virus zika

Sunday 12 February 2012

Makanan Pengubat Tekanan


Makanan mempunyai banyak khasiat ke atas badan manusia, ini kerana makanan terutamanya yang bersifat organik mempunyai banyak vitamin, protein dan zat yang diperlukan oleh badan kita. Jadi tidak hairanlah sekiranya makanan juga mempunyai khasiat yang dapat menghilangkan stress dan memberi kebahagiaan kepada tubuh badan kita.
Gandum
wheat Makanan Pengubat Tekanan
Gandum memainkan peranan yang amat penting dalam kadar gula dalam darah, meningkatkan tenaga, serta membantu meningkatkan kadar serotonin yang mampu menenteramkan perasaan seseorang sekaligus mencetuskan rasa bahagia selepas mengambil bijirin gandum ini. Walaupun ramai yang takut untuk mengambil gandum kerana kandungan karbohidratnya yang tinggi, namun dengan pengambilan dalam kuantiti yang mencukupi, pasti tidak akan berlaku kegemukan pada tubuh badan seseorang.
Coklat
choc1 Makanan Pengubat Tekanan
Ramai wanita menggemari coklat kerana rasanya yang lemak dan manis, namun tidak kurang juga yang mengambil coklat untuk menghilangkan tekanan @ stress. Coklat dapat meningkatkan kadar endorfin di dalam tubuh sekaligus menghilangkan rasa resah dan gelisah pada emosi kita. Dalam kata lain, coklat memberi ketenangan sementara bagi yang amat memerlukannya.
Bayam
bayam Makanan Pengubat Tekanan
Bagi yang meminati karakter kartun Popeye, pasti korang tahu yang Popeye selalu mengalahkan Brutus selepas memakan bayam kan? Ini bukan sekadar dongenga, tetapi ia adalah satu kisah benar dimana bayam membekalkan zat besi secara semulajadi kepada tubuh manusia sekaligus memberi tenaga dan mengurangkan kelesuan pada tubuh badan. Itulah sebabnya Popeye selalu menang dalam pertarungannya dengan Brutus..
Susu
milk Makanan Pengubat Tekanan
Susu kaya akan tryphotan yang mengubah asid amino otak menjadi serotonin. Pada dasarnya serotonin adalah zat yang banyak diaplikasikan untuk antidepresan. Selain itu, susu juga mengandungi antioksidan, vitamin D, dan vitamin B12 yang membantu melawan stres.
Minyak Ikan
fish oil Makanan Pengubat Tekanan
Minyak ikan kaya dengan Omega 3 yang membantu memulihkan kesihatan kita secara keseluruhannya. Minyak ikan yang paling berkhasiat adalah minyak ikan salmon, mackerel dan minyak ikan kod. Minyak ikan ini boleh didapati di mana-mana farmasi yang terdapat di pasaran.

No comments: