virus zika

Monday, 11 January 2016

Tips -- Untuk mengandung




1. Jumpalah doktor anda
 Dapatkan nasihat mereka yang pakar adalah langkah terbaik.  Tanya doktor anda mengenai vitamin pranatal yang mempunyai asid folik, yang membantu melindungi terhadap beberapa kecacatan kelahiran, seperti spina bifida.

Asid folik bekerja pada peringkat awal kehamilan, jadi itulah sebabnya ia adalah penting untuk memastikan anda mendapat cukup asid folik walaupun sebelum anda hamil.


 




2. Fahami kitaran period anda – Kenali tubuh anda

Adakah mengenali kitaran period anda?  
 Berapa banyak yang anda tahu tentang kitaran haid anda? Dengan benar-benar memahaminya akan membantu anda tahu masa anda paling subur, kata Hillard, seorang professor Obstetrics and Gynecology di Stanford University. Ovulasi adalah masa terbaik untuk hamil.

 “Ini adalah masa untuk memberi tumpuan kepada hubungan seks,” kata Hillard.

Anda perlu menyedari  tanda-tanda ovulasi, seperti perubahan mukus serviks anda. Ia biasanya menjadi nipis dan licin apabila anda paling subur. Sesetengah wanita juga mungkin merasa sakit di bahagia sebelah badan.
 Kit ramalan ovulasi juga boleh membantu anda meramalkan masa terbaik untuk hamil. Dengan mengetahui masa anda subur dapat membantu anda merancang kehamilan anda.

Berikut adalah bagaimana ia berfungsi: Hari pertama haid anda dianggap satu pertama. “Mulakan ujian pada hari sembilan dan terus kan hingga anda mendapat keputusan yang positif,” nasihat Joanne Piscitelli, MD, Profesor Madya ginekologi di Pusat Perubatan Universiti Duke di Durham. Wanita yang mempunyai kitaran 28 hari cenderung untuk ovulate pada hari 14.

3. Jangan bimbang tentang posisi terbaik semasa berhubungan  
Terlalu banyak mitos tentang posisi semasa berhubungan untuk cepat hamil, tetapi mereka hanyalah mitos. Tidak ada bukti saintifik mengenai perkara ini.
“Sangat jarang, serviks wanita berada dalam kedudukan yang luar biasa di mana kedudukan tertentu boleh menyebabkan anda hamil.  
Walaubagaimanapun posisi duduk atau berdiri semasa hubungan, mungkin tidak menggalakkan sperma dari memasuki servik. “Ia adalah tentang graviti dan anda tidak mahu semua air mani keluar – dan air mani sangat cepat mengalir,” kata Hillard.

4 . Baring selepas mengadakan hubungan seks.
“Satu nasihat yang baik untuk anda baring di tempat tidur selama 10 hingga 15 minit selepas mengadakan hubungan seks, tetapi anda tidak perlu angkat kaki anda ke udara. “Pelvis anda tidak bergerak apabila anda meletakkan kaki anda di udara.”
Jangan pergi bilik air pada masa ini. Jika anda menunggu 10 hingga 15 minit, sperma yang sedang masuk ke dalam servik (rahim) akan berada di pangkal rahim.

5. Jangan keterlaluan.
Mengadakan hubungan seks setiap hari walaupun semasa ovulasi tidak semestinya meningkatkan peluang anda untuk hamil. “Secara umum, setiap malam lain di sepanjang masa ovulasi membantu meningkatkan peluang anda untuk hamil.
Sperma boleh hidup sehingga 72 jam selepas persetubuhan. Cadangan terbaik adalah untuk mempunyai hubungan seks dengan kerap – apabila anda ovulating, dan apabila anda tidak.  

Bercakap tentang sperma, “memakai pakaian ketat sebenarnya boleh memberi kesan negatif kepada sperma. Begitu juga apabila anda menghabiskan masa di tab mandi panas atau jakuzi.
Tabiat anda dengan telefon bimbit juga member kesan kepada sperma. Satu kajian dalam jurnal Kesuburan dan Kemandulan menunjukkan bahawa lelaki yang menggunakan peranti bebas tangan dengan telefon bimbit dan telefon diletakka dekat dengan zakar mereka akan mempunyai kualiti sperma yang kurang.

Lelaki yang makan banyak makanan berasakan soya mungkin mempunyai kepekatan sperma yang lebih rendah berbanding lelaki yang tidak makan makanan berasakan soya, menurut satu kajian yang diterbitkan online dalam Human Production.
 




6. Kurangkan tekanan.  
Cuba untuk tidak tertekan. Anda mungkin akan membulatkan mata kegeraman seseorang berkata, “Rileks je. Ianya akan berlaku,” Huhu.. tetapi tekanan sebenarnya boleh mengganggu ovulasi. Oleh itu, lebih anda rilek, ianya lebih baik!
Apa sahaja yang membantu anda menghilangkan tekanan, ianya adalah baik, selagi ia tidak memudaratkan. “Terdapat beberapa bukti bahawa akupunktur boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan peluang anda untuk hamil,” kata Goldfarb.

7.  Amalkan hidup sihat

Bersenam adalah tabiat yang sihat – terutamanya jika ia membantu mengekalkan anda dengan berat badan ideal anda. Namun “Senaman yang terlalu banyak boleh menyebabkan anda tidak ovulate,” (Goldfarb).
Cara terbaik untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil adalah dengan melakukan senaman yang sederhana – mungkin dengan berjalan pantas – dua jam setengah setiap minggu (atau sekurang-kurangnya 30 minit, 5 hari seminggu ).  

Berhenti merokok untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil. Tabiat ini boleh mengurangkan kadar kesuburan dan memberi kesan kepada tahap estrogen dan ovulasi.
Dan jangan terlalu bimbang tentang plan harian anda untuk hamil. “Lapan puluh lima peratus daripada wanita akan hamil dalam tempoh satu tahun mencuba,” kata Hillard.
 


No comments: