virus zika

Monday, 11 January 2016

MAKANAN PENGGALAK KESUBURAN

1. SUSU

    Secara umumnya ramai yang tahu susu ni sumber kalsium.Susu juga sangat terkenal dengan kaum ibu yang hamil kerana sumber kalsiumnya yang penting bagi mengurangkan gejala kebas-kebas,sakit pingggang dan kekejangan sepanjang tempoh kehamilan,
    Namun, tak ramai yang tahu, kalsium juga dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita.Ada kajian di United Kingdom menunjukkan wanita yang mengambil sekurang-kurangnya satu sajian penuh dari produk tenusu setiap hari kurang berdepan masalah kesuburan.Tambahan, pengambilan kalsium juga dapat menyihatkan reproduksi wanita
   Terbaru, kajian menunjukkan pengambilan susu yang tinggi lemak membantu meningkatkan kesuburan wanita manakala susu yang rendah lemak menurunkan tahap kesuburan seseorang wanita.
   Bagi mereka bukan penggemar susu,boleh juga mengambil keju dan yogurt sebagai ganti. 

 
2. AVOKADO

   Buah berwarna hijau ini berfungsi membekalkan vitamin E terbaik kepada badan dan juga kaya dengan antioksidan.Dua komponen utama ini sangat penting dalam kesuburan wanita bagi menyempurnakan fungsi ovulasi.Ia juga kaya dengan lemak sihat yang baik untuk merangsang fungsi hormon dalam tubuh secara keseluruhan.Tambahan lagi, avokado jugak kaya dengan asid folik :)






 
3. IKAN SALMON

   Minyak ikan yang terkandung didalam ikan salmon adalah sumber asid lemak Omega-3 dan Omega-6 yang terbaik .Nutrisi ini memainkan peranan dalam melancarkan proses reproduksi pada badan wanita dan meningkatkan aliran darah.Minyak ikan juga terdapat di dalam ikan makerel dan ikan sardin.Minyak ikan bukan sahaja baik untuk wanita malah lelaki juga bagi meningkatkan kualiti sperma.Ikan salmon juga kaya dengan selenium taw, memang bagus untuk kesuburan.

 
 
4. BERAS PERANG

   NASI adalah sumber karbohidrat yang baik untuk setiap orang.Walaubagaimanapun,pengambilannya secara berlebihan boleh menyebabkan diabetes.Maka penyelesaiannya beralih ke beras perang atau beras merah yang mengandungi karbohidrat kompleks yang dapat membantu meningkatkan kesuburan.Karbohidrat kompleks mengandungi Glysemic Index yang RENDAH(LOW GI) berbanding karbohidrat ringkas.Fungi GI adalah merembeskan gula secara teratur didalam darah.
    Pengambilan karbohidrat ringkas boleh menganggu hormon yang bertanggungjawab dalam reproduksi iaitu dengan cara menunda atau mencegah proses pengovulan.Hal ini kerana,Karbohidrat ringkas meningkatkan gula dalam darah.
    Selain itu, beras perang juga mengandungi vitamin B dan E yang sangat baik dalam membantu keseimbangan hormon dan penghasilan sperma dan telur yang sihat.Makanan selain beras perang seperti ubi kentang,kacang peas,bijirin pula seperti barli oat dan jagung juga mengandungi karbohidrat kompleks.

 
5. STRAWBERRY

     Buah-buahan berwarna cerah juga membantu dalam menggalakkan kesuburan seseorang.Strawberry merupakan buah yang mempunyai pelbagai gizi yang membantu melindungi sel-sel anda daripada rosak dan juga mencegah penuaan sel.Khasiatnya buat wanita yang merancang hamil ialah ianya dapat mempengaruhi penghasilan telur dalam sistem reproduksi anda.
    Pengambilanbuah ini juga boleh menghilangkan racun yang akan menganggu proses pengovualn berlaku.Selain strawberry, anda juga boleh memilih bluberry atau ceri.Sealin kaya dengan vitamin dan mineral,buah ini juga kaya dengan antioksidan.

 
6. MADU

     Khasiat madu yang kaya dengan pelbagai sumber mineral dan asid amino yang dapat membantu mengekalkan kualiti kesihatan sistem reproduksi selain daripada berfungsi meningkatkan fungsi ovari untuk wanita

 
7. KEKACANG

    Kekacang juga membantu meningkatkan ovulasi berlaku.Malah kandungan lemak Omega-3 didalamnya secara tak langsung meningkatkan hormon dalam badan wanita.Kekacang juga bersifat antioksidan tinggi membantu mengurangkan tindakan tubuh menolak sperma suami.

 
8. AYAM

   Sumber zat besi dan protein yang terdapat pada ayam juga penting buat wanita yang ingin hamil.Walaubagaimanapun, bukan semua ayam baik untuk meningkatkan kesuburan. Anda perlu memilih daging ayam tanpa lemak dan memasaknya dengan cara memanggang bukan menggoreng.
   Kajian menunjukkan wanita yang kekurangan zat besi cenderung kearah  sukar hamil berbanding mereka yang mengambil zat besi secara mencukupi.

 
9. TAUGEH

     Taugeh dipercayai dapat berfungsi sebagai peningkat kesuburan wanita dan juga baik untuk kesuburan rahim wanita.

 
10. ASPARAGUS

      Asparagus mengandungi asid folik yang amat diperlukan oleh wanita yang ingin hamil bagi mengelakkan kecacatan bayi.Asid folik juga berfungsi meningkatkan penghasilan telur yang sihat selain daripada menstabilkan kitaran haid.Wanita yang ingin hamil perlu mengamalkan asid folik sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang kehamilan.


No comments: