virus zika

Thursday, 14 January 2016

Seruan untuk semua

Mari sama- sama bersedekah demi saudara kita di sana..ingat ..rezeki mesti dikongsi ..Allah pun dah berjanji bahawa orang yang bersedekah tu takkan jatuh miskin, malah Allah tambah rezeki yang tidak diduga.. maaf jika tersilap hadis ye..saya bukan pakar hadis..saya insan berjiwa besar dan prihatin. Itu sahaja.



1. Madaya adalah sebuah bandar kecil terdiri dari 42,000 orang
yang terletak 20 km dari Damsyik , dan 11km dari sempadan Lubnan.
2. Kerajaan Syria telah bersetuju untuk membenarkan bantuan dari UN, melaporkan kebuluran dikawasan sekitar bandar.
3. Ia telah dikepung sejak Julai 2015 oleh tentera kerajaan.
4. Keluarga telah kelaparan hingga mati . Orang ramai terpaksa makan rumput , daun, kucing dan anjing.
5. Sekurang-kurangnya 23 orang dilaporkan mati kebuluran sejak 1 Disember 2015
6. 50 orang setiap hari dimasukkan ke hospital akibat kekurangan zat makanan dan kelaparan.
7. Kos asas telah meningkat,1 kg beras berharga harga antara 100 USD dan 200 USD
8. Keadaan musim sejuk yang teruk memburukkan lagi situasi sedia ada.
Bantuan anda diperlukan bagi membantu mereka. Salurkan sumbangan anda melalui mySEDEKAH
http://www.islamic-relief.org.my/donate-now/index.php
Fikir Kemanusiaan, Fikir ISLAMIC RELIEF!
‪#‎Madaya‬
‪#‎SaveSyria‬

 

No comments: