virus zika

Wednesday 15 February 2012

Gambar | 6 Jenis Gaya Tudung Bawal oleh Datin Norjuma



As-Salam.
Datin Norjuma Habib Muhamed, siapa yang masih ingat dengan nama ini yang pernah mewarnai dunia pengacaraan tanahair. Orangnya memang cantik, HH sendiri suka dengan personaliti dan penampilan Datin Norjuma - yang merupakan juara Pengacara Jemputan Nona Musim Kelima (2002). Datin Norjuma berkahwin dengan Datuk Mohamed Nazim Razak.


Datin Norjuma orang Pulau Pinang, lahir pada 5 November 1980. Mempunyai kelayakkan dalam bidang perniagaan kerana mempunyai ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Antara rancangan yang pernah diacarakan oleh Datin Norjuma ialah Nona, Wanita Hari Ini, Kewangan Islam dan Keluarga Di 9.


Terkini, Datin Norjuma telah membuka butik serta kiosk AidiJuma (AJ) yang cuba mempopularkan kembali tudung bawal. Anda boleh jenguk butik AJ di Facebook AidiJuma.

6 Jenis Gaya Tudung Bawal oleh Datin Norjuma

Gaya 1 - Tudung dipin di bahu
Gaya 1 - Tudung bawal dipin di bahu

Gaya 2 - Tudung dan Inner dari warna yang sama - senada.
Gaya 2 - Tudung dan inner dengan warna senada (sama)

Gaya 3 - Tudung dan inner dari warna berlainan (kontra)

Gaya 3 - Tudung bawal dan inner berlainan warna - kontra.

Gaya 4 - 2 tudung bawal berlainan warna dipintal bersama
Gaya 4 - 2 tudung bawal berlainan warna dipintal bersama.


Panduan Memilih Tudung Mengikut Raut Wajah

Bagi sesiapa yang masih tertanya tanya atau mencari gaya tudung yang bersesuaian dengan raut wajah. Ini tipsnya:

Muka Bujur
Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria.



Muka Berpetak
Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.


Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.

Muka Panjang
Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.




Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.

Muka Segi Tiga
Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.

Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.


Muka Bulat
Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan.

Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.


Sumber Asal: Panduan Memilih Tudung Mengikut Raut Wajah | HASRULHASSAN.COM™
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

5 Sifat Mengenali Si Dia Suami Orang

1. Penuh Kasih Sayang
Lelaki yang sudah berkahwin penuh dengan sifat kasih sayang. Mereka tahu untuk menunjukkan rasa kasih mereka dengan perbuatan mereka. Lelaki berstatus suami orang tidak lokek untuk mempamerkan sifat kasih sayang ini kerana mereka tahu si anak dara begitu mendambakan akan karektor ini. Boleh dikatakan saban hari anda akan dimanjai dengan kata-kata manisnya yang mampu membuatkan anda terbuai syahdu. Panggilan manja dan belaian kata adalah senjata mereka.

2. Prihatin
Jika anda tiba-tiba jatuh sakit, siapakah orang pertama yang akan menerkam ke arah anda terlebih dahulu? Sudah tentu kekasih hati anda bukan? Sekiranya anda meneliti dari sudut yang lain, anda sudah boleh mengagaknya. Cara mereka mengambil berat seperti anda itu budak kecil yang tidak tahu apa-apa. Layanan si dia terhadap anda itu sungguh luar biasa, tidak seperti sang teruna yang agak kekok. Sebenarnya si dia mahu anda tahu bahawa dialah orang yang paling takut dan risau jika anda jatuh sakit. Cara ini akan membuatkan anda rasa dihargai.

3. Bermulut Manis
Lelaki yang dah kahwin memang bijak bermain kata. Mereka tahu untuk melembutkan hati si gadis dengan ayat-ayat romantis dan penuh gula. Sekeras mana hati si dara, pasti lelaki yang dah berstatus suami ini boleh lembutkan, bak kata pepatah, “kerak nasi kalau direndam dengan air lama-lama akan menjadi lembut juga” maka samalah perumpamaan itu dengan si gadis cantik. Lelaki ini akan menyuntik kata-kata cinta setiap hari, dan anda akan terbuai dengan kata-kata cinta lelaki ini kerana mereka sangat arif akan apa yang dimahukan oleh seorang gadis. Mereka tahu menunjukkan penghargaan dengan kata-kata mereka.

4. Suka Berjenaka
Ha! Ini satu lagi sifat yang ada pada suami orang. Anda harus tahu tentang ini! Suami orang paling suka bila mana orang di sekelilingnya ketawa. Bagi mereka, dengan ketawa akan membuatkan orang yang berada di samping mereka berasa senang. Mereka mengetahui bahawa antara sifat yang digemari oleh gadis ialah lelaki yang pandai berjenaka. Anda akan terpesona dengan jenaka bersahajanya yang membuatkan hati anda sentiasa gembira dan terlepas dari sengsara masalah.

5. Bertemu Kerap Di Hari Bekerja
Hujung minggu selalunya masa untuk si suami orang ini bersama keluarga, jadi masa yang diluangkan untuk anda adalah di hari biasa. Anda dan dia kerap bertemu selepas kerja atau kalau ada pun bertemu di hari cuti, ia tidaklah begitu kerap. Anda akan dapati, di hari cuti, si lelaki yang berstatus suami ini akan sering outstation atau ada urusan lain yang tidak memungkinkan anda bertemu. Malah, kadangkala mereka sukar untuk dihubungi.
Jadi awaslah wanita supaya tidak tertipu dengan suami orang. 


Sumber Asal: Adam Dan Hawa | 5 Sifat Mengenali Si Dia Suami Orang | HASRULHASSAN.COM™
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

Sayang | Sebelum Dan Selepas Berkahwin

As-Salam.
Sebelum ini HH pernah buat posting mengenai Cinta .... dan Kasih; sebelum dan selepas berkahwin. Kali ini ...ucapan paling selalu diucap selain cinta dan kasih ialah sayang. Apa definasi sayang sebelum dan selepas kahwin? 

Definasi Sayang | sebelum kahwin

S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

Definasi Sayang | selepas kahwin

S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.


Sumber Asal: Sayang | Sebelum Dan Selepas Berkahwin | HASRULHASSAN.COM™
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

Fakta Menarik | 14 Perkara Mengenai Perkahwinan Bawah Umur Di Seluruh Dunia





Foto: Stephanie Sinclair
As-Salam.
Di Malaysia, mungkin ianya tidak berlaku, tetapi di beberapa negara terutama di benua Afrika, perkahwinan bawah umur atau budak ini adalah sesuatu perkara yang bukan asing. Ia merupakan satu budaya dan adat resam buat sesetengah kaum di sana.

HH nak kongsikan beberapa fakta mengenai perkahwinan bawah umur atau perkahwinan budak ini kepada anda.

14 Fakta Perkahwinan Budak Di Seluruh Dunia
  1. Setiap tiga saat, seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun dilaporkan dipaksa berkahwin, kebanyakannya di Afrika, Asia Barat dan Asia Selatan.
  2. Menurut UNICEF, amalan perkahwinan awal ini menjejaskan satu pertiga kanak-kanak perempuan dan sekelompok kanak-kanak lelaki terutama di negara membangun. Ia menggambarkan perkahwinan kanak-kanak sebagai `satu bentuk paling lazim dalam penderaan seksual dan eksploitasi kanak-kanak perempuan’.
  3. Konvensyen PBB mengenai Hak Kanak-Kanak menyatakan 18 tahun umur minimum untuk berkahwin.
  4. Aktivis merumuskan perkahwinan usia muda melanggar hak asasi kanak-kanak kerana mereka terlalu muda untuk memberi persetujuan secara bebas dan penuh. Ia termaktub dalam Perkara 16 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.
  5. Di kebanyakan negara membangun, amalan ini salah di sisi undang-undang tetapi undang-undang itu sering tidak dikuatkuasakan kerana tuntutan adat dan agama masih kuat diamalkan.
  6. Pengantin perempuan berusia bawah 15 tahun berisiko lima kali ganda mati ketika mengandung atau melahirkan anak berbanding wanita yang berkahwin pada usia 20-an.
  7. Gadis bawah 18 tahun lebih cenderung mengalami masalah fistula obstetrik yang menyebabkan lemah kawalan kencing yang teruk, berlaku semasa bersalin apabila terbentuk satu lubang di antara faraj dan pundi kencing atau rektum.
  8. Pengantin muda lebih cenderung dijangkiti HIV melalui suami lebih tua. Kajian di Kenya dan Zambia oleh penyelidik Universiti Chicago mendapati 75 peratus gadis 15 hingga 19 tahun dijangkiti HIV kerana berkahwin muda.
  9. Pengantin perempuan lebih cenderung dipukul atau dirogol suami sendiri.
  10. Bayi dilahirkan pengantin kanak-kanak, 60 peratus berisiko mati ketika dilahirkan kerana tidak cukup bulan.
  11. Pengantin kanak-kanak jarang dibenarkan ke sekolah, terpaksa membesarkan anak dan menjalankan kerja domestik untuk keluarga.
  12. Gadis dari keluarga miskin dua kali ganda mungkin dikahwinkan keluarga sebelum berusia 18 tahun berbanding kanak-kanak perempuan dari keluarga kaya.
  13. Bilangan perkahwinan kanak-kanak meningkat semasa konflik atau bencana alam.
  14. Sesetengah keluarga menggunakan perkahwinan untuk membina dan mengukuhkan pakatan, mengelak tawaran harta, menyelesaikan pertikaian atau membayar hutang.

(Sumber: Pusat Penyelidikan Wanita Antarabangsa, Persekutuan Perancang Keluarga Antarabangsa Rancangan UK, UNICEF)

Sumber Asal: Fakta Menarik | 14 Perkara Mengenai Perkahwinan Bawah Umur Di Seluruh Dunia | HASRULHASSAN.COM™
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

Kereta terhumban, anak tercampak


NEGARA

Kereta terhumban, anak tercampak


SEORANG pegawai polis melihat keadaan kereta Perodua Kancil yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan Siti Nurnajwa maut di Alor Gajah, Melaka semalam.


ALOR GAJAH - Seorang kanak-kanak perempuan menemui ajal dalam keadaan mengerikan manakala abangnya parah selepas masing-masing tercampak dari kereta dipandu bapa mereka dalam kemalangan di Kilometer 213.2 arah selatan Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam.
Kejadian pukul 1 pagi itu mengakibatkan Siti Nurnajwa Nordin,7, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka manakala abangnya, Amir Haziq, 12, mengalami kecederaan parah di kepala selepas tercampak dari kereta jenis Perodua Kancil tersebut.
Bapa mangsa, Nordin Mohamad Shukor, 36, dan ibu mereka, Siti Aisyah Othman, 36, cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.
Sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan ke Parit Sulong, Muar dari ibu negara.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kejadian berlaku apabila Nordin yang memandu kereta hilang kawalan sebelum berpusing beberapa kali lalu terbabas dan terhumban ke dalam longkang.

Dulu mengenali, kini memahami


HIBURAN

Dulu mengenali, kini memahami



PASANGAN ini mula bertemu sekitar dua tahun lalu untuk satu sesi fotografi bersama sebuah majalah tempatan. Namun, tiada sebarang ikatan yang terjalin antara Shila mahupun Sharnaaz sebaliknya hanya perkenalan sesama artis dan ia berlalu begitu sahaja.
Sehinggalah kedua-duanya bertemu sekali lagi ketika menjayakan klip video Patah Seribu nyanyian Shila. Berlakon sebagai pasangan kekasih dalam klip video itu, hubungan Sharnaaz dan Shila mula rapat selepas itu namun ia bukanlah cinta.
Pencipta klip video Patah Seribu, Micheal Ang kemudiannya menyusulkan cadangan kepada Astro untuk menghasilkan sebuah telefilem yang menggunakan judul yang sama, Patah Seribu.
Pihak Astro bersetuju malah mahukan Shila dan Sharnaaz membintangi telefilem tersebut. Kedua-duanya bersetuju dan akhirnya cinta mula berputik di lokasi penggambaran Patah Seribu.
Jika dulu, pasangan ini mengakui sedang dalam proses mengenali, kini mereka mengakui pula sedang dalam proses memahami. Namun, sejauh mana hubungan cinta anak perempuan tunggal ND Lala itu mampu pergi kerana Sharnaaz sendiri mengakui seorang yang panas baran.
Malah, khabarnya ke mana sahaja pasangan ini pergi mereka akan ditemani oleh ibu mahupun adik-beradik Shila.
Kosmo! bersemuka pasangan ini seterusnya merungkai segala intipati hubungan mereka ketika ditemui pada sidang media telefilem Patah Seribu di Alexis, Garden, Kuala Lumpur.
Sharnaaz tidak khianati Shila
Mengakui sedang dalam proses memahami sang kekasih, pemilik sebenar nama Sharnaaz Basir Ahmad, 27, memberitahu, tidak terdetik langsung di hatinya untuk mengkhianati cinta Shila kerana baginya penyanyi lagu Patah Seribu itu telah melengkapkan dirinya.
"Semua orang tahu keperibadian uncle ND Lala. Bagaimana dia menjaga anak perempuannya dengan baik. Tidak terlintas langsung di hati saya untuk mengkhianati cinta Shila.
"Dalam keluarga saya pun tak pernah ada unsur khianat. Kehadiran dia dalam hidup saya memang banyak membantu dari segi kerjaya saya dan sahsiah diri saya. Saya mengaku seorang yang panas baran. Tetapi Shila membantu meredakan saya seterusnya mengubah sahsiah diri saya ini," ungkapnya jujur.
Tutur Sharnaaz lagi, selama mereka bercinta sudah tentu berlakunya pergaduhan. Namun, tempoh pergaduhan itu tidak lama apabila selepas tiga jam mereka akan mula menghubungi antara satu sama lain dan berbincang.
Ditanya mengenai respons kedua-dua belah keluarga, ujar Sharnaaz, penerimaan keluarga Shila adalah memadai setakat hubungan mereka sekarang. Dia juga mengakui selesa dan menerima layanan yang baik daripada keluarga Shila.
SHILA merasakan dirinya lebih matang dan bertanggungjawab selepas menjalinkan hubungan cinta dengan Sharnaaz.


