doctor akan kesan sampingan setiap ubat yang diambil.

Tips -- Untuk mengandung




1. Jumpalah doktor anda
 Dapatkan nasihat mereka yang pakar adalah langkah terbaik.  Tanya doktor anda mengenai vitamin pranatal yang mempunyai asid folik, yang membantu melindungi terhadap beberapa kecacatan kelahiran, seperti spina bifida.

Asid folik bekerja pada peringkat awal kehamilan, jadi itulah sebabnya ia adalah penting untuk memastikan anda mendapat cukup asid folik walaupun sebelum anda hamil.


 




2. Fahami kitaran period anda – Kenali tubuh anda

Adakah mengenali kitaran period anda?  
 Berapa banyak yang anda tahu tentang kitaran haid anda? Dengan benar-benar memahaminya akan membantu anda tahu masa anda paling subur, kata Hillard, seorang professor Obstetrics and Gynecology di Stanford University. Ovulasi adalah masa terbaik untuk hamil.

 “Ini adalah masa untuk memberi tumpuan kepada hubungan seks,” kata Hillard.

Anda perlu menyedari  tanda-tanda ovulasi, seperti perubahan mukus serviks anda. Ia biasanya menjadi nipis dan licin apabila anda paling subur. Sesetengah wanita juga mungkin merasa sakit di bahagia sebelah badan.
 Kit ramalan ovulasi juga boleh membantu anda meramalkan masa terbaik untuk hamil. Dengan mengetahui masa anda subur dapat membantu anda merancang kehamilan anda.

Berikut adalah bagaimana ia berfungsi: Hari pertama haid anda dianggap satu pertama. “Mulakan ujian pada hari sembilan dan terus kan hingga anda mendapat keputusan yang positif,” nasihat Joanne Piscitelli, MD, Profesor Madya ginekologi di Pusat Perubatan Universiti Duke di Durham. Wanita yang mempunyai kitaran 28 hari cenderung untuk ovulate pada hari 14.

3. Jangan bimbang tentang posisi terbaik semasa berhubungan  
Terlalu banyak mitos tentang posisi semasa berhubungan untuk cepat hamil, tetapi mereka hanyalah mitos. Tidak ada bukti saintifik mengenai perkara ini.
“Sangat jarang, serviks wanita berada dalam kedudukan yang luar biasa di mana kedudukan tertentu boleh menyebabkan anda hamil.  
Walaubagaimanapun posisi duduk atau berdiri semasa hubungan, mungkin tidak menggalakkan sperma dari memasuki servik. “Ia adalah tentang graviti dan anda tidak mahu semua air mani keluar – dan air mani sangat cepat mengalir,” kata Hillard.

4 . Baring selepas mengadakan hubungan seks.
“Satu nasihat yang baik untuk anda baring di tempat tidur selama 10 hingga 15 minit selepas mengadakan hubungan seks, tetapi anda tidak perlu angkat kaki anda ke udara. “Pelvis anda tidak bergerak apabila anda meletakkan kaki anda di udara.”
Jangan pergi bilik air pada masa ini. Jika anda menunggu 10 hingga 15 minit, sperma yang sedang masuk ke dalam servik (rahim) akan berada di pangkal rahim.

5. Jangan keterlaluan.
Mengadakan hubungan seks setiap hari walaupun semasa ovulasi tidak semestinya meningkatkan peluang anda untuk hamil. “Secara umum, setiap malam lain di sepanjang masa ovulasi membantu meningkatkan peluang anda untuk hamil.
Sperma boleh hidup sehingga 72 jam selepas persetubuhan. Cadangan terbaik adalah untuk mempunyai hubungan seks dengan kerap – apabila anda ovulating, dan apabila anda tidak.  

Bercakap tentang sperma, “memakai pakaian ketat sebenarnya boleh memberi kesan negatif kepada sperma. Begitu juga apabila anda menghabiskan masa di tab mandi panas atau jakuzi.
Tabiat anda dengan telefon bimbit juga member kesan kepada sperma. Satu kajian dalam jurnal Kesuburan dan Kemandulan menunjukkan bahawa lelaki yang menggunakan peranti bebas tangan dengan telefon bimbit dan telefon diletakka dekat dengan zakar mereka akan mempunyai kualiti sperma yang kurang.

Lelaki yang makan banyak makanan berasakan soya mungkin mempunyai kepekatan sperma yang lebih rendah berbanding lelaki yang tidak makan makanan berasakan soya, menurut satu kajian yang diterbitkan online dalam Human Production.
 




6. Kurangkan tekanan.  
Cuba untuk tidak tertekan. Anda mungkin akan membulatkan mata kegeraman seseorang berkata, “Rileks je. Ianya akan berlaku,” Huhu.. tetapi tekanan sebenarnya boleh mengganggu ovulasi. Oleh itu, lebih anda rilek, ianya lebih baik!
Apa sahaja yang membantu anda menghilangkan tekanan, ianya adalah baik, selagi ia tidak memudaratkan. “Terdapat beberapa bukti bahawa akupunktur boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan peluang anda untuk hamil,” kata Goldfarb.

7.  Amalkan hidup sihat

Bersenam adalah tabiat yang sihat – terutamanya jika ia membantu mengekalkan anda dengan berat badan ideal anda. Namun “Senaman yang terlalu banyak boleh menyebabkan anda tidak ovulate,” (Goldfarb).
Cara terbaik untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil adalah dengan melakukan senaman yang sederhana – mungkin dengan berjalan pantas – dua jam setengah setiap minggu (atau sekurang-kurangnya 30 minit, 5 hari seminggu ).  

Berhenti merokok untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil. Tabiat ini boleh mengurangkan kadar kesuburan dan memberi kesan kepada tahap estrogen dan ovulasi.
Dan jangan terlalu bimbang tentang plan harian anda untuk hamil. “Lapan puluh lima peratus daripada wanita akan hamil dalam tempoh satu tahun mencuba,” kata Hillard.
 


Info berguna -- Amalan Hijau



Pokok Jeremin
 sumber dari http://adrydaud.blogspot.my/2010/07/jeremin-pokok-halau-nyamuk.html
Nama Botani : Pelargonium radula
Famili: Geraniaceae

Pengenalan


Pokok jeremin merupakan tumbuhan hiasan yang ditanam di kawasan sekitar rumah. Ia tidak boleh didedahkan secara terus kepada pancaran matahari yang terik. Pokok ini lebih menggemari suasana yang redup seperti di bawah naungan pokok besar dan boleh ditanam di dalam rumah. Ia membiak melalui keratan batang. Pokok ini memerlukan siraman air secara berjadual(sekurang-kurangnya sekali dalam sehari) untuk memastikan ianya tidak menjadi layu dan  kering.

Kegunaan

Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya. Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk. Ia sering dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah kerana berfungsi sebagai penghalau nyamuk.
 
 
Peace Lily 
 
Satu pokok yang mempunyai fungsi dalam banyak aspek berlainan Feng Shui adalah Peace lily. Terkenal untuk bunganya yang putih dan anggun, serta daunnya yang lebat, peace lily memberi kesan yang sama seperti namanya, mempromosikan keamanan dan tenaga harmoni di rumah.
 
 Peace lilies boleh digelar “pembersihan-semua.” Ia selalu diletakkan di bilik air atau bilik basuh kerana ia terkenal sebagai tumbuhan yang dapat membuang spora lumut. Ia juga boleh menyingkirkan formaldahyde dan trichloroethylene.
 
Pokok Membersihkan Udara Secara Semulajadi 
 
 Lidah Jin: Ditemui oleh NASA bahawa ia mampu menyerap nitrogen oksida dan formaldahyde. Ia juga dikatakan dapat menyerap tenaga-tenaga negatif di sekelilingnya memberikan kesan ketenangan bagi yang berada berdekatan.