
1. SEKS TERATUR
Apa yang dimaksudkan dengan seks yang teratur ialah hubungan intim antara suami isteri yang tidak kena pada masanya. Sepertimana yang kita tahu bahawa setiap bulan wanita akan mengalami kitaran haid waktu paling subur bagi seorang wanita ialah pada hari ke 14+/-1 hari haid dimana berlakunya proses “ovulation”.Apa yang boleh dilakukan ialah dengan membuat carta kitaran haid masing-masing supaya peka akan waktu subur wanita atau “ovulation”. Bagi wanita yang susah untuk hamil bolehlah mengadakan hubungan intim sekurangnya setiap hari sebelum waktu subur dan juga pada waktu subur. Mengikut Dr. Goldstein, “once the woman ovulates. It’s too late,”.
2. JAUHI ROKOK
Baik isteri mahupun suami, kedua-dua pasangan suami isteri tidak seharusnya merokok. Terdapat pelbagai kajian saintifik yang menunjukkan bahawa merokok dapat mengurangkan kesuburan baik lelaki atau perempuan.Bahan kimia yang terdapat didalam rokok dapat membunuh ovarium dan juga mempengaruhi pengeluaran hormone estrogen. Wanita yang merokok juga mengalami menopause lebih awal dari wanita lain.
Sementara itu, bagi lelaki merokok dapat mempengaruhi motiliti dan kelarutan sperma. Selain itu, merokok juga mempengaruhi dalam penghasilan sperma yang tidak normal.
3. PENGAMBILAN ALKOHOL
Pengambilan alkohol merupakan sesuatu yang haram disisi agama dan juga terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa alkohol bukan sahaja mendatangkan penyakit malahan boleh mengurangkan kesuburan.4. BERAT BADAN
Tahap lemak badan 10% ke 15% melebihi paras normal boleh melebihi muatan badan dengan estrogen, sekaligus mengurangkan kesuburan.Tahap lemak badan 10% ke 15% di bawah paras normal boleh mengurangkan malahan boleh menutup terus kitaran pembiakan. Apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengamalkan makan yang sihat yang setiasa menjaga berat badan yang ideal.
No comments:
Post a Comment