Bagaimanapun Sharnaaz masih belum berpeluang menemukan Shila dengan keluarganya, dek kerana sibuk dengan kerja dan kekangan masa.
"Walaupun keluarganya menerima hubungan kami tetapi masih ada batas-batas dalam hubungan kami dan saya menghormatinya. Begitu pun saya menyedari dalam usia cinta yang masih muda ini, banyak perkara yang harus dijaga supaya tidak timbul pandangan negatif umum.
"Kata orang, masa ini lah peringkat yang paling menguji tetapi kita harus kuat untuk mengatasi segala halangan dan rintangan yang hadir," jelasnya yang sering ditemani oleh ibu atau adik-beradik Shila tatkala keluar dengan kekasih hatinya.
Melalui pengalaman keluar bersama kekasih sambil ditemani ahli keluarga tidak timbulkah rasa dikongkong? Saat diajukan soalan itu kepada Sharnaaz, ternyata pemegang Ijazah Logistik dari Kolej Olimpia, Kuala Lumpur itu tidak langsung merasai dikongkong malah menghormati perkara itu.
"Kalau dulu sebelum bercinta bila dengar keluar dengan pasangan kekasih dating sambil ditemani ahli keluarga rasa kelakar tetapi kini tidak lagi. Bila kita dah sayang seseorang itu kita tidak kisah. Lagipun, sebelum kami bercinta memang Shila sentiasa 24 jam bersama ibunya. jadi tidak timbul rasa dikongkong atau tidak selesa apabila keluar dengan Shila ditemani ahli keluarganya.
"Malah, saya akui lega dan boleh tidur lena bila berjauhan dengannya. Sebab, saya tahu dia tidak akan ke mana kerana sentiasa dijaga oleh keluarganya," tuturnya yang sudah berbincang mengenai masa depan bersama Shila tetapi belum ke tahap mahu berkahwin.
"Kami ada juga bercakap tentang masa depan. Tapi buat masa ini belum sampai ke tahap untuk berkahwin lagi. Memang kalau difikirkan saya pun bukan muda lagi, dah 27 tahun. Tapi saya rasa biar kami betul-betul bersedia. Sebab bila berkahwin ini, tanggungjawabnya lebih besar. Banyak perkara yang perlu diambil kira. Lagipun keluarga tak mendesak saya akhiri zaman bujang dalam masa terdekat ini," kata Sharnaaz lagi.
Sharnaaz cinta pertama Shila
Mempunyai pendapat sama dengan kekasih hatinya itu, ungkap Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Hamzah, 22, pula, dia dan Sharnaaz tidak mahu tergesa-gesa untuk ke tahap itu. Lebih-lebih lagi dia masih muda, baru 22 tahun.
Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu ini merasakan buat masa ini dia belum benar-benar sempurna dan masih banyak yang perlu dipelajari di samping berusaha memberikan yang terbaik dalam perhubungan mereka. Shila turut mengharapkan semua pihak mendoakan agar perhubungan mereka ini berkekalan dan menuju ke arah kebaikan.
Dalam pada itu, ada suara nakal yang mendakwa Shila sendiri yang memilih Sharnaaz sebagai pelakon lelaki dalam klip videonya, Patah Seribu. Malah, menerima tawaran berlakon buat pertama kalinya dalam telefilem judul yang sama kerana ingin lebih mengenali hati budi dan mendampingi pelakon filemSeru itu.
Ditebak dengan soalan tersebut, Shila mengakui meminati lakonan Sharnaaz dalam telefilem Ungunya Cinta tetapi dia tidaklah sehingga mengambil peluang untuk mengenali pelakon itu dengan lebih rapat.
"Saya tidak meminta Sharnaaz untuk berlakon dalam klip video Patah Seribu sebaliknya Micheal Ang yang mencadangkannya kepada saya. Saya juga tak ambil peluang berlakon dalam telefilem Patah Seribu disebabkan ingin mendampingi atau mengenali hati budi Shahnaaz.
SHARNAAZ mengakui dirinya seorang yang panas baran, tetapi Shila membantu meredakan sikapnya itu sekali gus mengubah sahsiah dirinya.

Lebih cerah kulit lebih mahal


Lebih cerah kulit lebih mahal


SEMAKIN comel seseorang bayi, semakin tinggi harga yang akan diletakkan sindiket jual bayi kepada pelanggannya. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Harga serta permintaan yang tinggi bagi bayi dikatakan merupakan antara punca kegiatan menjual bayi masih berleluasa.
"Polis percaya sindiket penjualan bayi yang sudah lama wujud ini semakin berleluasa kerana terdapat permintaan yang sangat tinggi terutamanya bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan kepada Bernama.
Beliau turut berkata, seorang bayi boleh mencapai harga melebihi RM20,000 berdasarkan kesempurnaan dan kecerahan warna kulit.
"Harga menjadi lebih tinggi sekiranya disertakan dengan dokumen pengenalan diri seperti Sijil Kelahiran semasa pembelian," katanya.
Abdul Jalil menjelaskan, kebanyakan bayi dijual pada lingkungan umur satu hingga tiga bulan namun ada juga kanak-kanak berusia sehingga enam tahun turut dijual.
"Kegiatan terancang ini bermula dengan penjagaan rapi yang diberikan kepada ibu-ibu yang mengandung di pusat penjagaan haram, bagi menghasilkan bayi yang sihat demi mendapatkan nilai jualan yang tinggi.

Beruang bunting mati kelaparan


Beruang bunting mati kelaparan



BANGKAI beruang betina yang ditemui mati di Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut kelmarin.



JERANTUT – Kasih sayang tidak kesampaian.Hasrat seorang peneroka untuk memberi makanan kepada seekor beruang betina bunting yang kelaparan di ladang sawit Felda Kota Gelanggi 2 di sini tidak kesampaian apabila haiwan itu ditemui mati petang kelmarin.
Peneroka tersebut, Baba Madon, 65, berkata, dia sedih kerana beruang matahari itu mati dipercayai kerana kelaparan ekoran kekurangan makanan.
“Saya sudah menyediakan setandan pisang untuk diletakkan di tepi ladang memandangkan beruang itu seolah-olah lapar dan tidak mampu bergerak pantas ketika terserempak dengan kami baru-baru ini.
“Walaupun ia boleh mengancam manusia jika diganggu, saya tetap membawakan makanan kerana kasihan melihat keadaannya yang lemah,” katanya di sini semalam.
Kosmo! baru-baru ini melaporkan, Baba dan rakannya, Shaharuddin Shamsuddin, 40, terserempak dengan dua ekor beruang berkeliaran di kawasan ladang tersebut semasa mereka mengutip kelapa sawit.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Santai Gaya Tudung


Ni la Gaya Tudung Tok Ti..Jangan Jeles...Ni cantik lagi la dari serkup mak korang n mak I kan. So tak hilang la mak korang punya serkup pale lagik..kann..kan...kan...



Aaaaa...yang kat luar sana, I la yang cipta tudung ala2 sweater tau. Adaptable lagi tau..Sejuk or panas..Canggih kan~ ~ ~





Cute kan gaya tudung I. Ni tudung Maulana ataupon kalau korang tak de idea untuk majlis kahwin jangan segan nk jemput I as mak andam you alls~ !

 Cakk....I Timah , cute kan..tudung I ni senang, sarung je..




Uuuuuuu~~~~~ I ni perintis Yuna tau.  Agak2 boleh bertanding tak nanti gan Yuna gan Najwa Latiff...


Rekaan semata- mata..Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati..


Sesekali diuji





Dalam hidup kita ni, kalau ikutkan sangat orang, kita jugak yang pening nanti. So, kita perlu ada pendirian diri sendiri. Betul tak kawan - kawan?

Ikut Hati Mati
Ikut Rasa Binasa
Ikut Suka Gila
Ikut Cinta  Buta



Buruk lah hai...ihihihihhi



Mungkin ada hikmah disebaliknya kan....Insyallah...

Mungkin juga kita terlalu leka dengan nikmatnya...hingga lupa akan taggungjawab pada Yang Maha Esa

Tuesday 14 February 2012

Bayi Comel Macam Alien



Comel kan...Eeee, kalau lah anak i kan...Macam la dah kahwin kan...

TANDA-TANDA LELAKI JATUH CINTA?



Nak Tahu kan Bila Lelaki Jatuh Cinta..Ni tanda - tandanya:


1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.


2. Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya..

3. Dia banyak menasehati kekasihnya karena dia amat menyayanginya.


4.. Dia berusaha mengukung kebebasan kekasihnya karena perasaa cemburunya yang meluap-luap.



5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.



6. Dia selalu mengawasi gerak-gerik kekasihnya karena dia sentiasa merasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.


8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpahkan seluruh perhatian kepadanya.



9.. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian karena dia mau kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.



10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.



11. Dia kadang suka merajuk karena ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.



13. Dia selalu mempastikan keselamatan kekasihnya.



14. Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.





15. Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya karena dia merasa cintanyalebih kuat daripada kekasihnya.



16. Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan penting dengannya.


17. Dia coba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.



19. Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi dengan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.



20. Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal sehatnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.


21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercaya dansanggup menyerahkan harta maupupun nyawanya sendiri.



22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu berarti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.



23.. Tidak semua laki-laki sanggup meneteskan airmata hanya untuk seorang wanita.